Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, March 8, 2012

Hadiah untuk penjawat awam yg sokong kerajaan sahaja



PUTRAJAYA 8 Mac – Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.

“Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing.

“Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula, tetapi bagus juga kalau ia dibayar sekali gus,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

Dalam perhimpunan tersebut, Najib mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana serta pelarasan antara tujuh peratus hingga sembilan peratus untuk kumpulan lain.

Sumber:
UTUSAN
Aspirasi pada 3/08/2012 04:45:00 PMKongsi

posted from Bloggeroid

6 comments:

Cheguman said...

Yang tak sokong kerajaan dapat jugak tapi dipanggil rasuah.

Anonymous said...

Kalau tak 'redo' jadi haram juga tak?? tapi tak pa kan nanti 10% boleh buat isi tabung PAS...kah..kah..kah.. TAK MALU....

praha2 said...

sekarang ni apo pun yang dilakukan korajaan semuo rasuah. sobab dio tak bolih buet aopo apo pun. dio oran asik nak raup duit sebolum dibuang pado pru 13 nanti. maklum lopes tu tak do korjo. nak harapkan apo?
penjawat awam apo lagi tunggu? pm dah buet yang terbaik bilo lagi ank sokong? eden tau ramai yang menyokong pas tu ado jugo yang sokong pkr. kalo tak borhonti lah. jangan nak ambil duit gaji tapi tak sokong.

Anonymous said...

Dibawah BN, ekonomi negara pun baik, gaji pun naik, peniaga cina pun makmur... Dibawah kerajaan negeri PR, sampah pun tak dikutip, lombong pun banyak disebabkan selalu kena korek, Dana kerajaan negeri pun diselewengkan, akidah pun merudum, LGBT disokong, Murtad pun disokong, Israel pun disanjung...

azli said...

azli said...
ko org ni tak cerdik ke?...parti politik dengan kerajaan berbeza...duit tu bkn duit BN...klu mcm tu ko suruh la geng ko yg kerja bawah kerajaan negeri PR berhenti...apasal tak berhenti pulak...ada akal pikir...jgn jd bodoh...

Cheguman said...

Azli, kalau ayah azli cari duit, duit tu duit sapa?
Duit ayah azli atau duit keluarganya? Mana2 pun boleh, kan?

Kalau dia beri duit tu pada azli yang selalu melawan cakap dia, azli berhak tak dpt duit tu? Berhak la, kan? Tapi, azli ni dikategori sebagai anak yg bagaimana? Anak yang suka melawan la, kan? Kan? Kan?

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)