Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, March 4, 2012

Pindah, Balik atau tanggung sendiri

JOHOR BAHRU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan pelajar Malaysia di Syria sekiranya mereka enggan dibawa pulang atau dipindahkan ke Jordan. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pelajar sudah dihubungi dan dimaklumkan mengenai risiko yang bakal mereka hadapi jika terus berada di negara tersebut yang sedang bergolak.

"Penuntut yang enggan balik atau berpindah ke Jordan akan diminta menandatangani surat bagi mengesahkan mereka tahu akibat daripada keputusan mereka itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan sumbangan Wang Bantuan Sara Hidup RM100 di Sekolah Kebangsaan Taman Molek di sini hari ini.

Terdapat 400 pelajar Malaysia di Syria dengan 222 orang sudah dibawa pulang sementara 178 orang masih berada di sana. 

Antara alasan penuntut yang majoritinya mengikuti pengajian agama untuk tidak pulang ialah kerana mereka sedang menuntut di tahun akhir atau akan menghadapi peperiksaan. 

KPT dilaporkan sedang menimbang sama ada akan membawa pulang atau memindahkan pelajar terbabit ke Jordan, namun ia masih menunggu keputusan Majlis Keselamatan Negara berhubung tahap keselamatan pelajar. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/

Demang nak tambah sikit: kalau balik dan kemudian menentang kerajaan, tak yah balik langsung pun ok jugak.

Tapi kalau balik kemudian berani menegur kerajaan dengan cara yang betul, memang Demang respect.

posted from Bloggeroid

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)