Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Saturday, February 18, 2012

Cerita rakyat: angsa bertelur emas



Mahukah peminat blog politik membaca cerita rakyat?

Berikut adalah sebuah cerita rakyat yang Demang cedok daripada buku kanak-kanak. Versi asalnya dalam bahasa Inggeris.

"Once upon a time..."

Err, ok. Kita teruskan dalam bahasa Melayu.

"... di sebuah kampung tinggal seorang petani"

Maksud Demang tidak lah beliau tinggal seorang diri di kampung tersebut. Ada saudara mara, jiran tetangga, termasuk juga ketua kampung serta ahli jawatan kuasanya.

"Selain bercucuk tanam, petani tersebut juga memelihara ternakan seperti ayam, itik, kambing, lembu, dan... kerbau."

Adapun kehidupan petani tersebut sederhana sahaja. Sama seperti penduduk kampung yang lain. Dapat jugalah mereka makan 3-4 kali sehari dan sesekali membeli pakaian yang baru di bandar berhampiran.

Pada suatu hari terfikirlah petani itu untuk mengubah nasibnya. Maka berdoalah beliau sebelum tidur agar diberi sesuatu (something like lampu aladin...).

Setelah 3 malam berturut-turut bermunajat maka pada pagi keempat beliau mendapati salah seekor angsanya telah bertelurkan sebutir emas.

Tersangatlah gembiranya petani itu dan bertambah-tambah kesyukurannya pada Yang Maha Esa.

Maka dibawanya telur emas itu menemui orang paling kaya di kampungnya kalau-kalau orang kaya tersebut berkenan.

Terlopong orang kaya tersebut apabila melihat emas sebesar telur angsa. Hampir 5 minit kemudian barulah boleh bersuara.

Akhirnya setelah tawar menawar maka telur emas itupun bertukar tangan.

Keesokan paginya si petani melihat ke sangkar angsa dan mendapati terdapat lagi sebiji telur emas.

Maka sekali lagi bergegaslah si petani ke rumah orang kaya untuk menukarnya dengan wang tunai.

Jika semalam orang kaya tersebut tercengang kehairanan sebaliknya hari ini dia sekadar termenung.

"Kenapa tuan hamba termenung?" tanya petani. "Tidak sukakah pada emas hamba?" tambahnya dengan gusar.

"Bukan tak suka tetapi duit hamba habislah sudah kerana membeli telur emas semalam."

Maka si petani pun ikut termenung sama.

Tiba-tiba melintaslah ketua kampung entah dari mana. Melihat kedua orang yang dikenalnya itu, singgahlah tok ketua bertanya khabar.

Apakala dikisahkan hal sebenar maka tok ketua pun turut termenung bersama mereka.

Tidak lama kemudian lalu pula pak imam. Beliau pun singgah kerana hairan melihat orang bertiga itu.

Dipendekkan cerita maka tok imam pun ikut sama termenung walaupun beliau tidak begitu pasti kenapa perlu termenung.

Dipendekkan lagi cerita maka sehingga hampir masuk waktu maghrib tidak kurang 15 orang penduduk kampung tersebut duduk termenung di beranda rumah orang kaya.

"Hah!" Tiba-tiba pak bilal bersuara.

Semua yang ada di situ tersentak dan hampir serentak memandang pada bilal separuh umur itu.

"Kenapa pak bilal? Dah dapat ilham kah?" tanya tok ketua buru-buru.

Pak Bilal bangun sambil menelek jam tangannya. Kemudian beliau berkata:

"Nasib baik perasan. Dah nak masuk waktu ni. Aku nak pergi azan." sahut beliau dengan selamba.

Tok Ketua tepuk dahi. Pak Imam tersenyum sambil mengengsot sedikit ke tangga.

"Jom solat dulu. Nanti kita sambung termenung ni semula."

Maka bergegaslah semua yang ada di situ ke surau. Menyesallah mereka kerana telah menghabiskan masa sia-sia memikirkan masalah telur emas si petani.

Camtu lah kita ni. Dok pening kepala pasal Anwar dan geng merapu PKR dia tu buat apa?

Cara nak nyah Anwar senang sahaja. PRU13 nanti kita jangan bagi undi kat dia and the gang.
posted from Bloggeroid

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)