Kejadian di Lowyat adalah kes kecil. Hanya isu ikan bilis. Namun jika tidak diurus dengan baik ia bakal menjemput jerung-jerung masuk campur.
Sebenarnya menguruskan jerung lebih mudah berbanding mengawal ikan bilis. Ikan jerung tidak banyak dan kehadirannya di suatu tempat mudah dilihat. Jika betul cara menjamunya, mudah sahaja dijinakkan. Apabila jerung sudah dapat ditawan, anak-anak bilis mengikut sahaja.
Ini yang dikatakan, pegang kepala. Orang yang biasa menangkap ikan keli akan mencekup kepalanya dan si keli yang memiliki sengat berbisa tidak mampu lagi berbuat apa-apa. Begitu juga penangkap ular. Panjang manapun ular itu jika kepalanya telah dikepit, pasrah sahaja lah pada keputusan sang penakluk.
Apabila Tun Mahathir kekalkan Samy Vellu hampir 30 tahun, ramai yang bising-bising. Malah Mr Samy dipertandingkan di kubu kuat UMNO yang kata orang diletakkan tunggul kayu pun akan bergelar YB.
Ramai yang tidak tahu hubungan rapat Samy Vellu dengan ketua-ketua genster India. Ketika berlaku pergaduhan besar Gengster di Penang, Tun hanya arahkan Samy Vellu dan apabila beliau menemui kepala-kepala tersebut, masalah pun selesai.
Itu sebabnya apabila Samy Vellu tiada, keadaan sudah sukar dikawal. Inilah kesannya apabila orang ramai sangka mereka lebih cerdik daripada pemimpin.
Itu formula memegang kepala. Bagaimana pula rahsia memegang telur?
Maaflah, Demang bawa satu lagi kesah Tun sebab kesah orang lain Demang tidak tahu.
Ketika kedudukan Tun sedang gawat kerana dicabar Tengku Razaleigh Hamzah, beliau pun memanggil para perwakilan Kedah ke pejabatnya di KL. Maka datanglah para perwakilan UMNO yang memegang undi itu dengan bas rombongan.
Semasa dalam perjalanan, berpakatlah para delegasi untuk membuat beberapa permintaan yang besar-besar kerana mereka tahu Tun sedang genting ketika itu dan pasti akan memenuhi apa sahaja syarat yang mereka kenakan. Maka dilantiklah seorang jurucakap bagi menyuarakan tuntutan ketika berkumpul bersama Tun nanti.
Di luar jangkaan mereka, rupa-rupanya Tun tidak menemui mereka beramai-ramai sebaliknya menjemput seorang demi seorang masuk ke bilik Perdana Menteri yang hebat dan mengagumkan.
Akhirnya tiba lah giliran si pencerita asal peristiwa ini:
"Masa aku masuk, Dr Mahathir sedang tunduk menulis sesuatu. Suasana sunyi. Aku berjalan atas karpet tebal macam tak jejak ke lantai. Sampai di depan meja, Tun mengangkat muka sedikit, mempersila aku duduk dan menyambung kerjanya menulis."
"Lebih kurang 10 minit barulah Dr M nampak selesai kerjanya dan memandang aku. Dr M senyum dan bertanya: Macamana YB? Dengaq kata menikah satu lagi?"
"Mendengar soalan itu macam halilintar membelah kepala aku. Macamana orang tua ni boleh tahu rahsia aku? Padahal isteri tua aku pun belum tahu!"
Demikianlah kesahnya. Hasrat untuk meminta macam-macam lenyap terus bahkan si perwakilan pula yang terpaksa berlutut pada Tun agar rahsia masing-masing kekal selamat.
Kenapa? Kerana telur mereka sudah Tun pegang!
Para penyokong Najib jangan terasa hati Demang tulis tentang Tun. Demang dah bagitau, Demang tidak tahu cerita lain sebab Demang membesar di zaman Tun.
Apa ruginya mengambil teladan dan pengajaran daripada pengalaman Tun? Tidak banyak, barangkali sedikit dapat digunakan. Kena kreatif lah.
Cuma zaman Najib sudah tidak sama dengan zaman Tun. Zaman Tun ada ISA. Justeru Tun boleh pegang kepala genster dengan cara lembut dan cara keras. Selagi boleh, Tun akan layan permintaan mereka dan dalam masa yang sama mereka boleh ditangkap bila-bila masa menggunakan ISA.
Pesan Demang, peganglah kepala dan telur orang penting di sekeliling kita. Jangan sekali-kali biarkan orang pegang kepala dan telur kita. Jika demikian, dah tak boleh buat apa-apa.
4 comments:
Mahathir bijak berpolitk, bukan PM sekarang ni harap punasihat je.
Ni satu lagi cerita pasal Tun. Yang cerita ni kawan baik yg juga orang kanannya. Waktu tu ada la sorg pakcik kenalan kampung Tun datang ofis Tun bawak satu envelop (satu proposak sorg peniaga). Sampai je kat meja, Tun tanya pak aji nampak macam ada masalah, pak aji pun ceritalah, dia tak ada duit nak ganti tv malah nak repair tv kat rumah pun tak ada duit. Lantas Tun panggil dato badariah (PA nya), ambil tv kat bilik Tun dan bungkus2 lalu diberi kat pak aji tu.. Kes setel.. Tak terkeluar pun benda dalam envelop..
hehehe..
matlamat menghalalkan cara,
apa ada pada dosa,
jika inilah hero mereka,
baik lantik dajjal jadi kepala....
.. alhamdulillah,
rupanya tindakkan mengkaji semula sokongan terhadap orang tua ini adalah tindakkan yang betul lagi berhikmah, rupanya dia ini perangai mengalahkan ulaq ......
apa heran, telor najib rosmah biasa pegang pe?
Post a Comment