Demang salin keseluruhan kenyataan Nik Aziz dalam Harakah untuk kita nilai sama-sama sikap Nik Aziz yang dikatakan seorang ulama.
"KOTA BHARU, 12 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) hari ini memberikan syarat kepada Umno untuk membawa DAP dan PKR sekali jika benar-benar parti itu ingin menarik PAS bersama mereka.
Menurutnya lagi, PAS hanya akan menyertai Umno dan Barisan Nasional jika DAP dan PKR juga bersama-sama. Itu pun jika kedua-dua parti itu setuju berbuat demikian.
Tambahnya, PAS hanya akan menyertai parti itu sekiranya dua parti tersebut bersetuju berbuat demikian dan Umno pula mesti menerima kedua-duanya.
“Kalau mereka tolak, bererti PAS juga akan menolaknya sebab kita bergabung mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Yang paling besar sekali gabungan itu mesti berlandaskan Islam,”ujarnya.
Beliau mengulas ajakan bertalu-talu Umno agar PAS menyertai Umno dalam BN kononnya untuk kepentingan Melayu dan Islam.
Untuk tujuan itu, Umno berusaha keras memburuk-burukkan rakan PAS dalm Pakatan Rakyat termasuk menyebarkan berita kononnya DAP berusaha menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara kononnya untuk membolehkan orang Kristian menjadi Perdana Menteri.
Bagi para penganalisis, tujuan Umno bukannya mahukan DAP tetapi mereka mahu memburukkan PAS yang akan dilebelkan sebagai sanggup duduk bersama dengan parti yang mahu merosakkan Islam dan meletakkan Kristian sebagai agama rasmi.
Dalam pada itu, Nik Aziz juga turut mempertikaikan apa jaminan Umno tidak menikam PAS dari belakang sebagaimana yang dilakukan parti itu kepada PAS semasa PAS berada dalam Bn sebelum ini.
Antaranya meletakkan calon mereka dalam kawasan yang diperuntukkan kepada PAS.
Apakah jaminan Umno tidak akan meletakkan calon Bebas di setiap Dun atau Parlimen yang ditandingi calon dari PAS, PKR dan DAP sebagaimana yang pernah dilakukan sewaktu PAS bersama dalam BN sebelum ini, soal beliau.
Menurutnya, akibat tindakan itu calon PAS yang bertanding di Kelantan pada tahun 1978 jatuh tersungkur.
“Perkara ini sebenarnya yang harus dipikir oleh semua pihak, orang yang sentiasa buat dosa tidak akan pernah berdiam diri dan akan mengulanginya lagi,”ujarnya lagi.
Bagi Nik Aziz, biarpun usia Umno telah menjangkau 65 tahun, namun parti itu masih teraba-raba dan tiada hala tuju dalam perjuangan sehingga meminta bantuan PAS untuk menjadi penongkatnya.
Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika mengulas sambutan 65 tahun Umno semalam.
Katanya, sepanjang tempoh itu terutama sekarang ini, Umno tidak habis-habis memohon PAS menyertai semula parti itu.
Katanya lagi, kerana gagal mentadbir negara dengan pelbagai masaalah yang mengundang terutama gejala sosial, rasuah, menyebabkan parti itu lupa PAS adalah musuh politiknya hingga terpaksa memujuk parti itu bersama mereka."
Bagi Demang, Nik Aziz langsung tiada niat untuk menyatukan ummat Islam di Malaysia. Perasaan dendam tidak pernah luput dan beliau tidak habis-habis mengungkit masa silam.
Nik Aziz juga terlalu percayakan DAP padahal parti itu sentiasa bersikap keras dan kontraversi dengan ummat Islam.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
8 comments:
EGO POLITIK ! Nik Aziz yg tebal tiada kesudahan nya...!
woi org tua bebal...
umno ajak kau dan parti kau bergabung untuk kebaikan umat muhammad.Yang kau melalut ajak Dapigs dan Pkr tu apa hal.
Apa punya org tua..
kecik2 tak nak mampus dah tua kutuk nak menyusahkan umat..
agama apa yg kau bawa? Hukum mana yang kau faham?
Kalau setakat serban sj sebakul dah nak tunjuk yang kau lebih islam dari org lain.
apa dah tiada sikitpu perasaan ka untuk penyatuan umat muhammad.
binatang pun tau berzikir..
tapi spesis sekor ni apa yang dizikirkan entah..
kali dimulut kau yg kau zkir dapigs dan Pkr sj.
sedar2lah umat melayu islam saudara kau dah hampir atau erti kata lain dah hancur gara2 buatan kau org.
duduklah berbincang sekejap.
apa najis sangatkah tangan org umno utk kau salam nak di bandingkan dggn tangan kafir harbi yg kau sanjung.
haprak punya org tua..
jangan kita pertikaikan kata2 nik aziz tu, sebab apa yang dicakapkannya adalah apa yang disampaikan kepadanya oleh 'khadam' suruhannya.
sampah sarap btul cadangan org tua ni..dah tua pun bodoh (P.Ramlee kata)
ke laut... ke laut... ke laut...
kelakola nik ajis ni.aii..nk bwk dap n pkr skali ke?ape anwar ingt nk masuk umno blk ke?nk tutup video seks die tu?ni ajis ni mmg xlyak jd pntdbir.btul kate tun m,ptutnye nik ajis jd pengajar je.xsmstinya seorg pengajar boleh jd pntadbir.
orang tua yang takbur,nyanyuk dan terlebih pandai agama...
korang sme takbur....cakap cam bagus je..padahal isteri masing2 curang..kahkahkah..mcm shamsidar dan rosmah mansor..kikiki
Post a Comment