Sebentar tadi Reuters melaporkan mayat Osama diuruskan cara Islam dari mula hingga akhir.
Benar atau tidak, kita terpaksa terima. Ummat Islam bukan ada kuasa apa-apa walaupun urusan jenazah menjadi kewajipan pada kita yang masih hidup.
Kenapa kita tiada kuasa sedangkan kita dijanjikan sebagai ummat terbaik yang sepatutnya memimpin dunia?
Ya. Sebab kita sibuk bergaduh sesama sendiri.
Dulu semasa UMNO kuat, UMNO menindas PAS. Sampai satu ketika, UMNO menjadi lemah sehingga terpaksa merayu pada PAS.
Namun apa jawapan PAS? Pesuruhjaya PAS Perak kata, biar bergabung dengan kapir asalkan bukan dengan UMNO.
Oleh kerana Nik Azis setuju, maka Hadi pun setuju sebab takut kalah kepada regu Edrogan di belakang Nik Aziz dalam pemilihan PAS ketika itu.
Sekarang, UMNO sudah kembali kuat. Bagaimana pendirian UMNO sekarang?
Terbaru, DS Najib sekali lagi mempelawa PAS agar bersatu di dalam BN agar orang Islam lebih kuat.
Malangnya beberapa pemimpin PAS seperti Mahfuz Omar rupa-rupanya masih tidur dan bermimpi. Mereka sangka mereka kuat padahal rakyat sudah meluat dengan permainan politik bodoh mereka.
Demang rasa kita tak perlu berharap PAS akan bersatu dengan UMNO.
Sebaiknya PAS dikuburkan sahaja dan biarkan pemimpinnya yang degil terus tidur sehingga ke liang kubur.
Tugas menyempurnakan jenazah PAS adalah tanggungjawab kita yang masih hidup ini.
Jangan tunggu Amerika datang benamkan mayat kita ke laut.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
No comments:
Post a Comment