Samada tertinggal atau sengaja tinggal, ia tak sepatutnya berlaku dalam sebuah organisasi yang dicanang sebagai hebat dan menawarkan pilihan untuk memerintah negara.
Tambah pula PAS memakai nama Islam.
Bagaimana nanti nak memerintah negara kalau masih banyak kelemahan? Perkara pencalonan bukan perkara kecil. Ia melibatkan bakal pemimpin. Persamaan nama bukanlah sukar sangat untuk diselesaikan.
Setakat jadi pembangkang, boleh lah.
Berita asal:
Dr Dzulkefly layak bertanding
Written by Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 18 Mei: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) mendapat pencalonan yang banyak dan layak bertanding AJK PAS Pusat pada muktamar kali ini tetapi namanya tertinggal dalam senarai yang diedarkan semalam.
Menurut pegawai JK Pemilihan PAS Pusat, nama Dr Dzulkefly tertinggal dalam senarai tersebut akibat salah faham.
"Nama dia ada, cuma tertinggal dalam senarai yang kita edarkan. Dia dapat banyak pencalonan," kata pegawai berkenaan.
Ia berlaku apabila nama beliau bertukar dengan seorang lagi calon yang bernama sama tetapi dieja dengan cara berlainan.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
1 comment:
Macam mana nak pemerintah sebuah negara yang lebih kompleks susus aturnya kalau hal parti sekecil ini boleh ada kesilapan? Rakyat Malaysia, jangan pertaruhkan masa depan kita ditangan mangkuk-mangkuk hayun ni...
Post a Comment