Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, April 11, 2013

Sidek Baba jawab fitnah



KUALA LUMPUR 10 April - Prof. Datuk Dr. Sidek Baba menerima gangguan daripada pihak tertentu yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakannya mendedahkan perilaku buruk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, gangguan itu diterima melalui panggilan telefon serta khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu-individu tidak dikenali.

"Dugaan seperti ini saya sudah biasa. Saya tidak rasa terganggu, memang ini resam perjuangan hidup saya.

"Tetapi dalam hal ini, isteri saya langsung dilibatkan dengan provokasi luar biasa. Dia (isteri) dimaki-hamun, disumpah-seranah.

Saya menangis tadi kerana terkenangkan dia, saya tahu dia menderita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara Felda di sini hari ini.

Terdahulu, semasa berucap dalam majlis itu, Sidek mengalirkan air mata kerana sebak mengenangkan nasib isterinya yang turut terkena 'tempias' daripada pendedahan yang dibuat oleh beliau.

Mengulas lanjut mengenai susulan pendedahan itu, Sidek turut mendakwa beliau difitnah oleh sebuah blog pro-pembangkang iaitu http://greenboc.blogspot.com yang mengaitkannya sebagai ketua dalam konspirasi untuk menjatuhkan Anwar pada 15 Disember tahun lalu.

Dalam blog tersebut katanya, beliau dituduh bersama lapan orang lain termasuk bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Alies Anor Abdul menerima gaji sebanyak RM15,000 seorang bagi tujuan tersebut.

"Ingin saya tegaskan di sini, saya berada di Sarawak pada tarikh tersebut dan saya mempunyai bukti dan dokumen yang lengkap.

Malah, dalam lapan orang yang dikatakan berkomplot, saya hanya mengenali tiga orang daripadanya. Yang lain saya tidak kenal dan komplot itu langsung tidak wujud," katanya.

Selain itu, Sidek turut mendakwa difitnah oleh seorang individu bernama Omar Abdul Rahman yang dilihat sengaja hendak menjatuhkan kredibilitinya.

"Saya menafikan sama sekali semua tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada saya.

"Saya tidak akan berganjak daripada pendirian saya kerana saya nampak kehadiran Anwar membahayakan Malaysia. Saya perlu membuat sesuatu untuk menyelamatkan negara melalui jalan yang saya pilih iaitu ilmu, akademik dan dakwah," katanya.

Sidek memberitahu, beliau akan membuat laporan polis dalam masa terdekat terhadap individu-individu yang mengancam dirinya dan keluarganya serta menyiasat dalang dan tujuan fitnah-fitnah yang dilempar kepadanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130411/px_12/Sidek-Baba-isteri-terima-gangguan-selepas-perilaku-Anwar-didedah#ixzz2Q794WGGR © Utusan Melayu (M) Bhd 

1 comment:

Labu8455 said...

Semoga Datuk Sidek dan keluarga tabah dan banyak bersabar didalam menghadapi dugaan sebegini. Lumrahnya umum yang mengenali betapa keji dan jijik nya Anwar dan sekutu sekutu politik nya akan memastikan Anwar serta anjing anjing nya dikuburkan pada PRU13 nanti - God Willing

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)