Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Tuesday, January 4, 2011

Fakta, bukan auta


Alat di atas Demang tidak tahu namanya namun amat berguna bagi yang ingin mengetahui samada tekanan darahnya baik atau tidak.

Ceritanya begini:
Petang semalam Demang begitu letih sehingga tertidur. Itu bukanlah aktiviti yang Demang gemari sebab setiap kali terjaga daripada tidur petang, Demang akan mengalami dua situasi:

Pertama, Demang jadi keliru samada waktu itu pagi atau petang.

Kedua, kepala Demang akan pening, tekak meloya, tubuh lesu, dan Demang jadi moyok hingga ke malam.

Semua tanda-tanda pada perkara kedua tersebut adalah tanda-tanda tekanan darah tinggi - maksud Demang, itulah yang diberitahu kepada Demang sebelum ini.

Implikasi daripada keadaan tersebut-lah yang menjadikan Demang moyok membawa ke malam. Demang risau sebenarnya.

Maklumlah, Demang bukanlah tua sangat. Anak-anak pun masih kecil. kalau nak mati pun biarlah sempat mendewasakan anak-anak terlebih dahulu.

Lagipun Demang nak bantu Najib dalam perjuangan Alif, Ba, Ta.

Mujur isteri Demang belikan set alat seperti dalam gambar di atas. Demang lupa namanya namun ia mampu memberitahu situasi sebenar kesihatan Demang.

Maka Demangpun menggunakan alat tersebut.

Alhamdulillah. Bacaannya normal. Demang ulang sebanyak tiga kali bagi mendapatkan kepastian. Bacaannya lebih kurang sama sahaja.

Alhamdulillah, Demang mengorak senyum. Hidup masih boleh diteruskan. Sekurang-kurangnya Demang masih dapat menaip sekarang.

Sambil itu, sempat Demang terfikir, alangkah berjasanya orang yang mencipta alat ini. Ia membantu kita mendapat maklumat sebenar.

Ya! dalam mengharung kehidupan kita perlukan maklumat setepat mungkin.

Demang ulangi, maklumat yang TEPAT, tidak cukup dengan hanya mengejar maklumat yang CEPAT semata-mata.

Maklumat yang salah bukan sahaja menyukarkan kita membuat keputusan, malah akan membuatkan kehidupan menjadi murung dan gelisah.

Maka, periksalah setiap maklumat yang kita perolehi samada ia benar-benar fakta atau sekadar auta.

Selamat berblog di tahun 2011. Semoga kita lebih selesa di negara bertuah ini.

1 comment:

Anonymous said...

doktor tanya, ada hisap rokok? Kalau ada berentilah, pasti lepas ni, bila bangun tak fohnin2 lagi....

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)