Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, June 24, 2011

siapa di belakang BERSIH II?

"Saya mengusulkan 300,000 penyokong PAS menyertai pehimpunan BERSIH II nanti" (Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, Harakah 24 Julai 2011)

Demang tak pasti sasaran penganjur perhimpunan haram itu. Mungkin satu juta sebab penyong PAS sudah mencecah 300 ribu.

Tapi, berdasarkan yang lepas-lepas, Demang rasa silap-silap hanya penyokong PAS dan sedikit PKR sahaja yang datang berhimpun. Kaum cina nak keluar berhimpun?

Menurut Mat Sabu yang mengemukakan usul membawa 300 ribu ahli PAS bagi menyokong perhimpunan anjuran Presiden IFC tersebut, ada 4 perkara lagi yang belum dilaksanakan kerajaan dalam tuntutan BERSIH 2007:

1) Daftar automatik tak ditunai walaupun kes di Likas Sabah yang dibuktikan di mahkamah oleh Hakim Datuk Kamil Awang adanya kes pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Pembangkang mendakwa kemenangan BN adalah kerana undi warga asing. Jika anda pernah mengundi, Demang nak tanya adakah mudah seseorang orang asing membuang undi? Sedangkan dalam bilik mengundi terdapat wakil setiap parti yang bertanding bertugas memeriksa setiap pengundi secara fizikal, berdepan satu dengan satu!

Tuntutan BERSIH hanya logik jika kita mengundi melalui Facebook.

2) Daftar pengundi di Terengganu meningkat secara mendadak sejak 1999 hingga 2004.
Perkara ini mustahil berlaku tanpa bantuan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Kalau aktif daftar pemilih boleh naik dari 4 hingga 7 peratus sahaja tapi di Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 daftar pemilih naik 17 peratus (Mat Sabu, Harakah 24/6).

Apa yang pelik sangat peningkatan pengundi berdaftar di Terengganu sebanyak 17%? Bukankah usaha menambah pengundi berdaftar sedang dilakukan dengan giat terutama oleh DAP.

Mat Sabu perlu semak daftar pemilih di Bukit Baru Melaka iaitu pengundi cina sudah menakluki 60% DUN Bukit Baru. Modus operandi DAP ialah menyuruh anak muda kaum mereka yang menetap di Parlimen Kota Melaka agar mendaftar di Bukit Baru. Hal ini kerana Kota sudah pasti dimenangi setiap kali PRU. Menang sikit atau menang banyak, sama sahaja!

3) Undi pos terus kita ragu bayangkan di Tenang (PAS) hanya dapat undi pos 3 undi BN 115. Undi Senadin Pakatan mendahului lebih 1000 undi tapi bila datang undi pos calon Pakatan kalah 58 undi (ertinya, kebanyakan undi pos dapat kepada kerajaan).

Mat Sabu tak beritahu rakyat, siapa yang dimaksudkan 'pengundi pos'. Mereka adalah termasuk polis dan tentera yang bertugas pada hari mengundi. Tentera bersedia sepanjang masa.

Adalah wajar semua anggota keselamatan menyokong kerajaan. Sepatutnya kerajaan yang mempertikaikan, kenapa masih ada undi pos diberi kepada penentang kerajaaan.

Ya. Jika kerajaan menentukan undi, LIMA buah negeri takkan terlepas kepada pembangkang.

4) Media di Malaysia masih berada di zaman Tok Kadok (kuno) apabila hanya menyiarkan berita sebelah pihak sahaja.

Fakta keempat menunjukkan Mat Sabu menganggap rakyat bodoh dan cuba menipu rakyat. Demang sendiri sudah puas menulis dalam Harakahdaily TETAPI TIDAK PERNAH DISIARKAN WALAU HANYA SEBARIS KOMEN.

Mari kita lihat latar belakang penganjur perhimpunan BERSIK 201.

PENGANJUR HIKPUNAN BERSIH 2011
1) Interfaith Commission (IFC)

IFC dulunya dikenali sebagai IRC – Inter Religious Council (IRC) – merupakan sebuah suruhanjaya bagi menerima aduan penganut semua agama dan membuat keputusan mengenainya.

Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama (termasuk aduan orang Islam terhadap agama Islam dan orang Islam).

Pengasas IFC?
IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis  Peguam bertarikh 21 Ogos 2001.

Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

Presiden IFC pula ialah Amiga yang merupakan pengerusi BERSIH II (2011)


Penyokong kuat IFC ialah Majlis Peguam melalui Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia. Majoriti dalam Majlis Peguam ialah non-muslim. Masih ingat isu-isu anti Islam yang dibawa badan tersebut?


KRONOLOGI PENUBUHAN IFC/IRC

Pada 8 Ogos 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu idea penubuhan IRC berjalan dengan lancar.

Pada 8 Disember 2001 satu perayaan ‘Festival of Rights’ diadakan dengan tema ‘Kebebasan Beragama’.s

Pada 10 Disember 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai ‘Kebebasan  Beragama’ dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF.

Pada 17 Mac 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimanapun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.

Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan.

Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.

Mengemukakan deraf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC. Persidangan ini di anjurkan oleh suatu  badan yayasan Kristian yang beribupejabat di Negara Jerman, iaitu Konrad Adeneuer  Foundation (KAF).

Apa itu KAF? Carilah maklumat selanjutnya di internet mengenai badan antarabangsa itu.

KENAPA PAS BERSAMA BERSIH TAJAAN IFC/IRC

Sama seperti sokongan PAS terhadap DAP dan PKR, APA SAHAJA gerakan atau bantuan hatta daripada syaitan sekalipun boleh diterima asalkan dapat menumbangkan UMNO (TG Nik Aziz Nikmat, Mursyidul Am PAS).


Masih mahu bersama BERSIH? Jangan malukan anak cucu kita nanti apabila diejek sebagai keturunan pengkhianat.

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)