Puasa macam 'pause'. Allah suruh hentikan sebentar beberapa rutin harian. Ikut jadual baru pulak. Macam lencongan kat jalanraya yang sedang dibaiki.
Biasanya pagi² kita akan cari sarapan. Selama sebulan ini kita dah tak perlu fikir tentang itu.
Jalan ada lengang sikit. Beberapa tempat yang selalu kereta bersidai di bahu jalan dah tak kelihatan.
Di warung² terdedah nampak bangku telungkup atas meja.
Waktu tengahari pun tak la pening nak fikir nak makan apa. Jemu jugak ngadap menu atau kedai makan yang hampir sama.
Allah maha bijaksana dalam mengawal manusia. Perut adalah kunci pergerakan manusia. Diubah waktu makan, berubahlah banyak perkara.
Lepas asar situasi lesu dan longlai tiba² bertukar jadi meriah. Ummat Islam mula berkisah pasal makan. Tapak² jualan juadah berbuka tumbuh di sana sini.
Kita masih makan dua kali sehari, cuma diubah masanya.
Di awal tadi saya sebut pasal jalan lencongan sementara. Bagi yang tak berpuasa bermakna mereka tak ikut jalan lencongan yang Allah sediakan. Mereka tetap nak ikut jalan lama.
Jika demikian, agak² mereka selamat tak di dunia dan akhirat? Allah taala yang rugi atau diri mereka sendiri?
Wallahu'alam.
Guna kapal seberang
Kubur macam bilik pengantin
Boleh pijak bahu kawan
Guru rai diri sendiri
2 comments:
Segala perintah, segala nasihat, segala galakkan, segala anjuran, dlm beragama, semuanya bertujuan ;
1. "mudah mudahan kamu menjadi org yg beroleh hidayah."
2. "mudah mudahan kamu beroleh rahmat."
3. "mudah mudahan kamu menjadi org yg bertaqwa."
Islam itu bermula dgn syahadah, kekal dgn solat, sempurna dgn taat. Yg sempurna agamanya, sempurnalah taat(syariat)nya. Nak mengetahui kewajipan syariat tentulah dgn ilmu. Mk yg sempurna syariatnya mestilah berilmu (ilmu syariat). Islam seseorg pula boleh terbatal dgn syirik dan kufur.
Iman itu letaknya di hati, bermula dgn percaya, kekal dgn yakin (ilmul yakin, ainul yakin, haqqul yakin). Derjat yakin perlu kpd ilmu juga. Khususnya ilmu tauhid. Iman menjadi rosak bila ada ragu, walau sedikit.
Yg baru percaya, disebut "alladzina amanu", sementara yg sempurna imannya disebut "al mukminun". Jauh beza kedudukan antara dua golongan ini.
Yg sempurna imannya mk pasti ada dlm hatinya ciri ciri kesempurnaan iman, semuanya dlm hati, iaitulah, ikhlas, jujur, amanah, syukur, sabar dan tawakkal, dikurniakan Tuhan, hasil susah payahnya, meningkatkan dan menambahkan ilmu, disertakan jerih payahnya melakukan ketaatan pd syariat Allah swt. Semuanya dlm hati, tak boleh dibuat buat, tp akan terzahir pd akhlak dan tingkahlakunya, perbuatan dan perkataan.
Derjat tertinggi bg seorg muslim itu adalah derjat taqwa. Dlm hadis Saidina Umar r.a. taqwa bermula pd tingkat Ihsan, beribadah seolah olah dpt melihat Tuhan. Org org tarekat menyebutnya sbg syahadah. Pelengkap sifat taqwa itu pula adalah wara', sentiasa berusaha menjauhi segala yg tidak disukai Allah swt dan berusaha sedayanya melakukan segala yg disukai dan diredhaiNya. Setelah tertanam sifat taqwa ini mk terzahirlah pdnya ciri cirinya org yg bertaqwa ;
Dicirikan dlm ayat 17 Surah Ali Imran sbg org yg
1. Sabar
2. Jujur
3. Taat
4. Menafkahkan harta pd jln Allah swt
5. Beristighfar pd waktu sahur
Dicirikan dlm ayat 134-135 juga dlm Surah Ali Imran sbg org yg
1. Pemurah
2. Penyabar
3. Pemaaf
4. Penyantun
5. Sentiasa berzikir
6. Sentiasa bertaubat.
Dlm Al Hadis pula dicirikan sbg org yg dikasihi Allah swt
1. Sentiasa tenang
2. Sentiasa bersikap tawaddu' merendah diri
3. Bersikap sopan santun lemah lembut
Dlm ayat ayat lain disebut sbg org yg dicintai Allah swt
1. Sentiasa bertaubat
2. Pembersih
3. Penyabar
4. Sentiasa bersikap adil
5. Sentiasa bertawakkal kpd Allah swt
6. Seorg yg penyantun , suka berbuat kebaikan
7. Sentiasa menjadikan sunnah sunnah Nabi saw sbg panduan hidupnya
8. Berjihad, berjuang atau bekerja secara teratur.
Hasil dr sifat taqwa ini, besar sekali ganjarannya, dijamin Syurga, dikasihi Allah swt, diselesaikan segala kesusahan, kepayahan, permasalahan, dunia dan Akhirat, dan diberikan kemuliaan, bahkan diletakkan pd kedudukan wali wali Allah swt (QS10:62-63).
Jadi itulah tujuannya dr kewajipan berpuasa itu. Setakat manakah pencapaian kita setiap kali Ramadhan berakhir, kita sendiri nilaikan. Keputusan akhirnya tetap hak Allah swt.
Bgmn menjadi org bertaqwa ?
Bermula sbg org Islam, tingkatkan ilmu, berusaha utk sentiasa dlm ketaatan, didik hati dgn segala sifat sifat yg baik, memperbnyk zikrullah, memperbnyk bacaan Al Quran, bangun bertahajjud setiap malam. Jgn sekali kali lupa, sentiasa merendah diri minta dan mohon kpd Allah swt.
Kalau dah rasa diri kita baik, ingat selalu pesan Allah swt.
"mk jgnlah kamu menganggap diri kamu suci (baik/tidak berdosa). Dialah yg mengetahui akan org org yg bertaqwa." QS53:32.
WaAllahu'alam, moga ada manfaat.
Masyaallah. Terima kasih atas perkongsian.
Post a Comment