Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, May 1, 2018

Bintang indah di sebelah saaban

Yang Demang Sedang Fikir (13)
Di sebelah bulan 15 saaban ini ada bintang terang yang indah.

Lihat gambar ini. Adakah anda nampak keindahan sama seperti yang Demang nampak subuh tadi?

Jika sekadar melihat gambar sudah tentu tidak sama dengan menggunakan pancaindera sendiri terus pada alam.

Itulah pengalaman. Pengalaman adalah sesuatu yang amat eksklusif. Ia hanya dapat dirasai dan dinikmati sendiri, bukan dari cerita orang.

Bagaimana dengan ibadah kita? Adakah kita dapat merasakan Allah taala hampir dengan kita?


Wallahualam.

Bersambung.. Akal alah dek iman

Artikal sebelum: tips 3 penjuru

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

7 comments:

Anonymous said...

Berkaitan solat, di mana level kita.

1. Tak kisah nak solat.
2. Solat ikut suka, ikut mood, kadang solat kadang tidak.
3. Solat cukup, jika tertinggal diqadha'. Kurangnya pd khusyuk dan syarat syarat kesempurnaannya.
4. Solatnya sempurna dr segi khusyuk dan syarat syarat kesempurnaannya, dihiasi juga dgn yg sunat sunatnya. Sempurna solat fardhu bg lelaki adalah dgn berjamaah.
5. Sudah merasa nikmatnya solat, merasa bagai berada dlm majlis Allah swt, dikelilingi para malaikat dan makhluk makhluk yg soleh. Sering memanjangkan solat solat sunatnya.
6. Solat adalah nikmat terbesar bgnya, sbgmn tidur adalah nikmat terbesar bg yg mengantuk, makan nikmat terbesar bg yg kelaparan, minum nikmat terbesar bg yg kehausan. Ketika solat bagai bercakap cakap dgn Allah swt.

1 & 2 muslim fasik. Yg tak kisah nak solat di Saqar, yg mencuaikan solat, kadang solat kadang tidak, di Weil lembah celaka dlm Jahannam, na'uzubillah.

3 muslim yg lemah imannya, yg cacat imannya, yg tak sempurna imannya.
4 muslim mukmin yg soleh.
5 muslim mukmin yg muttaqin.
6 para waliullah.

Jgn sekali pun meninggalkan solat, sekali sahaja meninggalkan solat fardhu dgn sengaja, batallah semua amal baik sebelumnya, bagai org bankrap yg hilang semua harta dan ahli keluarganya. Jika bersolat semula, bg amal baik bagai bermula dr awal semula sedangkan dosa dosa pula sudah bertimbun timbun. Perkara kufur paling ringan atau batasnya Islam dan kufur adalah meninggalkan solat fardhu dgn sengaja, batal perjanjiannya dgn Allah swt, putus dia dr Rahmat Allah swt. Nak masuk ke Syurga adalah dgn Rahmat Allah swt, bgmn org org yg putus dr Rahmat Allah swt nak ke Syurga.
Hanya saja bg kita ASWJ, berdasarkan Hadis Syafaat, ttg satu golongan yg dikeluarkan dr Neraka tanpa apa apa kebaikan pdnya, walau sebesar zarrah sekalipun, semata mata dgn Rahmat Allah swt, org org yg melakukan perbuatan kufur tidaklah digolongkan sbg kafir murtad terkeluar dr Islam selagi dia sendiri masih lg mengaku muslim dan bersyahadah. Dan bg mazhab kita pula, yg mencuaikan solat, tidaklah dihukumkan kafir murtad selagi tidak menolak kewajipannya. WaAllahu'alam.

Kat mana pun level solat kita, jgn sekali kali meninggalkan solat. Selagi bersolat ttp ada kira kiranya.

Moga ada manfaat.

Cheguman said...

Masyaallah. Jazakallaha khairan kepada yang meninggalkan komen ini. Moga kita terutama blogger waadat beroleh kebaikan dan rahmat yang Allah kurniakan.

Cheguman said...

Kalaulah dapat level 6 tu... Allahu akbar. Moga Allah kabulkan. Level 4 pun dah amat bersyukur.

Anonymous said...

Terpilihkah kita ? Utk jadi calon ke Syurga.

Bila Allah swt memilih kita utk kebaikan,
dijadikan kita seorg muslim.

Jika kita terpilih lagi,
dijadikan kita muslim yg taat.

Jika kita terpilih lagi,
dijadikan kita bnyk beramal.

Jika kita terpilih lagi,
dijadikan kita fakih dlm agamaNya.

Jika kita terpilih lagi,
dijadikan kita berakhlak mulia.

"Tidaklah ditemukan akhlak yg terpuji itu kecuali bg org org yg sabar, dan tidaklah ditemukan akhlak yg terpuji itu kecuali pd org org yg memiliki keberuntungan yg besar." QS 41:35.

Tiada yg lebih berat dlm Timbangan amal selain taqwa dan akhlak yg baik.

Dlm berkempen jaga akhlak, ketahuilah 3 sifat ahli Neraka ; kasar, degil dan angkuh. Jauhilah !. Dan 3 sifat org org yg dikasihi Allah swt ; tenang, tawaddu' dan berlemah lembut - bersopan santun. Usahakanlah !.

Usahakanlah utk jadi calon....
Calon ahli Syurga.
Bukan calon ahli Neraka.


Cheguman said...

Masyaallah. Moga kita termasuk calon syurga.

Anonymous said...

Betul tu, bende pertama yg akan ditanya disana nanti adalah SOLAT... jgn tingalkan solat! Dlm al Quran, fitnah sama maksudnya dgn fitnah dlm bahasa kita, riba sama juga disebut riba dlm bahasa kita, kalau kita baca al Quran walaupun tak faham bahasa Arab kita akan selalu jumpe bende2 ni. Oleh itu jauhkan fitnah mainan yg banyak disebutkan pembangkang masa kini. Kepada kita semua kalau ada kat kredit eloklah dilupuskan, pinjaman rumah, kereta, peribadi konvesional eloklah migrate kpd Islamic financing, insuran eloklah berhijrah ke Takaful, InsyaAllah kita bebas riba, hanya mengingatkan diri, kadang2 kita solat tak tinggal tapi lupa bende2 besar dlm Islam ni, ini contoh sahaja selain zakat etc...

Cheguman said...

Benar. Mari kita sama² hapuskan riba.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)