Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, March 5, 2012

Ustaz Azizan yang Demang Dengar


Kalau Demang kata Demang orang Kedah tak siapa boleh pertikai sebab nombor penengah kad pengenalan Demang ialah 04.

Namun Demang tidak dibesarkan di Kedah. Demang besar di Pahang. Di FELDA.

Dua tahun lepas Demang menghadiri kenduri kahwin sepupu Demang di Jitra. Seronok dapat jumpa kawan-kawan masa kanak-kanak. Sebenarnya Demang pernah bersekolah di sana, sekejap.

Majoriti orang kampung itu adalah ahli UMNO. Maklumlah, kawasan Tun Mahathir.

Demang risik-risik pandangan mereka terhadap kerajaan negeri yang diterajui PAS. Terkedu juga Demang apabila mereka seolah sepakat mengatakan MB Kedah memang terbaik.

Pendekata toksah haraplah UMNO nak ambil semula Kedah.

Hal tersebut juga diakui bapa saudara Demang yang dikategori sebagai 'ustaz UMNO'.

Μenurut beliau program ceramah beliau bukan sahaja tidak disekat (sebagaimana di negeri lain yang dikuasai pembangkang) malah MB memberi peluang untuk beliau berceramah dalam program kerajaan negeri.

Demang juga mendengar kisah ustaz Azizan yang amat terbuka hinggakan boleh singgah di majlis anjuran UMNO.

Itu dulu.

Jika dulu Demang hairan campur kagum dengan ustaz Azizan maka kali ini Demang dah tak tahu samada nak hairan, nak kaget, atau nak apa?

Kenapa MB yang disukai rakyat itu tidak disukai pemimpin PAS?

Siapa yang tak betul sebenarnya ni?

posted from Bloggeroid

2 comments:

Anonymous said...

kami bukan tak suka ust azizan tapi tindakan dia terhadap madrasah salihiah dah mengguris hati kami.
lagipun, kalau bagi pas mandat lg, apakah terjamin ia boleh bebas dr unsur anwarinas? sudah pasti jawapannya tidak.

Anonymous said...

Assalamualaikum

Saya juga org Kedah dan perasaan yg sma mcm saudara di atas.. terguris hati dan meluat dgn kezaliman MB Azizan yg sanggup 'halalkan' perobohan Madrasah yg xdk kene mengena dgn masalah Plaza Tunku Yaacob.

Dulu kami org atas pagar respect MB Azizan krn sikap totok nya pada PAS tidak melampau spt Nizar atau Pok Nik yg sgttaksub dan bencikan UMNO dr hujung rambut sampai hujung kaki.

Tp Ust Azizan lupa diri jugak..itulah yg dikatakan bangsa PAS..bangsa MUNAFIK..
tiba2 apa2 maslahat penting, Madrasah 100 tahun nk dirobohkan..rayuan demi rayuan beliau tolak dgn angkuh..penuh muslihat dgn Pemaju Cina Kafir DAp tu.

Balaci2 PAS xusah ckplah..kalau pemimpin mereka calit najis pun mereka jilat..mana yg UMNO perjuang wpun betul mereka mesti lawan.. mereka berhempas pulas menyokong perobohan Madrasah..

satu keganjilan dan keruntuhan iman disebabkan politik..tiada rasa kasih dan menghargai syiar2 Islam.. apatah lg nilai amanah yg diwakafkan satu kurun.

Bangsa PAS tidak akan sama sekali senanda dgn UMNO wpun merek bermusuh dan bencikan Azizan.. majorti AJK PAS termasuklah beberap dr dewam ulamak PAS Kedah mengutuk Azizan secara bersahaja.. dgn gelaran buruk..

tetapi bila sampai isu Madrasah..mereka boleh bersekutu dgn Azizan..dlm perkara buruk..

mungkin ini teguran Allah buat Azizan.. Madrasah itu dihina dgn cerca dgn mcm2 bentuk oleh PAS dan balaci2nay termasuk prbuatan khianat..

Allah sj yg mampu blas kejahatan PAS..hanya yg kenal dgn perangai org PAS shj tahu betapa busuknya hati mereka wpun mereka claim sbg Islamik, UMNO xIslamik..

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)