Apa khabar?
Khabar baik.
Sapaan bagus dan jawapan pun bagus. Ia pembuka kemesraan dan menunjukkan sikap ambil berat.
Namun seperti yang saya baru sebut, ia hanyalah pembuka kata dan selalunya itu jugalah penutup kata. Ertinya, persoalan tentang khabar tu habis begitu sahaja.
Soalan 'apa khabar' hanyalah basa basi. Sebab itulah jawapannya pun sambil lewa. Kita tak perlu berfikir panjang untuk menjawab.
Memang tak perlu pun. Sebab apabila kita berfikir dengan serius maka jawapannya 99% bukanlah 'khabar baik' sangat.
'Apa khabar' dan 'khabar baik' adalah set yang telah dirakam mungkin puluhan tahun dulu dan keluar secara automatik apabila kedua frasa itu bertemu.
Apakah khabar sebenar?
Pagi ni belum sarapan. Dah bosan asyik2 nasi lemak yang sama.
Petang semalam bank call remind tarikh akhir yang memang kita bayar setiap bulan. Dia kata remind je.
Telco hantar mesej tarikh bayaran ada 15 hari lagi.
Esok ada presentation, slide belum siap.
Abang wasap tanya kenduri dapat hadir tak.
Jiran baru balik dari mekah belum dijengah.
Wife wasap bagitau kucing dia beranak. Mintak budget tambahan le tu.
Ada 1001 perkara dalam kepala boleh dikhabarkan. Akhirnya yang paling mudah ialah: "khabar baik".
Apabila saya taip 'apa khabar' pada status fb saya pagi tadi, semua menjawab 'alhamdulillah'. Bagi saya itu jawapan terbaik. Ertinya kita redho dan bersyukur dengan semua yang Allah tentukan, meski kita tak menjawab pun soalan si penanya.
Seorang hamba tidak wajar mengeluh apabila diberi tugasan oleh tuannya apa lagi mengadu pada orang lain termasuk sesama hamba. Sepatutnya, tanya pun tak boleh. Sami'na waato'na.
Cukup dulu kali ni. Nanti sambung lagi.
Wallahu'alam. Saya bukan ustaz.
Cheguman,
Morhabshi.
No comments:
Post a Comment