Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, April 24, 2020

Antara tsunami Acheh, Covid19, dan Anwar Ibrahim


Anwar pernah berjaya cetuskan kekacauan. Allah beri dia kepandaian dalam mempengaruhi orang ramai. 

Masih ingat Gerakan Aceh Merdeka yang berjuang untuk memerdekakan Acheh daripada Indonesia?

Niat perjuangan asalnya baik.

Pemimpin utama GAM ialah DR. Hasan Muhammad di Tiro seorang putera Aceh yang menetap di Sweden dan berkewarganegaraan Sweden.

Sejak 1976 GAM berusaha memisahkan Aceh daripada Indonesia yang dianggap penjajah. Kerajaan Indonesia yang berpengkalan di Jawa itu dikatakan menganiaya rakyat Aceh yang kaya dengan minyak.


  
Sebagaimana lazimnya mana² fahaman atau idea baru akan menghasilkan kelompok yang bersetuju dan yang tidak bersetuju. Rakyat yang asalnya bulat mula retak dan akhirnya berpecah menjadi dua puak yang saling bertentangan.

Maknanya kalau nak pecahkan manusia bukanlah susah sangat. Campakkan apa² isu di tengah² mereka dan lihatlah akan lahir 3 kumpulan iaitu sokong, bantah, dan atas pagar!

GAM tidak hanya bersuara bahkan menggunakan senjata bagi mencapai tujuan.

Sepanjang perjuangan tersebut tidak kurang 15,000 rakyat Aceh menjadi korban.

Lebih malang lagi jumlah tersebut bukan hanya dari kalangan yang bersengketa malah rakyat yang tidak menyokong mana² pihak juga turut menjadi mangsa.

Sampai satu tahap rakyat sudah tidak boleh mempercayai sesama sendiri. Jika siangnya seorang pejuang GAM dibunuh, maka sebelah malamnya pasti seorang rakyat Aceh lain akan dibunuh kerana disyaki tali barut pihak Jakarta.

Kemelut di Aceh seakan tiada penghujung. Keadaan sudah tidak boleh dikawal dan diramal. Pembunuhan demi pembunuhan sesama sendiri berlaku hampir saban hari.

Bagaimana perang saudara itu tamat?

Dalam kebuntuan itu Allah taala bagi penyelesaian yang tak dijangka. Tsunami besar 26 Disember 2004 menyapu bersih bumi Aceh malah menamatkan persengketaaan sesama sendiri.

Terlalu beaar harga yang perlu dibayar oleh rakyat Aceh kerana keghairahan seorang putera untuk menaiki tahta.

Demang ulang sekali lagi catatan yang dikutip dari wikipedia:

"Pemimpin utamanya (Gerakan Aceh Merdeka) ialah DR. Hasan Muhammad di Tiro seorang putera Aceh yang menetap di Sweden dan berkewarganegaraan Sweden."

Oleh kerana sudah agak panjang Demang menulis pasal Aceh maka untuk Anwar Ibrahim Demang cuma nak tanya: apakah persamaan antara Anwar Ibrahim dan PKR dengan Dr Hasan Muhamad dan GAM?

Soalan kedua Demang ialah jika Allah taala hantar tsunami untuk menamatkan persengketaan di Aceh bagaimana pula dengan Covid19?


  

Jika tsunami berjaya menyatukan rakyat Acheh semula maka kenapa Covid19 tidak dapat kita iktibarkan sebagai arahan Allah untuk menamatkan terus gerakan Anwar Ibrahim?

 Marilah kita fokus pada usaha mengekang dan menamatkan Covid19 dan mengenepikan kepentingan politik peribadi.

Jika dunia belum kiamat kita kena ingat bahawa usaha memulihkan ekonomi selepas Covid19 ini lebih sukar dan amat mencabar.

Anda fikir kita ada masa untuk pening kepala (dek keghairahan Anwar Ibrahim untuk menaiki tahta)?

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Aktivis BiroTata Negara sejak 1993 dan banyak terlibat dalam memberi kefahaman tentang perlembagaan kepada pegawai kerajaan.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

End of section. Please klik our sponsor.

3 comments:

Anonymous said...

Ini walaun PH yang dakwa asset negara kena jual... sumber Blog Kerengge

Tak sampai 2 bulan, kerajaan PN dah jual aset negara... Fakta ada kew..!?

“Eh tak sampai 2 bulan, kerajaan dah mula jual aset negara?” Itulah komen yang dibuat terhadap tindakan kerajaan melalui Khazanah yang dilaporkan akan menjual 74 juta sahamnya dalam Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurut laporan media, Khazanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjual 1.45% sahamnya dalam TNB dengan harga RM1.17 bilion... alahaii batu api..!!

“Rupanya ini trend standard BN. Tahun 2015 dan tahun 2016 pun sama.

“Bolehlah penyokong MN (Muafakat Nasional) teruskan meratib ‘jual aset negara, ini semua salah DAP,” tulis Liyana Marzuki, bekas pegawai kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui Facebook beliau... betui ka nihh..!!?

Pada Walaun Unta Telo Labuh Otai Reformasi

Kalau Khazanah jual suma saham kat TNB atau TNB jual saham kat Khazanah apa yang jual assets negara nya....!?

Kedua dua entity itu adalah GLC Kerajaan Malaysia , tang mana jual negara wahai walaun unta otai tolo labuh...!? Ini lah kalau bahana otak asyik guling guling atas jalan raya bengap... PH dolu jual IHH yang sepanjang tahun untung pada syarikat Singapork dengan harga bawah nilai itu baru jual essets negara... nak contoh lain bersepah wahai walaun otai tolo labuh...!!! No Brain...!!! Baru 1 hari puasa dah jadi batu api...


No Brain...!! kikiki..

Anonymous said...

Mulia Hati Ustaz Ebit Lew, moga dapat teruskan aktiviti amal - Najib Razak

(Psstt.!! Najib dah komen pasal Ebiet Liew Atok tak nak komen ka.!?)

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut bersimpati dengan luahan ustaz Ebit Lew setelah pendakwah terkenal itu tidak akan meneruskan usahanya dalam membantu golongan susah.

Menerusi laman Facebook, Najib berkongsi keratan berita mengenai pendakwah tersebut sehingga menerima lebih 40,000 tanda suka dan 1,200 perkongsian.Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut bersimpati dengan luahan ustaz Ebit Lew setelah pendakwah terkenal itu tidak akan meneruskan usahanya dalam membantu golongan susah.

Menerusi laman Facebook, Najib berkongsi keratan berita mengenai pendakwah tersebut sehingga menerima lebih 76,000 tanda suka dan 2300 perkongsian.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, perjuangan dan hati Ebit disifatkan mulia kerana sering tampil membantu golongan yang hidup dalam serba kekurangan.

Najib turut berharap agar pendakwah keturunan Cina berkenaan dapat meneruskan aktiviti amal itu dan kebaikannya hanya mampu dibalas oleh Allah SWT.


Mmmm mintak Atok komen pulak...kikiki

Anonymous said...

Tahniah Anwar pun dah matang menjawab isu Rohingya dan isu lain dlm FB setiap persoalan dijawab dengan nada biashe biashe...Cuma lepas ni kena tanya Bang Non mengenai PATI China yang tidak ikeluar dari Malaysia apa Bang Non jawab di FB nanti..!?

Bang Non jawab Bukan retorik bodoh lagi...

Makin tenggelam atok kitee.!!

Mmm Kedah lagii.. Ebiet Liew bantu salur duit online keluarga di Baling, pegawai VVIP Kedah mana skg ni..!? Harap VVIP tu mungkin jauh duk KL koott..!! Apa nak jadi dng vvvip ni..!?

dan ....

Pendakwah terkenal, Ebit Lew mengesahkan khidmatnya bagi membantu orang tidak berkemampuan tidak lagi akan dilakukan secara langsung.

Ebit Lew berkata, pendirian itu diambil selepas dipanggil ke Bukit Aman hari ini, bagi memberi keterangan berhubung laporan beberapa pihak yang mempertikaikan khidmat bantuannya yang tular di media sosial. Persoalan kenapa bila kecoh kat Kedah tetiba pulis bertindak... sebelom ni ok jerr

macam ada yg tak kena dan ada yang panas bontot yerr...!!!?

Kalah kan terus budak tu dalam pemilihan parti nanti, sebelum kejadian di Kedah tak ade pun kecoh kepoh ada amik gambar video suma orang ok ajer...

bila kat berlaku kat Kedah macam macam kau orang kutuk fithan hukum siap bawak hadis lagi....

Yang dia orang panas bontot kenapa..

Kalah lan budak dan kunco kunco dalam pemilihan parti budak tu.. maka hapuslah legasi tak guna ini

kesian Tun makin lama makin tenggelam dan dilupakan...kalah kan aje la legasi ni...!

saya ulanggg..!!!

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)