http://www.utusan.com.my
KUALA LUMPUR 19 Julai - Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersedia untuk memulakan muzakarah dengan Pas secepat mungkin demi penyatuan bangsa dan agama.
Menurutnya, beliau tidak mahu perbezaan politik menjadi penghalang kepada perbincangan berkenaan.
"Saya amat ingin menjayakan perbincangan tersebut," kata Perdana Menteri dalam pertemuan dengan kumpulan-kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.
Kata beliau lagi, perpaduan Melayu perlu diperkukuhkan kerana mereka sedang menghadapi cabaran-cabaran baru.
Abdullah juga mahu melihat perpaduan di kalangan masyarakat Islam negara ini kerana orang Melayu tidak dapat dipisahkan.
"Janganlah berbalah, akuilah kekuatan itu ada. Insya-Allah kita akan beroleh kejayaan," tegasnya.
Cadangan muzakarah sebelum ini telah dinyatakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu wawancara dengan lidah rasmi parti itu, Harakah minggu lalu.
Dalam wawancara itu, Abdul Hadi dengan nada tegas menyatakan, dalam menyampaikan mesej Islam, Pas berhak mengadakan rundingan dengan UMNO tanpa perlu merujuk dengan mana-mana parti dalam pakatan pembangkang.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataannya bulan lalu turut menyatakan kesediaan bermuzakarah dengan pemimpin utama Melayu terutamanya UMNO bagi membincangkan kepentingan masa depan umat Islam.
Umno sudah tiga kali bertemu Pas (Mutakhir)
http://www.bharian.com.my
PUTRAJAYA: Presiden Umno, datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengesahkan Umno sudah mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali dengan Pas. Namun pertemuan berkenaan tidak membabitkan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Catatan Demang: Jangan lah nanti ada orang yang kata “Alaa… tu la UMNO, dah tersepit baru nak mintak tolong PAS.” Demang fikir bukan UMNO yang tersepit. Lihat realiti berikut:
Pakatan Rakyat:
PERTAMA: PKR
KEDUA: DAP
KETIGA: PAS
Barisan Nasional:
PERTAMA: UMNO
KEDUA: MCA
KETIGA: MIC
Siapa yang paling lemah?
Meja Kerja 3 morha
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Lihat semula file² yang kita ada tadi:
*...ada TIGA file*
File 1: *Cadangan Target Lokasi*
File 2: *Hari Ke...
4 years ago
11 comments:
Kesan permuafakatan UMNO-PAS:
1) Sokongan ke atas PKR merudum kerana org Melayu keluar drpd PKR dan bersatu dalam UMNO-PAS, org Cina bersatu dalam MCA-Gerakan, orang India bersatu dalam MIC-PPP.
2) Anwar ditundukkan dan terpaksa mengalah, bermuhasabah serta akur dengan hakikat.
3) Kestabilan politik kembali meneguh.
4) Rakyat kembali bekerja bersama-sama dengan lebih ikhlas bagi membina dan mempertahankan negara.
5) Kuasa asing melopong seketika dan terpaksa mencari alasan lain untuk campur tangan dalam urusan negara kita.
...dan banyak lagi hikmahnya.
Masakan Allah tidak mengetahuinya? Malah sebenarnya lah Allah telah menjelaskan:
Firman Allah: (maksudnya) “Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar” (Surah al-Nisa’: ayat 114).
Ayat Al-Quran di atas jelas menyatakan "menyuruh perdamaian antara manusia", bukan setakat menyuruh perdamaian antara umat Islam sahaja.
Demang yakin dan percaya bahawa permuafakatan UMNO-PAS adalah permulaan yang amat baik bagi permuafakatan yang lebih ikhlas dalam negara melibatkan parti Melayu, peribumi (Islam & bukan Islam), Cina, India dan kaum minoriti lainnya.
Secara peribadi saya sokong muzakarah. Namun begitu perlu ketepikan soal kepartian dalam muzakarah. Muzakarahlah demi utk kepentingan kekuatan agama, bangsa & negara. Bangsa Melayu Islam kuat sekiranya PAS & UMNO bersatu. Pas masuk Umno atau Umno masuk Pas? Atau bubar kedua2nya & tubuhkan pari baru? Atau Pas join BN.
Tahniah Wandy. Semoga putera ini akan berjasa kepada negaranya sebagaimana ayahnya.
(Ada beberapa blog yg saya tak boleh hantar komen. Siapa boleh tolong saya? Contohnya blog sdra Wandy. Masalahnya, butang 'Publish Your comment' tu hilang!
salam demang...
nampaknya plan permuafakatan saudara dah mula menampakkan 'putiknya', aku harap ianya akan berbungan dan membuahkan hasil kemudian nanti...pasai cakap2 tu...aku rasa kedua2nya dah tersepit, UMNO tersepit untuk mengekang kuasa kaum lain yg dibawahnya, PAS pula tersepit dlm mencari kuasa ataupun prinsip yg dipertahankan selama ini...
pasai komen yg ko beri kat wendy tu kira ok lah lg...aku nih dok bg komen 'pedas' kat 'certain' blog tu, dia langsung tak publish...haram tul, kalau takut kene bidas jgn bukak blog la, aku bkn guna kata kesat, cuma berkias jek, dia bleh kutuk org, tp tang aku nak 'backing' org yg kene kutuk tu dia tak publish...hampeh...
Salam Saudara,
Ya, kita semua memang mahukan perpaduan. Seperti yang juga saudara komen pada blog saya.
Diharap perkara ini disegerakan dan tidak hangat-hangat tahi itik sahaja. WaAllahuAlam.
ya, segerakanlah perpaduan ini. Umno dan PAs tak payah bubar. macam saya kata, kalau Umno kalah, PAs menang pilihanraya. Kalau orang islam jaga, orang bukan islam akan hidup bahagia. Jangan Talibanlah itu kacau.
masa zaman nabi Muhammad, adakah orang bukan islam ditindas? Sudah tentu tidak. Saya ada baca cerita nabi Muhammad ni dari A sampai Z.
perbincangan itu menarik dan idea penyatuan itu perlu terus berkembang. Namun satu sahaja yang perlu kita fikir dan nilai. adakah arus politik kuasa di Malaysia dan penglihatan fokus realist berjaya dimendapkan dengan dalam sehingga timbul idea idealist yang bernas dan bersifat positif yang kita harapkan?
Salam Chegu Man,
Muzakarah ini bertujuan;
MENGEMBALIKAN SEMULA "MELAYU" PADA "KEDUDUKAN" YG SEPATUTNYA.
InsyaAllah!.
' Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara maka damaikanlah antara saudara saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah '
salam Muzakarah semua.
Moga Islam akan bangkit melalui negara kita atas tangan tangan kita semua Insya Allah..
Islam terhebat sepanjang zaman
Ya biarlah orang islam hidup bahagia. Biarlah orang islam bersatu. Semua akan selamat.
Betul tu sedingin salju... Bersatu itu adalah suatu rahmat... Bersatu itu asas kekuatan ummah dan negara...
Akan lahirlah sebuah lagi Al-Quds (pemerintahan Salahuddin Al-Ayubi) bilamana bersatu semua dalam satu rukun...
Tetapi, mengapa susah sangat untuk bersatu???
Post a Comment