Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, September 5, 2017

Pengurus maklumat (4)

Ciri-ciri seorang pakar
1. Seorang pakar menjadi tempat rujukan orang ramai. Apabila ada masalah berkaitan mereka akan mencari anda.

2. Memanglah untuk menjadi pakar anda perlu mahir dalam bidang tersebut namun anda tidak perlu menjadi pakar paling mahir. Ada beza ungkapan 'antara yang terbaik' dengan 'yang paling baik'.

3. Mahirkan diri anda dalam satu bidang khusus. Orang ramai faham bahawa pakar bukan tahu semua perkara. Yang penting anda boleh diharapkan untuk menyelesaikan masalah mereka ketika diperlukan.

4. Jika orang ramai menjadikan anda sebagai tempat rujuk, siapa pula yang boleh anda rujuk jika sesuatu masalah tidak boleh selesai? Pakar rujuk juga perlukan pakar rujuk lain.

5. Islam mengajar kita untuk beristiqomah. Oleh kerana ia ciri penting bagi seorang pakar maka kita akan perincikan bahagian ini.

Ciri2 istiqomah
1. Fokus pada bidang kepakaran
Seorang pakar bukan sahaja perlu tekun malah perlu dilihat tekun. Melakukan terlalu banyak kerja dalam satu masa bukanlah ciri istiqomah.

2. Jangan membebel atau merungut walaupun pada perkara yang tidak berkaitan. Jika anda tukang gunting rambut jangan berceloteh pasal politik ketika menggunting rambut pelanggan.

2. Buat berterusan
Apabila sudah bermula maka buatlah sampai berjaya. Jangan tergugat dengan tawaran lain berkenaan peluang untuk berjaya. Peluang memang berlambak. Ambil satu sahaja dan kerjakan. Jangan toleh ke belakang walaupun ada anjing menyalak atau bunyi hon kereta dari belakang.

3. Boleh diharap dan tidak mengecewakan. Apabila diberi tugas, selesaikan segera sebab itulah tujuan anda dirujuk. Jika buntu, diam2 hubungi mentor anda atau cari maklumat berkaitan. Ingat,  kita di zaman teknologi maklumat.

4. Anda perlu pandai tapi jangan cuba berlagak pandai terutama di depan pelanggan. Mereka lebih yakin apabila anda sentiasa ada tempat untuk merujuk dan mengesahkan keputusan dan tindakan yang anda buat bagi memastikan ia adalah paling tepat.

5. Kekalkan hubungan dengan pelanggan. Seorang pelanggan yang berpuas hati biasanya akan diam sahaja sebaliknya jika tidak berpuas hati dalam masa singkat karier anda boleh musnah.

6. Jangan biarkan pelanggan anda yang sukakan perkhidmatan anda membisu. Dia ada ramai kenalan dan saudara mara. Minta bantuan untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan anda pada saudara mara beliau.

Biasanya orang memang suka menolong, apatah lagi jika anda baik dengan mereka.

Bersambung... Dimana pelanggan anda?

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)