Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, May 10, 2011

Gempau Sabree Syafie masuk PAS

Harakah menulis:
"KOTA BHARU, 9 Mei: Setelah berteka-teki kemanakah Sobree Shafii akan pergi selepas keluar dari Umno akhir tahun lepas, hari ini terjawab apabila beliau menyerahkan borang permohonan menyertai PAS."

"Sobree menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz di pejabat MB Kelantan jam 10.30 pagi tadi."

Nampak macam berita besar. Namun Demang nak tanya, siapa Sobree Syafie tu? Anda kenal? Demang rasa ini kali pertama dengar namanya yang konon pernah di gelar 'panglima hitam'. (Agaknya dia tu gemar berpakaian hitam atau...)

Terfikir juga Demang, kenapa PAS? Kenapa tidak PKR?

Sebenarnya orang UMNO masuk PAS dan orang PAS masuk UMNO bukanlah perkara pelik. Begitu juga orang UMNO masuk PAS kemudian masuk UMNO semula.

Yang jarang kita dengar ialah orang PAS masuk UMNO kemudian masuk PAS semula.

Yang lebih sukar berlaku sekarang ialah orang UMNO atau orang PAS masuk PKR.

Walaupun suatu ketika dulu orang UMNO menderu-deru menyertai PKR namun sekarang sudah tak berapa kerat lagi yang masih bersama PKR.

Hampir semua pemimpin PKR sekarang adalah orang yang tidak begitu dikenali. Pernah anda dengar nama Samsul Iskandar sebelum ini?

Malah Azmin Ali pun cuma dikenali selepas Ummi Hafilda mendedahkan kesah isteri abangnya itu yang dikatakan ada skandal dengan Anwar Ibrahim.

Sumber:
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3190-sobree-serah-borang-permohonan-sertai-pas

6 comments:

Anonymous said...

Tah aku pun tak kenai, ko kenai...

Thinkdifferent said...
This comment has been removed by the author.
Thinkdifferent said...

Tah La,aku pun tak penah dengaq...

Anonymous said...

Tak kenai langsung

Anonymous said...

x kenal jugak

kalo ada isu, mungkin orang boleh kenal die

hehe..

Anonymous said...

Siapa mamat ni?

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)