Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

  • Belajar bekam - Saya pernah ceritakan kesah sepasang auami isteri yang anak2 mereka dihantar belajar ke luar negara dengan perbelanjaan sendiri hasil pendapatan sebagai ...
    4 hours ago

Friday, March 16, 2012

nasi putih, kari ayam dan bubur kacang



Kebetulan tengahari tadi makan nasi putih dengan kari kepala ikan. Bubur kacang, tak ada.

Semasa pelancaran 1 Malaysia dulu ada satu konsep yang disuakan pada kita yang barangkali ramai sudah lupa.

Itulah konsep PENERIMAAN.

Konsep penerimaan adalah bagi menggantikan konsep TOLAK ANSUR yang sudah tidak relevan.

Agak payah juga untuk menjelaskan maksud konsep penerimaan ini. Barangkali analogi berikut boleh memberi panduan.

Katakan anda memasak tiga jenis masakan iaitu nasi, kari ayam, dan bubur kacang.

Selain bahan utama iaitu beras, ayam, dan kacang hijau anda juga diberikan kari, garam, dan gula.

Bagaimanakah bahan-bahan tersebut nak anda agihkan?

Perlukah gula dimasukkan ke dalam beras atau garam dicampur bersama bubur kacang? Kalau perlu; sikit, banyak, atau sama banyak untuk setiap masakan?

Demang rasa anda sudah dapat gambaran mengenai konsep SAMARATA di situ. Yakni kita tidak mungkin menggunakan konsep samarata dalam kehidupan sebenar sebab ia bukan keadilan sebenar.

Apabila kita tidak masukkan gula dan garam ke dalam beras maka kita sudah mengamalkan konsep PENERIMAAN iaitu kita menerima hakikat bahawa nasi tidak memerlukan kedua-dua bahan tersebut.

Maka kita masukkan gula dan sedikit garam ke dalam bubur kacang dan garam serta sedikit gula ke dalam kari kerana kita MENERIMA hakikat bahawa bubur kacang dan kari ayam amat memerlukan bahan-bahan tersebut.

Apabila kita membahagi maka semua perkara perlu diambil kira dan disukat mengikut keperluan, bukan main agak-agak sahaja. Walaupun anda hebat dalam bab 'main agak-agak' namun dalam zaman sekarang ia dianggap tiada ketelusan.

Itu sebabnya Najib menolak konsep TOLAK ANSUR. Apabila satu pihak menolak maka pihak yang ditolak akan beransur mundur. Ansur punya ansur akhirnya sampai ke dinding. Apa akan jadi?

Ok, pada yang beragama Islam jom kita bersiap untuk solat Jumaat tengahari ini dan doakan yang terbaik untuk negara kita.

Bagi yang bukan Islam teruskan bekerja kuat bersama ummat Islam bagi memakmurkan negara yang kita kongsi bersama ini.

Memang kita berlainan latar belakang dan kita perlu MENERIMA kepelbagaian tersebut dengan ikhlas.

Kita bukannya ada tanahair yang lain pun untuk didiami bersama keluarga sementara menunggu tarikh mati.

posted from Bloggeroid

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)