Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, June 3, 2014

review Bantah halal dalam isu dna babi kadbury


Demang siarkan semula tulisan Demang pada 7 Jul 2012 di blog Waadat Ini. Betullah ummat Islam tidak pernah serik atau seperti kata Tun Mahathir: Melayu mudah lupa. Setelah terantuk beberapa kali dan terngadah setiap kali selepas kepala luka berdarah, masih lagi melalui jalan yang sama.

Baca semula artikal tersebut dan seperti biasa anggap sahaja ia suatu gurauan:

Kecoh juga isu logo halal pada premis dan produk di Malaysia.

Bagi Demang logo halal tidak banyak memberi kebaikan pada orang Islam.

Bayangkan jika syarikat orang Yahudi masuk ke Malaysia dan membuka restauran atau mengeluarkan produk serta mempunyai logo halal keluaran Jakim. Bagaimana?

Pengguna sudah diajar agar tidak peduli lagi siapa pemilik tersebut asalkan HALAL!

Maka wang keuntungan tersebut mengalir ke kantung Yahudi menjadi sebahagian dana bagi menyembelih ummat Islam di seluruh dunia.

Tak serik-serik lagi ummat Islam! Sekali terantuk, sekali terngadah. Selagi belum terantuk selagi itulah tidak mahu menengadah.

Terantuk, terngadah, terantuk, terngadah namun terus terbongkok-bongkok melalui lorong yang sama.

Apabila ada negara Islam yang diceroboh, atau nabi dihina, atau Al Quran dipijak maka kelam kabut lah kita berkempen memulaukan produk tertentu. Pada masa lain, 'hantam sahaja'!

Maka orang bukan Islam langsung tidak hairan, bimbang, atau gentar dengan ummat Islam. Kemarahan hanya bermusim dan menurut emosi sahaja.

Tiada strategi jangka panjang!

Jakim sepatutnya lebih insaf perkara ini. Logo halal menjadikan Jakim secara langsung membantu PROMOSI serta menggalakkan orang Islam membeli produk bukan Muslim dengan jaminan HALAL!

Sebagai balasan, Jakim mendapat bayaran daripada syarikat-syarikat berkenaan.

Yang teruk, pengusaha Muslim yang baru hendak bertatih. Baru hendak melangkah, terus tersungkur dibentes.

Ustaz dan ulama di Jakim peduli apa? Cukup bulan mereka dapat gaji. Ramai syarikat mohon logo halal mereka dapat pujian dan mungkin bonus tambahan.

Pengusaha muslim terensot-ensot menggagau jualan. Datang produk internasional dengan logo halal, mata pengguna pun kabur pada bungkusan menawan. Tambahan pula telinga dan mata siang malam dijamu dengan iklan. Walaupun isi di dalam hanya serdak dan hampas!

Guru Demang beritahu, zalim ertinya meletakkan sesuatu bukan pada haknya.

Justeru Demang rayu para pengunjung Waadat agar menyokong perjuangan ini bagi meletakkan yang hak pada tempatnya.

Sekurang-kurangnya makanan yang akan menjadi darah daging ummat Islam biarlah orang Islam yang sediakan.

Cadangan Demang, di samping logo halal untuk orang Islam yang ketagih dan kemaruk membeli produk bukan muslim maka kita perlukan satu lagi logo bagi memaklumkan pada pengguna muslim bahawa produk berkenaan dikeluarkan orang Islam.

Logo PRODUK MUSLIM.

Di syarikat bukan muslim walaupun pekerja adalah orang Islam namun jika berlaku perkara bertentangan syarak, adakah mereka berani membantah pada majikan mereka?


  • Ah! Lebih baik diam daripada dibuang kerja. Lebih buruk lagi jika terpaksa dihantar pulang ke negara asal!

2 comments:

Anonymous said...

salam.. sblm ni setiap negeri mempunyai sistem berbeza dlm pmberian sijil halal..

ditambah pula dgn pelbagai sijil halal dr luar negara..ramai komplen, keliru mana satu logo halal yg benar-benar diperakui dn diyakini sah..

lebh pelik bila ada premis perniagaan mendapat perakuan halal utk "beberapa produk makanan sahaja"! manakala tidak pd senarai makanan lain..jd mcm separuh halal..boleh ker mcm tu?.

dengan sekadar mendapat perakuan halal utk sebahagian produk shj..pemilik premis terus menampal logo halal terpampang besar di depan pintu masuk..sbbnya mereka sudah mendapat sijil "separuh" halal..ini berlaku di bbrpa negeri sprti KL,Perak,Penang.

kebanyakan umat islam hanya melihat logo halal sahj..sy rasa tdk ada yg pernah meneliti kandungan sijil halal milik premis yg dilawati.

trdapat bbrapa kes2 lain..apa yg penting, tujuan utama pengenalan logo halal baru disini adalah bg mengelak penggunaan logo-logo halal atau separuh halal yg memeningkan..

logo baru ini mmbantu kita sbgai pengguna muslim..krn "mencari yang halal itu fardhu"..langkah penting sblm kita dpt menangani isu lain yg lebih jauh.
----
sudut lain, membantu mempromosi produk bukan Islam tidak seharusnya timbul..kerana ia terpulang kpd individu pembeli..gunakan hak anda sbg pengguna..anda diberi pilihan.

logiknya kita pengguna Islam..kita sudah tahu itu produk bukn muslim..adakah kita akan membelinya???..pilihan ditangan anda..tiada siapa yg memaksa.

isu yahudi adalah masalah GLOBAL bg umat Islam..dlm pengenalan logo halal baru ini adalah bg isu menangani dlm Malaysia..skala berbeza.

tdak setuju dengan kenyataan
"Ustaz dan ulama di Jakim peduli apa? Cukup bulan mereka dapat gaji. Ramai syarikat mohon logo halal mereka dapat pujian dan mungkin bonus tambahan"

kerana kenyataan ini agak keras trhadap ustaz dn ulama..melainkan kenyataan ini ada sandaran bukti..bkn sekadar lepas cakap..

saya setuju dengan kenyataan
"Sekurang-kurangnya makanan yang akan menjadi darah daging ummat Islam biarlah orang Islam yang sediakan"

sekian

-gib-

Cheguman said...

T.ksh 'gib' atas pandangan tsbt. Sy setuju tuduhan terhadap ustaz/ulama tak sepatutnya dilakukan. Sy hanya provokasi agar ada pihak yg boleh membuktikan sebaliknya.

Saya juga setuju pengguna berhak buat pilihan dan sbg pengguna sy juga lebih suka memilih produk muslim. Namun bagaimana sy boleh bezakan antara produk muslim dan bukan muslim? Itu yg sy nak jakim buat.

Seperkara lagi, dlm Islam, ummat perlu dididik bukannya dibebaskan buat keputusan tanpa bimbingan. Jika demikian buat apa buat logo halal? Biarkan shj pengguna fikir sendiri produk mana yg halal.

Apapun sy bertegas bhw jgn hanya lihat isu halal krn halalnya bahkan kena lihat dari sudut ekonomi juga, sesuai dgn konsep ukhwah islamiyah. Hukum Islam juga berkait rapat dgn ekonomi termasuklah ibadat haji yg wajib dilakukan di mekah.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)