Semalam Demang dan isteri menghantar seorang sepupu untuk pulang ke kolejnya. Sebaik memasuki lebuh AMJ (Melaka-Merlimau) penuntut politeknik tersebut memberitahu bahawa baru-baru ini seorang rakan pelajarnya terbunuh dalam satu kemalangan di jalan raya tersebut. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian setelah mayatnya diseret oleh sebuah MPV sejauh 25 KM.
"Dua Puluh Lima Kilometer?" tanya Demang ingin kepastian.
"Ya, Dua Puluh Lima Kilometer." jawabnya dengan yakin.
"Siapa beritahu?" tanya Demang lagi.
"Ada kawan beritahu." jawabnya.
"MPV tu seret sejauh 25KM dan pemandu tersebut tidak sedar? Pukul berapa kejadian tu?" tanya pula isteri Demang.
"Tengahari. Selepas habis kuliah." si pencerita mula ragu.
"Takkan pemandu kereta lain pun tak nampak?" isteri Demang menguji lagi.
"Engkau tahu tak, jarak dari Melaka ke Merlimau tidak sampai 25 KM dan terdapat tidak kurang tiga simpang-empat berlampu isyarat. Bayangkan, sepanjang jarak itu MPV tersebut menyeret mangsa." kata Demang.
Demang bawakan kisah di atas kerana antara analisis yang dibuat selepas pilihanraya ialah majoriti golongan muda telah memberikan undi kepada pihak pembangkang. Maka Demang tertanya-tanya adakah keputusan orang muda itu berdasarkan kajian menyeluruh terhadap fakta, atau hanya persepsi disalut emosi? Atau lebih malang lagi mengundi 'ikut cakap' orang.
Berdasarkan pengalaman Demang mengendalikan kursus motivasi yang melibatkan pelajar IPTA dan IPTS, majoriti peserta mempunyai pengetahuan kenegaraan dan sejarah yang terlalu minimum. Sebahagian kecil yang tahu sejarah pula sekadar 'menghafal' fakta dan gagal mengaplikasi dengan situasi semasa.
Malah 90% respoden memberi jawapan bercanggah dengan fakta ketika ditanya soalan tentang kedudukan kerusi DUN Perak. Mereka menyatakan PAS mempunyai kerusi majoriti dalam DUN Perak sedangkan parti tersebut cuma menang enam kerusi berbanding 28 kerusi UMNO. Lihatlah betapa lebarnya jarak sokongan rakyat Perak terhadap kedua-dua parti.
Para responden yang terdiri daripada mahasiswa IPTA tersebut lebih terperanjat lagi apabila Demang beritahu PKR cuma mempunyai TIGA orang calon Melayu yang menang.
Jadi, bagaimana mereka membentuk kerajaan Perak dengan Nizar menjadi MB? Jawabnya kerana DAP memenangi 18 kerusi DUN.
Siapa sebenarnya yang membentuk kerajaan?
Terbaru, dari sejumlah siswa yang ditanya tentang pembentukan kabinet baru, ramai yang memberi komen bahawa perlantikan Mukhriz yang kalah dalam pemilihan Pemuda UMNO menampakkan ketidakadilan DS Najib. Hal ini kerana KJ yang menang tidak dilantik.
Demang tanya semula, apakah yang kamu semua akan kata jika KJ dilantik? Bukankah itu yang diingini oleh orang ramai? Kenapa membantah setelah keinginan kamu dipenuhi?
Kemudian, mereka mempersoalkan tindakan Najib tidak melantik DS Khir Toyo. Demang tanyakan; "tahukah kamu semua perbezaan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan? Adakah DS Khir Toyo seorang Ahli Parlimen yang melayakkan beliau memasuki kabinet?
Bagi anda yang memahami prosedur tersebut mungkin akan memberi alasan DS Khir boleh dilantik sebagai senator terlebih dulu. Demang jawab, berapa ramai senator yang nak kita lantik?
Sebenarnya pembangkang sudah bersedia untuk membangkang apa sahaja. Jika kerajaan buat begini, maka ini yang mereka kritik. Jika kerajaan buat macam lain, lain pula kritikannya.
Itulah minda pembangkang.
Bersediakah pengundi menapis semua itu dan membuat keputusan dengan bijak ketika mengundi?
Melihat pada siswa-siswi sekarang, Demang wajar merasa risau...
Wallahu'alam.
8 comments:
Salam Cikgu..
Saya juga merasa risau dengan ke'tertutupan' minda generasi muda kita..yang kita war-warkan sebagai orang harapan negara kelak..
Jika dengan pemikiran yang sempit, menerima sahaja apa yang orang cakap dan tunjukkan.. adakah meraka in dapat menerajui negara dengan sempurna?
Wassalam
Assalamualaikum Cikgu Demang,
Moon berbeza pendapat dengan umno_tumpat,pada saya selaku orang muda juga bukan disebabkan 'ketertutupan' minda kami yang menjadi punca.Sana-sini blog muda-mudi wujud,satu tanda keterbukaanmuda-mudi mencari alternatif selain daripada sumber arus perdana.
Namun yang berlaku ialah hilangnya penghayatan yang sebenar,seperti Cikgu tulis dalam pos ini apabila hanya segelintir sahaja yang memahami SEJARAH dan lunas perundangan yg sebenar.Selebihnya hanya seperti rumpai di laut,lalang di darat,ke mana arus dan angin bergerak,ke situ sokongan dibawa,tanpa cuba mendalami dan memahami isu yg sebenar.
Elok juga Menteri Pelajaran dan Menteri Peng. Tinggi tengok-tengokkan apa yang muda-mudi belajar selama ini,menjadi penghafal buku teks @ manusia yang faham...
UMNO Parah buakan hal..Tetapi orang Melayu anak-anak awak, anak saya, cucu awak, cucu saya..yang akan menangung akibat..Saya negara kita akan aman dan baik apabila jadi sepert Singapura..saya amat setuju supaya kita rakyat sama rata x sama rasa..apa nak buat itu yang dikatakan keadailan..saya pun x kisah apabila suatu masa nanti lak 15 ke 30 th akan datang jadi askar pon hanya paling tinggi jadi sarjan....yang berumur nih dah mati tak kisah..
Anak cina berlambak dapat 12A1 SPM..anak Melayu boleh bilang dengan jari..Memandangkan Meritokrasi .. 2 tiga ekor je anak Melayu boleh masuk IPTA
Tidak apa anak Melayu boleh masuk universiti swasta sebab mak bapak kaya....
Terima kasih pada semua yang memberi komen.
Artikel saya kali ini mempunyai dua objektif iaitu:
Pertama, mengajak pembaca menyemak kembali samada kita sudah melakukan pemikiran kritis sebelum membuat keputusan atau sekadar menjadi pengikut membabi buta.
Kedua, mencabar generasi muda untuk membuktikan bahawa mereka layak memikul tanggungjawab menerajui negara di masa depan.
Alahamdulillah, 'UMNO Tumpat' dan Fakhruddin memberi komen yang menepati objektif tersebut.
Terima kasih juga pada 'PAS untuk semua' atas komen saudara walaupun menyimpang dari tajuk perbincangan. Itu yang saya maksudkan dengan 'minda pengkritik' iaitu sentiasa bersedia untuk membangkang walaupun tanpa fakta.
Isu di Terengganu seolah mencabar kewibawaan Najib selaku PM walaupun ia berkaitan kerajaan negeri. Nampaknya Najib memang berwibawa apabila pagi ini kesemua ADUN terbabit hadir ke dewan seperti biasa.
Komen 'Anon' nampak seperti melepaskan geram. Kalau boleh lain kali masukkan nama samaran supaya mudah dicam. Apapun, 'amaran' beliau perlu dijadikan bahan untuk kita bermuhassabah.
Wallahu'alam.
Cikgu,
A very interesting post.
Will feature your post on our website and link back to your blog.
Teruskan berblog untuk membuka minda generasi muda.
All the best!
http://mylivingwall.com
mylivingwall,
Saya dah jenguk web awak yang berinovatif tu. Nanti saya hubungi awak. Jika saya lupa, sila hubungi saya semula. Terima kasih.
Jangan salahkan pemuda jika mereka menyatakan apa yang mereka rasa selama berpuluh tahun di bumi Malaysia...
Jangan salahkan pemuda jika mereka disaluti persepsi negatif...
Tapi, salahkan orang yang memberikan mereka persepsi itu...
Mereka tidak tertutup minda kerana mereka dibayangi dengan pelbagai media... Mereka banyak maklumat...
Dan jangan salahkan undi pemda jika kalah pilihan raya, sebab masih ramai kat luar tu taat dan setia kepada UMNO/BN... Malah ada yang menyokong UMNO kerana bapak mereka menyokong UMNO...
Betulkan saya kalau saya salah...
Maaf kalau lari dari topik...
Assalamulalikum Cheguman,
Lambat saya nak komen sebab sejak dua minggu ini saya ada assignment nak siapkan on Buddhism. Petang tadi baru siap, InsyaAllah besok boleh print.
Kemudian satu lagi, Quran dan Sunnah pula. Nak conclude sahaja, InsyaAllah besok juga, Sekarang nak relax sekejap.
Sebenarnya Cheguman, Maaf mungkin saya terkeluar topik sikit. Pertamanya saya pun risau pasal budak-budak kita yang tak peka sejarah dan salah satu faktor adalah mereka dilahirkan senang tak macam kita dulu dulu.
Lahir lahir sahaja semua dah ada. Jadi tidak terasa apa-apa. Keduanya terlalu banyak hiburan yang menasyikkan dalam bagai bentuk dan cara yang menyebabkan tidak ada masa nak fikir pada sejarah atau isu yang berat berat.
Malah ramai yang tua tua pun lupa sejarah atau pura pura lupa. Mereka lebih teruk sebab mereka tahu tapi masih juga buat fitnah sana sini dan hasut pula orang ramai benci membenci, UMNO dihina dimaki hamun macamlah tiada satu kebaikkan dari UMNO langsung selama 51 tahun ni.
Sepatutnya kalau dah tua tua, semailah kasih sayang, ajar budak budak muda hormat pada Pemimpin, ingatkan sejarah tanah air, ambil iktibar tetapi Cheguman pun tahu apa yang mereka sedang buat sekarang.
Sedih dan risau ya Cheguman..
Post a Comment