Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, February 1, 2012

Kelebihan Khalid Ibrahim

Hadi kata khalid layak jadi exco Agama kerana dia kerap jumpa sultan.

Demang rasa itu lah alasan paling logik yang sempat Hadi bagi memandangkan beberapa panglimanya yang semakin terpinggir diasak orang Anwar.

Nampaknya usaha Hadi untuk 'test market' (acah letak jawatan) juga tidak menunjukkan respon positif.

Justeru Demang fikir pun elok la Hadi jaga kedudukannya sendiri terlebih dulu.

Mahu tidak mahu kita terpaksa akui walaupun simpati rakyat terhadap Anwar makin menurun tapi cengkaman celebriti tersebut terhadap PAS semakin kemas.

Jom baca artikal dalam Harakah ini:

GOMBAK, 31 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memegang sendiri potfolio agama Islam di negeri itu sebagai sangat molek.

Menurutnya, dengan kelebihan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang selalu berjumpa dengan Sultan, ianya akan memudahkan lagi urusan agama di negeri itu.

"Kita kena tahu di Selangor agama di bawah bidang kuasa raja melalui majlis agama.

"Kita nampak Tan Sri Khalid ini orang paling rapat dengan Sultan, dia paling kerap jumpa Sultan, jadi moleklah orang paling acap jumpa sultan (pegang exco agama)," katanya dalam pertemuan dengan Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu yang dibangkitkan pihak tertentu khususnya Umno sebelum ini kononnya PAS dipinggir kerana tidak diberi portfolio agama kepada exco dari parti itu.

posted from Bloggeroid

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)