Selepas mengutip mata tambahan ekoran info palsu berkenaan 1mdb dan kecelaruan akaun bank, Najib barangkali sudah boleh menarik nafas lega sedikit. Namun masih ada penyokong celupar beliau yang kurang hemat dan kurang cermat sehingga menimbulkan rasa meluat rakyat.
Bagi Demang tindakan penyokong (baca pembodek) sedemikian meski tiada dalam agenda namun menjadi sumber yang baik untuk Najib rekodkan.
Jika segala-galanya berjalan lancar maka dalam pusingan ke-3 Najib sepatutnya sudah dapat menyaring, mengelompok, dan mengasingkan orang di sekeliling beliau mengikut kategori dan gred masing-masing.
Kelompok pertama adalah pasukan yang bertindak proaktif secara positif mempertahan beliau samada kerana yakin Najib benar mahupun sekadar percaya bahawa Najib tidak bersalah. Ini gred A.
Demang lihat ramai juga dalam kelompok ini yang selama ini adalah pengagum Tun Mahathir. Barangkali itu sebabnya mereka mempertahankan Najib tetapi dalam masa yang sama enggan menghentam atau memburuk-burukkan negarawan tersebut.
Kumpulan kedua pula bertindak menyerang pihak lawan semata-mata dan melihat semua yang muncul adalah ancaman yang bakal membahayakan boss mereka. Status mereka sama seperti kelompok tadi iaitu ada yang benar-benar tahu yang Najib tidak bersalah atau sekadar yakin bahawa Najib takkan buat begitu. Ini gred B.
Kumpulan ketiga adalah individu-individu yang menunggu sehinggalah mereka yakin Najib akan menang barulah mereka menyalak pada pihak lawan. Dalam pada itu mata mereka masih liar meninjau-ninjau lorong selamat untuk melarikan diri jika berlaku sesuatu yang tak diduga.
Jika gred di atas disamakan dengan gred telur maka kelompok terakhir ini bukan lah gred C tetapi dinamakan telur tembelang. Hukumannya samada tanam dalam tanah, buang ke dalam hutan, ataupun tenggelamkan di laut.
Antara tindakan yang dilakukan kumpulan ini termasuklah memburuk-burukkan proton hanya kerana ia adalah idea Tun. Mereka lupa betapa proton lah yang membuka peluang pekerjaan pada ramai anak melayu. Proton juga memberi peluang pada golongan melayu pertengahan memiliki kereta baru dan melayu rendah mampu membeli kereta second hand.
Memang teruk jika hanya mengambil kira untung semasa dalam perkara proton. Itulah yang mendorong menantu Paklah mengambil jalan mudah menjualnya apabila sahaja ada peluang. Awas dengan hero hindustan itu. Berdasarkan rekod lalu, beliau belum begitu suci untuk diletakkan kepercayaan seratus peratus.
Sebagaimana yang Demang tulis sejak awal dulu, sayembara ini bukan untuk mencari yang menang dan yang kalah. Ia adalah proses menyaring dan membersihkan segala kekotoran yang melekat pada permata sehingga yang tinggal nanti hanyalah permata yang gemilang, bukannya permata yang hilang.
Rakyat sedang memerhati semua yang berlaku dan mereka menilai. Sehingga saat ini rakyat masih melihat Tun adalah wira mereka yang sedang bercakap bagi pihak mereka. Bagi mereka, Tun adalah ganti Anwar Ibrahim bahkan Tun jauh lebih baik lagi.
Petua mudah Demang ialah jangan sekali-kali mengejek idola rakyat. Kita masih boleh menang tanpa menjatuhkan lawan, malah itulah yang rakyat mahu lihat.
Jika setakat ini kalian berusaha menjadikan Najib pemenang maka Demang sarankan selepas ini fikirkan cara untuk menjadikan Najib seorang wira.
Itupun jika kalian benar-benar mahu menyokong Najib.
2 comments:
BANGSA BUMIPUTERA Islam/Melayu mesti BERSATU, utk. MENENTANG habis-habisan puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1 - yg. begitu galak tak habis-habis nak MENJATUHkan IMDB, ISLAM; NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang berzaman kita ini, HAK dan IDENTITI Bumiputera Islam/Melayu kita dan YAB PM Islam/Melayu, DS Mohd. Najib kita serta LEGASI-amat-GEMILANG Ayahanda beliau, iaitu BAPA KEMERDEKAAN/BAPA PEMBANGUNAN BUMIPUTERA-no-1, Allahyarham YAB PM Tun Abdul Razak Hussein TERCINTA kita!!
PENGGANAS-PENGGANAS ANTI-BUMIPUTERA Islam/Melayu ini yg. KELENTONG psl. IMDB ni, termasuk puak PENGGANAS PEMISAH Sabah/Sarawak - adalah si KULI-rejim-rejim PENGGANAS Barat/NATO-ISrael/Zionis, yang memang nak MEMISAHkan Sabah/Sarawak yg- kaya minyak/gas, dari Malaysia dan diGABUNGkan dgn. SingaPORK-pusat-CIA-MI6/Mossad/NATO di Asia Tenggara!
Nek Tempoyak.
Dari krisis PENGGANAS-PENGGANAS luar dan dalaman yg. BERGABUNG untuk MENSABOTAJ IMDB serta kepimipinan YAB PM Islam/Melayu kita ini, sepatutnya UMNO serta semua BUMIPUTERA Islam/Melayu perlu sedar betapa BAHAYAnya perjanjian TPPA-LIBERAL-amat KEPARAT, yg. sememangnya diKUASAI si rejim-rejim PENGGANAS Barat/NATO-ISrael/Zionis serta KULI-KULI depa dari puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL SingaPORK -DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH-no 1!
Sila lihat BAHAYA BESAR dari TPPA buat ISLAM/umatnya, NEGARA ISLAM kita ini serta HAK dan IDENTITI Bumiputera terutamanya Bumiputera Islam/Melayu – di http://www.ismaweb.net/2015/07/pembela-lancar-kempen-rakyat-bersatu-tolak-tppa/ , dan tolong tandatangan menentang TPPA ini di http://www.janganjualnegara.com/bantah/petition !
Nek Tempoyak.
Post a Comment