Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, March 3, 2012

Pedang bawah kalimah



Tadi Demang mengekori sebuah kereta. Tak ada yang anehnya bentuk kereta itu untuk dikongsi di sini.

Namun Demang tertarik dengan kereta tersebut kerana pada cermin belakangnya tertampal Dua Kalimah Syahadah dan di bawah kalimah suci tersebut melintang gambar sebilah pedang.

Apa maksud penampal gambar pedang itu? Nak tunjukkan apa?

Agaknya NAK BAGITAU pada orang Islam lain yang dia berani pertahan agamanya dengan pedang!

Bagi Demang beliau bukanlah pejuang Islam tulin sebaliknya sekadar nak menunjuk-nunjuk.

Malah pada pendapat Demang orang yang begitu adalah perosak imej Islam.

Bacalah dan pelajarilah cara dakwah Rasulullah SAW yang penuh dengan kasih sayang dan berperang hanya setelah diserang atau untuk mengambil kembali hak mereka.

Berperang hanya jika diserang.

Apa agaknya persepsi orang bukan Islam apabila melihat lambang pedang tersebut? Takut? Gerun?

Maaf lah. Demang rasa mereka tak 'kan fikir begitu. Malah mereka akan meremehkan sahaja umat Islam. Semua orang tahu umat Islam dilenyek macam pisang sahaja sekarang.
Dulu kita sangka Iraq hebat. Tapi akhirnya Iraq hanya kuat pada sangkaan semata-mata.

Syria juga dianggap berani namun hari ini berada di bawah tapak kaki Amerika sahaja.

Ummat Islam ada kaedah lain untuk memperluaskan Islam. Bukan dengan kekerasan. Itu bukan anjuran Islam.

Tiada paksaan dalam Islam. Dakwah perlu bijaksana. Jika kita mampu meningkatkan kualiti diri umat Islam akhirnya orang akan terima Islam dengan sukarela.

Pertama sekali kita perlu bersatu. Kalau itu pun kita masih berdolak dalik dan mencipta pelbagai alasan maka tak payahlah bercakap pasal Islam.

posted from Bloggeroid

17 comments:

Anonymous said...

mm rasanya itu bendara ARab Saudi. Tak baik tuduh orang cam tu.

Anonymous said...

bendera Saudi Arabia tu...

wan jamak wan jusoh said...

itu bendera arab saudi la b***h. takkan benda basic mcm tu pun tak tau. lain kali kalau tak cerdik,jgn tulis.

saya cukup meluat dgn pengkritik2 yg berlagak pandai dan suka menganggap diri sendiri pandai dan nak kritik apa saja. cukuplah.

p.s-kalau betul telus, sila siarkan komen ni kalau betul2 anggap diri sbg blogger. pandai tulis mesti pandai rasa.

- wanjamakwanjusoh@yahoo.com

Reggae said...

Memang pun bendera Arab Saudiii,tapi yang menghairankan pasal apa tok2 Arab ni design bendera mcm tu, nampak pedang saja non-muslim akan berpendapat Islam ni ganas.....bukan org lain yang buat, org Islam sendiriii....

wan jamak said...

isu sekarang tuanpunya blogger tak tau itu bendera arab saudi. tuanpunya blogger pertikaikan kenapa owner kereta tu letak gambar pedang bawah kalimah. baca balik thread. bukannya isu kenapa tok2 arab buat bendera macam tu.

kalau nak bincang kenapa bendera arab saudi macam tu, pi bukak thread lain.

pointnya, kalau dah silap, mengaku la. mintak maaf. habis cerita. lain kali jgn main rembat je.

Cheguman said...

Bendera Arab Saudi? Lagi la memalukan. Arab Saudi memang terkenal dengan kebaculannya. Sangat memalukan. Malah cadangan Tun Mahathir utk guna guna dinar emas tidak berjaya kerana Arab Saudi enggan bekerjasama.

Cheguman said...

Ok. Saya jelaskan. Gambar di atas adalah gambar yg diambil drpd google image. Manakala kereta yg saya lihat bukan memaparkan gambar bendera tersebut.

Dengan kata lain foto di atas adalah hiasan sahaja. Jika dilihat pada bahagian bawah artikal, posting dibuat menggunakan android. Sememangnya saya menggunakan telefon bimbit dan dibuat di dalam kereta sambil menunggu isteri.

Apapun saya tetap mempertahankan hujah saya bahawa tindakan menyertakan pedang dengan sebarang tanda Islam adalah tidak wajar hatta jika dilakukan oleh sebuah negara.

Saya akui tidak perasan bahawa foto di atas adalah bendera Arab Saudi. Sudah tentu saya pernah tahu tentang itu sebab saya bukanlah bodoh sangat. Jika saya bodoh maka Wan Jamak tentu lah lebih bodoh daripada saya.

Sebagai orang Islam saya juga berhak atas kalimah tersebut dan tidak rela ia dimanipulasikan hanya untuk menunjukkan diri hebat padahal Arab Saudi adalah kerajaan paling penakut di dunia.

Jika wan jamak seorang yg bertanggung jawab atas tulisannya dia akan datang semula untuk memberi respon. Jika tidak, saya anggap dia sama bacul dengan Arab Saudi.

Jeepers Creepers said...

memang bendera arab saudi..dan kepala puak arab saudi ni jenis lain macam..kaya banyak duit tapi mengagungkan amerika..duit banyak bukan nak bangunkan teknologi sendiri..semua main beli dari barat.

isu tampal gambar ni kat cermin dah lama dimainkan..memang kita umat islam tahu itu bendera arab saudi tapi dikalangan orang kafir mereka x tahu..

jadi pandangan pertama mereka menganggap islam ditegakan dengan pedang atau keganasan.

wan jamak tu rasanya otak x berapa sihat..pada dia semua orang salah..dia jelah yang betul..siap ugut pulak suruh siarkan komen dia.gila publisiti sungguh kekekeke.

Anonymous said...

Alahai tunjuk mata pedang tu pun Demang dah rasa rendah diri,rupanya berjaya juga oriantalis barat mematikan semangat jihad orang Islam dengan momokan - Islam di tegakan dengan mata pedang.Kekuatan mata pedang itulah yg memberi kejayaan dan tertegaknya 'negara Islam di zaman kgemilangan Islam dulu.Tanpa kekuatan 'mata pedang' apa kah kejayaan umat Islam dan Islam?.US dan Israel di takuti sekarang besar bergantung kepada kekuatan 'mata pedang 'mereka,dan itulah caranya mreka menguasai dunia.

Cheguman said...

Masalahnya, adakah oranh Islam skrg dlm keadaan kuat? Berlagak je buat apa? Nak perkenalkan diri pun tak berani lagi mau bising ka?

wan jamak said...

"Saya akui tidak perasan bahawa foto di atas adalah bendera Arab Saudi"


(per:merujuk kpd siapa yg kenal bendera) awak yg tak perasan itu bendera awab saudi. tapi saya yg kenal bendera tu awak kata lebih bodoh dari awak? memang bodoh betul awak ni. tak tau nak kata apa.

dlm thread ni awak dah silap. awak tak tau itu bendera arab saudi. awak tak check dan terus rembat,seolah2 awak org yg paling betul dlm dunia ni. itu baru ada blog kecil2an. kalau ada blog mcm GAP, unspinner @ house PK ke, tak tau lah mcmana.

kalau awak nak cerita pasal bendera arab ke, pasal pedang ke, pasal kenapa owner keta tu letak bendera tu atau pasal kenapa tok arab buat bendera tu, bukak la thread lain. thread ni awak dah silap. cukuplah. tapi takkan cukup punya, sebab org mcm awak ni lebih kurang je mcm badrulamin tu. kalau dah silap, spin macam2.

p.s- dan saya bukan bacul. cuma saya cukup meluat dgn org2 yg sikit2 takut apa kata org bukan islam. sikit2 takut apa kata org cina, org india. padahal apa yg org bukan islam buat lebih teruk lagi. apa yg israel buat? apa yg Amerika buta di Iraq? agak2 la, ada tak org2 israel dan amerika ni.. bila berbincang pasal org islam..bertanya sesama sendiri.."nanti apa kat org islam kalau kita buat mcm ni?", apa kat org islam kalau kita mintak kalimah Allah? apa kata org islam lain kalau kita ajak bebrapa org islam hadir dlm majlis di gereja kita? apa kata org islam kalau kita buat Injil dlm bahasa melayu?.. agak2 tuan Demang yg tak berapa bodoh ni lah, ada tak diaorang fikir mcm tu?

dan tujuan saya warning mintak siarkan komen saya adalah disebabkan ada banyak blogger2 kat luar sana yg rasa besar diri dan berlagak pandai, tapi bacul bilaman buat silap dan kena hentam dan tak berani langsung sirakan komen yg menghentam mereka (tapi menghentam org cukup pandai). can kalau rasa saya bacul juga, boleh email kat saya, saya boleh bagi no phone. kita boleh sembang. takda hal.

Cheguman said...

Kalau berani sgt dgn pedang tu, penggal leher askar US yang bakar AlQuran. Lihat http://novandri.blogspot.com/2012/03/melampau-al-quran-dibakar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29

Nak tengok ada tak wan jamak kat situ... Atau anon pengecut berlagak berani tu...

Cheguman said...

Wan jamak pun main tibai sama rata je. Oleh krn ada blogger yg tak siar komen dia, maka dia anggap semua blogger camtu.

Apa masalah wan jamak sebenarnya? Org Islam memang lemah skrg dan tak perlu la nak berlagak tunjuk pedang.

Saya dah mengaku tak perasan bendera tu. Yang saya lihat pada kereta tu adalah kalimah serta pedang. Saya persoalkan apa tanggapan org bukan Islam apabila lihat lambang tu? Tidak kah Islam dianggap ganas?

Kalau hebat sangat, buktikan dlm isu http://novandri.blogspot.com/2012/03/melampau-al-quran-dibakar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29

Berjuang guna otak bukan guna lutut.

Tak main la email... Call terus 0194402211. Ada berani letak no hp sini?

wanjamak said...

pasal askar US bakar quran, kencing atas mayat, rogol etc ,saya takda daya upaya nak buat apa2..paling kuat pun saya anak beranak tak pi McD, starbuck, tak guna colgate dan 2-3 benda kecik lain. nak boikot semua pun tak upaya. tapi saya takdak la bodoh sgt mcm tok demang yg bendera arab pun tak kenai, dan tak lah bacul sgt mcm jugak tok demang smpai gambar pedang kat bendera arab pun takut dan risau apa org bukan islam cakap. bendera tu dah berkurun dah. semua org pun kenai. org bukan islam pun tau. awak ja yg baru tau. sepatutnya entry tok demang adalah 'kenapa lekat bendera saudi kat kereta' atau seadanya. tapi dah bacul, bodoh pulak tu, nak buat macamana. layan pun tak guna..

l

Cheguman said...

Ha ha ha... Bila dah abis modal mula la mencarut. Datang blog org pastu maki tuan rumah. Apsal tak call saya terus?

Anonymous said...

Halamak bro, mengaku je la kau dah silap. Kalau bukan gambar sebenarnya, apa cite kat sini? Mana dia gambar sebenarnya, setakat cakap je, tu sudah boleh jadi fitnah. Kita sepatutnya jadi lagi baik dari bloggers pakatan haram ni, cakap yang benar dan ada bukti. Bila kau buat mcmni nampak beno la bloggers bn ni bodo.

Jeepers Creepers said...

wan jamak ni memang x betul kepala..biasalah puak penyokong pembangkang ni rasa dorang je yang betul kekekekeke.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)