Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, May 15, 2014

Karipap sebiji 20 sen

Demang tak risau dengan ramainya pembangkang tapi Demang amat risau dengan individu yang cuba jadi pembangkang tapi dalam kepala lebih banyak hampas daripada santan.

Lebih malang lagi kalau perkara asas pun tak begitu faham tetapi cuba bercakap perkara besar. Bukan sahaja dia yang keliru malah mengelirukan orang ramai. Jadi satu kerja pula kita nak bersihkan 'tahi' yang dia taburkan di merata jalan.

Beberapa hari lalu Demang terjumpa satu sebaran tentang harga karipap dulu dan sekarang. Persoalan yang dikemukakan ialah kenapa pada 1990 sebiji karipap berharga 20 sen dan pada 2014 menjadi 50 sen?

Ada dua persepsi Demang pada penulis tersebut iaitu samada dia seorang yang bodoh atau seorang yang jahat!

Kenapa tak ditanya gaji guru lepasan maktab pada 1990 cuma RM435+ dan gaji guru keluaran IPG 2014 (maktab dinaiktaraf) RM2k++?

Manakala guru yang keluar maktab pada 1990 dengan gaji RM500 kini menerima lebih RM5k setiap bulan (setelah upgrade)?

Demang harap penulis itu cuma bodoh dan bukannya jahat sebab kalau bodoh masih boleh belajar tapi kalau memang berniat jahat pada kakak/makcik yang mencari rezeki menjual karipap di tepi jalan, patut benar kita korek matanya biar tak boleh melihat sampai bila-bila. Ada mata tapi tak reti guna pun menyusahkan orang jugak.

Wajarkah harga karipap kekal 20 sen sebijik pada 2014 padahal gaji guru pun dah bertambah 10 kali ganda? Sistem keadilan apa yang diguna?

Yang peliknya, harga gadjet komunikasi, harga aksesori kenderaan, harga makanan di restauren francais tak pula dipertikai? Itu sebabnya Demang katakan penulis tu jahat! Dia nak gaji meningkat untuk dirinya tapi tak bersedia berkongsi pendapatannya dengan peniaga kecil dan penjaja.

Demang tahu, dia nak 'kenen' kerajaan atas kenaikan harga barang yang kemudian dikaitkan dengan kegagalan kerajaan mengawal inflasi. Itu Demang setuju namun kita kena faham punca inflasi dan faktor kenaikan harga secara menyeluruh.

Kalau betul-betul nak bantu rakyat bawahan dalam soal ekonomi, bantulah perniagaan mereka. Kalau masa gaji kita RM500 dulu kita bayar 20 sen untuk sebiji kuih, apa salahnya kita bayar 50 sen apabila pendapatan kita sudah membolehkan kita beli rumah yang lebih selesa, beli kereta seorang sebiji untuk laki bini, belikan motor untuk anak ke sekolah sambil belajar merempit, beli kucing parsi, beli pokok bunga, tukar hanphone baru setiap 6 bulan sekali dan lain-lain.

Satu lagi, apa salahnya bayar lebih sikit untuk pengasuh anak-anak kita terutama yang gemar bercuti ke luar negara atas alasan dapat tambang murah.

Demang cadangkan harga minimum kueh tradisional di warung-warung mulai sekarang ialah 50 sen sebiji dan nasi lemak RM2 sebungkus.

Kalau nak jimat, buat sendiri atau beli yang frozen. Bantu pengusaha kita yang terdiri daripada rakyat bawahan.

Sementara itu Demang ucapkan selamat hari guru pada semua warga pendidikan di Malaysia.

Maaf kerana menjadikan gaji guru sebagai contoh dalam artikal ini. Sebabnya ialah Demang sendiripun seorang guru yang bermula dengan gaji RM435 sebulan, naik motor buruk ke sekolah, menoreh getah di hujung minggu, dan mula menjual karipap yang dibuat ibu sejak darjah dua.

Alhamdulillah, sekarang kehidupan guru sudah jauh berubah cuma beban tugas makin bertambah. Biasa lah.

Kepada rakan-rakan yang rajin menegur kerajaan, lakukanlah dengan niat untuk mencari keredhaan Ilahi, bukan kerana nak glemor sendiri.


3 comments:

Anonymous said...

Demang...orait..amat setuju..satu huraian yg bernas tapi ikhlas..yg membangkang kenaikan tu cuma nak cari milleage politik aje..mungkin si bongok tu dari parti pembangang...itu lah yg orang kata bodoh tak leh ajar..

Anonymous said...

Masa saya sek rendah tahun 1992 dulu, gaji ayah saya sebagai kuli buat rumah batu 300 ringgit, sekarang gaji kuli rumah batu RM50 sehari.

Kerana kebodohan merekalah mereka senang di pergunakan pihak lain, suruh baring atas jalan, maka mereka baring juga.

Kenapa tak banding dengan zaman P.ramlee je. Ayah kata nasi lemak lima sen. Masa tu gaji Chegu 5 ringgit

usin said...

sibengap ni memang kurang akal. kalau dia dah bekerja, berapa gaji dia dapat. nak ke dia pakai skil gaji tahun 1990? nak nampak cerdik konon, tetapi bangang yg nampak...

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)