Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, March 25, 2012

Siapa Idris Ahmad ini?



KERAJAAN Umno-BN tidak akan sesekali beri perhatian terhadap sebarang teguran untuk penambaikkan pentadbirannya biarpun teguran tersebut datangnya dari orang kuat istana, ujar Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. 

Komen Demang:
Sombong benar ostad ni. Belum apa-apa lagi dah tuduh orang 'nasihat takkan diterima'.

Beliau megulas kegusaran Raja Muda Negeri Perak, Raja Dr Nazrin Shah menegur kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal mencapai sasaran kerana kemungkinan terdapat penyelewengan di peringkat perlaksanaanya.

Komen Demang:
Ada kebenarannya malah faktor tersebut sudah lama dikenalpasti. Namun untuk menyalahkan kerajaan 100% tentulah tidak adil kerana setiap perancangan memang ada kelemahan manakala kejayaan sesuatu rancangan amat bergantung pada komitmen semua pihak.

Bukankah pembangkang juga dibayar gaji untuk memastikan kejayaan semua dasar kerajaan? Jangan tahu salahkan orang sahaja!

“Saya sifatkan teguran itu sangat bertepatan. Orang politik sudah lama tegur, Ketua Audit juga selalu dan sekarang orang istana pula yang memberi teguran kepada kerajaan.

Komen Demang:
Malas nak komen sebab nampak sangat Idris sekadar nak membodek. Mungkin kerana nak ambik hati sultan ekoran tindakan PAS yang biadap twrhadap Sultan Perak sebelum ini.

“Kita berharap dengan teguran ini dapat membawa penambahbaikkan dalam perlaksanaan dasar kerajaan,” tegasnya.

Bagaimanapun, beliau meragui teguran ini akan diberi perhatian ekoran segala teguran yang berlandaskan fakta dan angka sekalipun tidak pernah diperduli oleh Umno-BN malah segala teguran itu sering diperlekehkan mereka.

“Sebaliknya kita memerlukan transformasi politik dan juga perubahan sikap di kalangan kepimpinan negara.

Komen Demang:
Eh... Idris pun sokong transformasi?

“Sebagai contoh pemimpin Pakatan Rakyat telah terbukti dan teruji mentadbir negeri yang diperintah dengan baik,” ujar Ustaz Idris yang turut menjelaskan Pakatan berjaya mentadbir walaupun terdapat kekangan sumber kewangan daripada Kerajaan Pusat.

Komen Demang:
Ha ha ha... (Idris buat lawak)

Beliau bersetuju dengan kenyataan Raja Dr Nazrin bahawa kegagalan DEB merupakan kesan daripada pemimpin yang tidak amanah mentadbir dana yang seharusnya disalurkan untuk kebaikan dan keuntungan rakyat.

Katanya, selain amalan rasuah, amalan kronisme, sogokan dan salah guna kuasa telah menjadi budaya dikalangan pemimpin dan pentadbiran Umno-BN sehingga tidak lagi mampu dibendung.

Komen Demang:
Eloklah Idris pi tanya Anwar bagaimana Azmin Ali boleh ada saham berjuta dengan gaji setakat RM2000 sebulan?

“Sejak dari RMK1 hingga ke RMK10, kerajaan sudah memperuntukkan kira-kira RM1.2 trilion dan setiap RMK diberi dana besar untuk membela rakyat yang susah yang kebetulan majoritinya Melayu.

“Malangnya DEB sentiasa gagal akibat pemimpin yang korup. Mereka hanya ingat rakyat menjelang PRU dan selepas menang mereka lupa rakyat dan berpaling mengutamakan kronikroni mereka,” jelas Ustaz Idris kesal.

Komen Demang:
Sebelum DEB ekuiti Melayu cuma 2% manakala selepas DEB ekuiti Melayu hampir 20%. Tidak cukup besarkah perbezaan 2% dengan 20% itu?

Bagaimanapun, beliau yakin rakyat kini sudah mampu memilih antara pentadbiran yang telus membela rakyat dan kerajaan yang hanya bekerja mengikis harta dan khazanah milik rakyat.

Komen Demang:
Idris kata "rakyat kini sudah mampu memilih..." ertinya selama ini rakyat tidak mampu memilih?

Macamana rakyat nak undi PAS kalau pemimpin PAS asyik menganggap rakyat bodoh? Kenyataan yang menonjolkan ego.

“Kita lihat sahaja negeri Kelantan yang mana pada tahun 1990 berada di tangga ke-dua kedudukan negeri termiskin. Namun kini, Kelantan sudah menurun kedudukannya dan menduduki tangga keenam.

Komen Demang:
Negeri mana lebih besar, Kelantan atau Melaka? Apa hasil bumi yang Melaka ada?

Namun kerajaan Melaka berjaya mengatasi Kelantan yang dipimpin oleh seorang yang digelar 'tok guru' para pengikutnya!

Oh ya. Sejak bila pula PAS perihatin dengan nasib Melayu? Bukan kah PAS anggap DEB sebagai alat assobiyah?

posted from Bloggeroid

1 comment:

Anonymous said...

Dulu dia selalu teman kak wan pi ceramah

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)