Mukaddimah
Kata Sheikh abdul kadir jailani:
apabila sampai waktu siang, maka siang akan muncul. Apabila datang waktu malam, maka malam pula tiba. Jangan dipaksa malam menjadi siang dan siang menjadi malam.
Sampai masanya, ia berlaku jua.
Cerita asal begini...
Anwar Ibrahim masuk politik ketika masih bergelar pelajar. Walaupun bukan menyertai mana² parti namun aktif melaungkan suara rakyat kepada pihak kerajaan.
Sejak mula lagi anwar bukan orang kerajaan.
Apabila tun mahathir mengambil jawatan perdana menteri, anwar ditarik menyertai umno. Ramai yang bersetuju ini cara terbaik untuk anwar menjelmakan perjuangannya dari dalam.
Namun ada juga yang mendakwa itu cara tun mengikat orang yang dijangka akan menjadi musuhnya.
Kata orang, "If you can't beat them, join them." Mahathir ambil langkah lebih selamat: "let he join us."
Masa itu ada yang kata, PAS kecewa kerana anwar memilih untuk bersama UMNO.
Ada orang PAS kata pada anwar: "anta nak cuci najis tapi anta masuk dalam tangkinya. Akhirnya badan anta yang penuh najis."
Masa depan anwar dilihat begitu cerah tika itu. Anwar bukan sahaja naik begitu cepat bahkan sering memintas orang lain dalam pendakian menuju puncak.
Ketika itu usahkan dapat bertemu anwar, kalau dapat dikaitkan dengan kawan anwar pun jadilah.
Ironi sungguh apabila slogan besar anwar selepas disingkirkan ialah: hapuskan kroni dan nepotisme.
Demikian Allah taala takdirkan anwar menikmati zaman gemilangnya.
Tangga demi tangga dilepasi, kadang² melangkah kepala orang yang duduk atas tangga. Akhirnya anwar cuma setakah lagi untuk sampai ke puncak singgahsana.
Namun takdir Allah taala hanya Dia yang maha mengetahui. Sementelah kenaikan anwar sebelum itupun atas takdir-Nya juga.
Krisis 1998 menjahanamkan seluruh jerih payah anwar. Istilah 'merudum' yang dipopularkan ketika membentangkan belanjawan rupanya tertimpa atas batang hidung sendiri.
Bahkan lebih teruk, anwar dipecat dari semua jawatan termasuk timbalan perdana menteri. Padahal sebelum itu anwar sempat menjadi pemangku perdana menteri.
Kata Sheikh abdul kadir jailani lagi, kalau bukan rezeki kita, takkan dapat pada kita.
Anwar mengajak seluruh negara mempertahankan dirinya. Laungan roformasi bergema di mana². Ada yang tak sangka, ramai yang tak percaya itu semua berlaku pada manusia bernama anwar ibrahim.
Teriakan reformasi menarik rakyat berdemontrasi di jalanraya. Negara jadi huru hara.
Huru hara? Ada ke istilah selain dari huru hara? Demang bukan budak² lagi masa itu. Demang sempat ikut serta dalam beberapa himpunan rakyat. Kalau sampai perusuh bertempur dengan polis, adakah itu himpunan biasa?
Bukan hanya satu kes! Rapat umum tak putus-putus digerakkan di seluruh negara hingga akhirnya tun mahathir terpaksa meletak jawatan.
Walaupun Tun letak jawatan tapi bukan anwar ibrahim yang naik. Paklah yang tak glamor tetapi lama dalam UMNO dilantik menjadi perdana menteri.
Akhirnya mahkamah mendapati anwar ibrahim bersalah. Demang tak nak sebut kesnya. Itu antara dia dengan mahkamah dan mereka dengan tuhan.
Yang nyata, anwar dipenjarakan agak lama. Itu fakta!
Anwar berkonflik dengan 5 era perdana menteri:
Tun Mahathir
Tun Abdullah
DS Najib
Tun Mahathir semula
Kini, TS Muhyidin
Nampaknya anwar masih mahu melawan sebagaimana teriakannya sejak awal reformasi: "lawan tetap lawan."
Dr Chandra Muzaffar antara yang menubuhkan PKR akhirnya meninggalkan anwar ibrahim
Anwar lupakah tentang konsep sabar dan redho? Anwar tak belajarkah sebagaimana pesan wali seperti sheikh abdul kadir jailani bahawa jika itu bukan rezeki kita maka kita takkan dapat?
Mungkin anwar dan penyokongnya akan kata, kita perlu berusaha. Namun insaflah, jika ada rezeki anwar tetap akan jadi perdana menteri. Tak perlu nak huru harakan negara sekali lagi.
Lihat Tun Abdullah (Paklah) dan TS mahyudin. Siapa sangka mereka boleh jadi perdana menteri.
Anwar tak boleh kata orang tak cuba bantu dia.
PAS pernah bantu anwar habis²an.
Ramai tokoh politik, akademik dan agama bertungkus lumus cuba tolong anwar. Mereka tubuhkan PR yang kemudian ditukar kepada PKR.
DAP pun tolong (?) anwar.
Namun akhirnya hampir semuanya kecewa dengan anwar. Demang kata hampir semua sebab DAP dan beberapa orang PKR masih bersama anwar.
Demang tak larat nak senaraikan tokoh pejuang yang kecewa dan meninggalkan anwar kerana jumlah mereka terlalu ramai.
Stay at home Anwar.
Kalau bukan rezeki, awak terbalikkan duniapun awak tak akan dapat. Yang nyata, awak akan rosakkan orang ramai. awak ajak mereka berhuru-hara. awak menjadi penyebab manusia bersengketa.
Ezam Mohd Noor antara orang paling kuat pertahan anwar dulu
Azmin Ali akhirnya turut meninggalkan anwar
Tegarkah awak wahai anwar ibrahim?
Untuk kali ini Demang peringatkan: Jangan ganggu malaysia lagi. Tak perlu tokok kesusahan rakyat yang sedang susah.
Rakyat sedang belajar menerima takdir Ilahi. Rakyat sedang belajar makna sabar dan redho.
Anwar belum mahukah membantu rakyat secara ikhlas tanpa jawatan?
Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.
Aktivis BiroTata Negara sejak 1993 dan banyak terlibat dalam memberi kefahaman tentang perlembagaan kepada pegawai kerajaan.
Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.
----------------------------------------------------------
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
End of section. Please klik our sponsor.