Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

  • Belajar bekam - Saya pernah ceritakan kesah sepasang auami isteri yang anak2 mereka dihantar belajar ke luar negara dengan perbelanjaan sendiri hasil pendapatan sebagai ...
    12 hours ago

Friday, February 10, 2012

Janji tinggal janji


SHAH ALAM 9 Feb. – Kira-kira 1.4 juta rakyat negeri Selangor yang tinggal di pangsapuri dan kondominium belum menikmati bekalan air percuma meskipun kerajaan Pakatan Pembangkang telah memerintah hampir empat tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mohd. Isa Abu Kasim berkata, ini menunjukkan janji kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk memberikan bekalan air percuma kepada seluruh rakyat negeri ini hanya tinggal janji.

‘‘Kerajaan negeri berbangga dengan pemberian air percuma dan istilah ‘memulangkan hasil rakyat’ namun sebenarnya mereka menganiaya lebih 1.4 juta penghuni kondominium dan rumah pangsa di negeri ini.

‘‘Keadaan ini jelas menunjukkan pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal menunaikan janji selepas 42 bulan menerajui negeri ini,’’ katanya pada sidang akhbar di Bangunan UMNO Selangor di sini hari ini.

Mohd. Isa berkata, perkembangan itu meletakkan kerajaan negeri Selangor berhutang lebih RM150 juta kepada rakyat.Jelasnya, jumlah itu berdasarkan kira-kira 315,000 pemilik akaun perkhidmatan air melibatkan 765 blok kondominium dan 643 blok rumah pangsa di seluruh negeri termasuk ahli keluarga mereka yang sepatutnya mendapat kemudahan tersebut sebagai mana dijanjikan oleh kerajaan negeri.

‘‘Sepatutnya kerajaan negeri bersikap adil dengan pemberian air percuma itu tetapi malangnya pemberian air percuma itu diberi secara tidak adil,” katanya.

Mohd. Isa yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor turut membidas tindakan kerajaan negeri menuduh kerajaan Persekutuan mempertahankan kepentingan kroni bagi pembinaan Loji Air Langat 2 yang ditangguhkan.

Beliau berkata, sikap berdolak-dalik kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu bekalan air mendedahkan penduduk Lembah Klang kepada krisis bekalan air yang dijangka berlaku pada 2014.

‘‘Pembinaan Loji Air Langat 2 amat diperlukan bagi mengelakkan Loji Rawatan Air Sungai Langat dan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih beroperasi melebihi kapasiti sebenar kerana ia terdedah kepada kerosakan.

‘‘Saya percaya langkah menghalang pembinaan loji berkenaan mempunyai kaitan dengan politik kerana pakatan pembangkang mengamalkan ‘politik didahulukan, rakyat dikesampingkan dan projek negeri untuk kroni’,” katanya dalam nada sinis.

Beliau mendakwa, sikap berdolak-dalik dalam isu projek pembinaan loji itu berlaku kerana pakatan pembangkang mempunyai matlamat untuk merampas konsesi air bagi diagihkan kepada kroni mereka.

‘‘BN Selangor bercadang untuk menyediakan memorandum diraja kepada Sultan Selangor bagi membantah tindakan kerajaan negeri menghalang pembinaan Loji Air Langat 2 jika kerajaan negeri masih berdegil untuk memastikan pembinaan loji diteruskan,” katanya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

posted from Bloggeroid

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)