Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, September 3, 2017

Korban lembu atau lembu berkorban

Assalamualaikum dan salam Aidil Adha.

Insyaallah pagi esok saya akan menunaikan ibadah korban. Cuma yang menggusarkan hati saya ialah apakah Allah taala akan menerimanya sebagai korban sebenar dari saya?

Kisah korban habil dan qabil mudah kita faham.  Begitu juga perintah korban ke atas nabi ibrahim iaitu menyembelih putera kesayangan baginda.

Bahan korban mereka amat jelas iaitu mengorbankan sesuatu yang amat disayangi.

Namun bagaimana korban saya pagi esok?  Adakah satu bahagian lembu dengan bayaran rm650 itu sudah memadai? Berapakah nilai nabi ismail as pada ayahanda baginda?

Secara mudahnya kita boleh kaitkan dengan taraf nabi yang sudah tentu tidak sama dengan manusia biasa. 

Makanya kita perlu bertanya pada diri adakah rm650 itu berpadanan dengan kemampuan sebenar kita?

Jika wang bukan lagi sesuatu yang besar untuk dikorbankan, apakah yang lebih mahal nilainya dari itu?

Biarlah saya cuba jawab: Bagi kebanyakan dari kita, *masa* adalah lebih bernilai.

Justeru jika mahu nilai korban lebih dirasai maka *masa* juga perlu turut dikorbankan. Bukan hanya wang.

Pandangan saya, jangan berkorban dengan hanya menghubungi pihak penganjur dan buat bayaran begitu sahaja.

Luangkan masa untuk memilih ternakan yang sesuai.

Mungkin kita boleh beli lebih awal dan cuba rasai sendiri kesukaran memeliharanya.

Nanti apabila sampai masa untuk dikorbankan kita akan lebih merasakan erti pengorbanan kita itu.

Jangan hanya lembu itu yang berkorban padahal yang menerima perintah Allah taala adalah kita.

Tujuan korban bukan untuk bersedekah daging. Makna korban ialah korban.

Wallahualam.

Cheguman morhabshi

*tulisan ini hanya pandangan peribadi dan tidak boleh disandarkan untuk apa2 tujuan lain, terutama berkaitan hukum*

2 comments:

Anonymous said...

APA YANG SEDARA KITA MEREPEK NI. BUAT SAHAJALAH APA YANG DIAMALKAN OLEH PENGIKUT MAZHAB SHAFIE (Pegangan majoriti umat Islam di Msia). Berniat dan ikut kaedah yang diamalkan oleh msyarakat kita. X payahlah buat perkara2 yg tidak disyariatkan. Serahkan shj urusan qorban kpd pihak penganjur. Sebagai peserta kita keluarkan shj kos bahgian qorban/atau kos seekor ternakan utk dikorbankan.

Cheguman said...

Terima kasih atas teguran walaupun tidak disertakan nama.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)