Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, January 25, 2015

Menteri cari pasal

merotan anak akan jadi kesalahan jenayah apabila bla bla bla....

Menurut menteri bla bla bla...

Ia perlu dilaksanakan memandangkan bla bla bla...

Berdasarkan kes di sweden bla bla bla.....

Nampaknya seorang menteri wanita tidak pasal-pasal cari pasal dengan rakyat dalam isu tiada pasal cari pasal.

Kenapa disentuh hal sensitif ketika rakyat masih keliru dengan GST dan kejatuhan harga petroleum?

Rakyat sekarang sedang keliru adakah mereka untung atau rugi akibat kedua-dua perkara tersebut.

Berbalik pada isu rotan, jika mahu dilaksanakan pertengahan 2015, kenapa cari pasal di awal tahun? Kalau sudah terpaksa dilaksanakan, buat sahajalah nanti tanpa perlu bising-bising.

Bagi Demang jika sudah Islam membenarkan penggunaan rotan maka kenapa dicabar? Menentang hukum Islam samalah dengan menentang perlembagaan Malaysia. (Namun menentang perlembagaan Malaysia tidak bermakna menentang Islam. Kena faham).

Jika anda bersetuju pendapat Demang ini, bersetujulah dengan fakta dan hujah dan jika tidak bersetuju pun, kemukakan dengan cara yang sama.

Demang ingin bertanya, selepas undang-undang ini diwartakan bagaimanakah perlaksanaannya? Katakanlah pada suatu hari anak anda yang berumur 10 tahun tidak mahu solat. Anda pun merotannya. Agak-agak, apakah yang akan berlaku?

Siapakah yang akan membuat laporan polis? Anak tersebut, anak-anak yang lain, isteri, jiran, rakan, ketua kampung, seseorang yang kebetulan lalu di situ, guru di sekolah setelah mendapat aduan, atau siapa?

Bagaimana anda mendidik anak sendiri sehingga mereka sanggup membuat laporan polis apabila anda 'menyentuh' tubuh mereka? Atau, memang anda telah membelasahnya setengah mati?

Anda jawablah sendiri.

Selepas ini ibu bapa takkan tak merotan anak lagi? Namun sebelum itu ibu bapa, guru, ustaz, dan lain-lain akan beritahu anak-anak tentang keharusan menggunakan rotan dalam Islam. Mereka akan fahamkan anak-anak tentang perkara ini.

Maka terbinalah satu generasi yang memahatkan dalam kepala mereka bahawa semua yang terlibat dalam meluluskan undang-undang tersebut adalah jahil.

Seronok?



2 comments:

Anonymous said...

Kan Dunia Islam dan ramai pemimpin Islam-LIBERAL-SOTONG/DAYUS dok asyik TERUJA mcm. si PEMBODEK-BANGANG memanjang - dok SEMBAH-mcm-si-KULI, "hak asasi kesamaan-kebebasan tanpa-batasan/demokrasi"-SAMPAH si MUSUH ISLAM dari Barat-ZIONIS dan ejen-ejen mereka dari si DAPBANGKAI/PKRSODOM!

Sedgkan si HIPOKRIT Barat-ISrae-KEPARAT boleh asyik MENJAJAH/MEROMPAK Dunia Islam dan MEMBUNUH/MEROGOL umat Islam termasuk ANAK-ANAk ISLAM kita, dlm. GENOSID yg. berterusan, termasuk di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Afghanistan, Nigeria, Mali, Afrika Tengah, Guinea, Kenya, Somalia dsbnya! Dasar si HIPOKRIT-puak-syaitan termasuk UN/ICC-ICJ-INTERPOL dsbnya yg. disyaki diKUASAI si PENGGANAS Barat/NATO- ZIONIS!!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Ada pelatih guru Islam/Melayu mengadu kat aku - budak-budak sekolah terutamanya kat sekolah elit; punya BIADAP kat guru! Tapi guru tak boleh buat apa - sampai nak marah pun takut; apalagi anak org. kaya! Ya, inilah jenerasi MUDA yg. dilahirkan akaibat pengaruh budaya Barat/Zionis-KEPARAT yg. mana ada guru-guru pun boleh diPIJAK sesuka hati!

Bila aku tanya kenapa tak adukan pd. guru lama kat situ - bilangya tak guna pun; perkara sama juga! Apalagi kat Kem. Pel - jgn. harap!

Nek Tempoyak.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)