Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, February 22, 2012

Baiah hj hadi


Celaka dunia akhirat – Hadi

KUALA LUMPUR 21 Feb. — Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”.

Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya Pas sudah menyeleweng daripada dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.

“Jawapannya, Pas tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya. — BERNAMA

Bagi Demang tak perlu ada baiah berasingan sebab semua wakil rakyat sudah faham bahawa jawatan yang dipegang adalah amanah.

Bagi yang beragama Islam amanah tersebut akan dipertanggung jawabkan di akhirat kelak.

Demang berpendapat kenyataan Hadi sekadar kosmetik pilihanraya semata-mata.

Oh ya. Oleh kerana hj hadi kata sumpah tak seberat baiah maka elok lah hj hadi nasihatkan anwar untuk bersumpah.

posted from Bloggeroid

2 comments:

Anonymous said...

Pas menganjurkan penganutnya agar mengamalkan Islam sebagai wadah perjuangan mereka. Maka berlegah2 lah sume pak turut Pas mempertahankan dasar Islamnya. Sebenarnya Pas adalah politik semata-mata. Kalau tidak mana mungkin puak kafir yg cuba memesongkan akidah umat Islam di negara ni, Pas tutup mata seolah2 bukan tugas dia. Celaka punya parti politik. Nama je Islam tapi jadi pak turut kafirun dan Yahudi. Kita tengok sape yg kena laknat oleh Allah.

Morhabshi said...

kalau PAS tetap nak tubuh negara Islam dan DAP tetap taknak negara Islam, rakyat nak sokong PAS atau DAP? Boleh ke sokong kedua-duanya?

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)