For your safety please keep the window closed at all time
Demang percaya, semua orang yang boleh membaca dalam BI faham tanda amaran tersebut. Namun adakah pemahaman setiap orang sama?
Apa yang anda faham?
Tatkala membaca tanda amaran itu ketika membawa keluarga bersantai di Tiara Beach Resort PD, Demang sempat berfikir: kenapakah tingkap tersebut dibuat jika ia tidak boleh dibuka? Bukankah lebih baik disimenkan terus? Jika hendakkan cahaya, gunakan cermin lut sinar yang tidak boleh ditanggalkan. Bukankah itu lebih selamat?
Demang percaya barangkali ramai yang menjawab dalam hati: "ia dibuat agar boleh dibuka oleh orang tertentu. Contohnya pihak penyelenggara bilik atau bangunan tersebut. Ia juga boleh menjadi saluran kecemasan jika diserbu pihak majlis agama Islam dalam kes tertentu.
Begitu juga halnya negara. Bukan semua boleh disingkap dan didedahkan kepada umum. Terdapat perkara-perkara tertentu yang hanya diketahui pihak tertentu sahaja.
Ya. Betul! Ia melibatkan soal keselamatan sebagaimana tingkap di tempat percutian tadi. Anda juga boleh segera kaitkan dengan ISA dan OSA.
Maka apabila konvensyen PR baru-baru ini menyatakan 'Demokrasi telus dan tulen' dalam resolusi mereka (perkara 1), janganlah kita mudah tergoda bahawa satu perubahan besar sedang berlaku. Jikapun dilaksanakan, ia bukanlah sesuatu yang benar-benar menguntungkan rakyat bahkan akan membahayakan negara!
Demang yakin dan percaya, jika pemimpin pembangkang masih boleh berfikir waras, mereka tidak akan melaksanakan keempat-empat perkara yang diputuskan dalam konvensyen tersebut sebagaimana yang rakyat faham. Maksud Demang mereka hanya akan laksanakan setakat yang mereka berkenan sahaja.
Akhirnya, rakyat akan mendapati PR bukan sahaja akan mengulangi perkara yang telah dilakukan oleh BN malah tidak mustahil akan menjadi lebih buruk lagi.
Itu sebabnya Demang kata: kekalkan sahaja yang lama sambil kita baiki mana yang patut.
Ingat, runtuhnya Melaka bukan kerana rasuah tetapi kerana gagal menangani isu tersebut dengan berhemah.
Kenapa dibunuh habis Tun Mutahir sekeluarga?
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
1 comment:
pengurusan persepsi adalah kaedah yang sangat penting dalam hal ini..
lebih tepat, fitnah memang boleh membunuh dan sangat bahaya dari pembunuhan.
mari kita ingatkan kembali masyarakat kepada firman Allah dan hadis Rasulullah s.a.w.
jangan lalai kerana Melaka jatuh disebabkan kelalaian kita semua dari mengingati Allah.
Post a Comment