Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, April 13, 2019

Sudut lain kata² pujangga inggeris


Isi atau kulit?

Kata orang puteh: "don't judge a book by its cover."

Ia tak semestinya pasal buku.

Kata² itu terbit kerana manusia mudah terpesona dengan tampilan kulit.

Selamanya begitu. Sebenarnya kulit memang penting. Bahkan amat penting untuk dijaga.

Rasanya semua benda ada kulit termasuk buku, kereta, rumah, jalanraya, buah²an, bahkan bumi kita.

Begitu juga tubuh manusia. Kulit adalah organ paling luas. Ia menyaluti daging dan organ lain pada tubuh.


Kulit menjadi perisai dari serangan luar. Memang ia nipis tetapi Allah taala jadikan ia berfungsi sebagai deria yang mengesan sebarang ancaman.

Kulit memberitahu kita apabila berlaku perubahan haba supaya kita bersedia lebih awal. Kita juga tahu bahaya pedang apabila libasan pertama terkena sedikit pada kulit.

Sangat ngeri jika melihat orang berjalan tanpa kulit. Ia digambarkan dalam buku yang pernah saya baca tentang peristiwa bom atom di hiroshima.

Sebenarnya kes² begitu berlaku juga pada mangsa kebakaran atau tersimbah asid.


Saya bukan menentang kata² pujangga inggeris cuma melihat dari sudut lain. Nasihat mereka supaya jangan cepat terpedaya dengan kulit. Ramai yang menipu.

Apapun, jagalah kulit dan bersedialah dengan kemungkinan kecederaan pada kulit biarpun kecil seperti luka atau lecur.

Posting kali agak lain sikit sebab saya nak beritahu bahawa Minyak Morha bagus untuk merawat kulit.

Wallahu'alam.

Tahung Haji dan gelatin babi
Buat apa derma masjid?

Friday, April 12, 2019

Tabung Haji dan gelatin babi


Suatu ketika dulu tersebar surat berantai senarai produk tercemar, konon ada gelatin babi.

Walaupun masa tu belum ada viral media sosial namun ia tersebar luas. Umat islam jadi keliru dan was².

Tabung Haji tampil menguasai syarikat berkenaan. Dari situ ia berhak menentukan keputusan untuk produk yang dikeluarkan. Ini memberi keyakinan pada umat islam.

Maklumlah ada jenama yang disenaraikan dah lekat di hati pengguna. Tak boleh tanggal.


Tabung Haji juga terlibat dalam pelaburan hartanah termasuk di luar negara. Ada yang untung ada yang rugi. Adat berniagalah.

Apapun setiap tahun dapat beri subsidi pada bakal haji. Kalau nak pergi sendiri hampir rm20k.  Namun melalui Tabung Haji cuma perlu bayar lebih kurang rm10k.

Kalaupun kita simpan cuma rm10 dalam Tabung Haji namun kita dah beri sokongan dan sumbangan untuk jemaah haji.

Dalam posting lepas saya tulis konsep derma bertajuk "Buat apa derma masjid?"

Apa lagi jasa Tabung Haji? Tak perlulah disenarai satu persatu. Bukan semua orang setuju. Sedangkan nikmat Allah taala setiap detik pun selalu dilupakan manusia, inikan pulak cuma Tabung Haji.


Semangat penubuhan Tabung Haji adalah niat asal dan ia berkaitan dengan ibadat. Kita tidak tau apa akan berlaku akan datang dan Tabung Haji mungkin dapat jadi alat bagi menyelamatkan keadaan.

Jangan buang senjata dan jangan sekali² bagi senjata yang kita pegang pada musuh.

Ada orang kata biarlah Tabung Haji tutup, kita buat yang baru. Semudah itukah? Jangan terjerat dengan permainan pihak kufar. Nampak macam lurus tapi mereka licik dan penuh muslihat

Wallahu'alam

Buat apa derma masjid?


Thursday, April 11, 2019

Buat apa derma pada masjid?

Masa saya kecil dulu di tapak ini cuma surau atau kami panggil menaksah

Apa ertinya jika kita masukkan rm1 ke dalam tabung masjid?

Semalam saya masukkan rm1 ke dalam tabung masjid. Esok, sebelum jumaat akan dipapar pada papan putih jumlah kutipan mingguan. Biasanya di masjid kami antara rm6,000-8,000 seminggu.

Bagaimana jika saya tak masukkan rm1 itu? Tabung masjid cuma kurang rm1. Apa pula kesan rm1 itu jika dibanding rm6000 yang terkumpul?  Tiada kesan apa².

Jadi,  kenapa saya perlu masukkan rm1? Ia adalah sumbangan dan amalan saya.

Apa terjadi jika saya masukkan rm10 atau rm100? Tiada kesan apa² pada masjid. Hatta rm1 jutapun sebenarnya tiada impak apa².


Namun ia ada kesan pada saya sendiri. Ia menunjukkan kesanggupan saya untuk berkorban pada rumah Allah.

RM100 pada orang miskin tentulah tidak sama dengan rm100 bagi jutawan.

Dalam hal lain pun begitu. Sesuatu yang kita lakukan bukan untuk pihak lain. Bukan untuk mengubah atau menJADIkan sesuatu. Ia adalah amalan untuk diri sendiri.

Jadi atau tidak,  berkesan atau tidak adalah kuasa mutlak Allah taala. Kita hanya lakukan sebagai amalan yang dikira pahala dan dosa.

Wallahu'alam


Wednesday, April 10, 2019

Tiada syurga tiada neraka



Sedangkan ayam ternakan pun kita boleh buat sesuka hati. Kita boleh sembelih semuanya buat kenduri. Musnahkan rebannya dan tak perlu buat baru. Atau,  gantikan dengan ternakan itik pula.

Kita boleh saja buat begitu. Padahal ayam makhluk Allah dan kita pun makhluk Allah juga. Bukan kita yang cipta ayam.


Bayangkan jika Allah yang mencipta kita bertindak menghapuskan kita terus tanpa menyediakan tempat lain. Bayangkan jika Allah tiadakan syurga. Bayangkan jika Allah mahu letakkan kita di neraka. Atau, hapuskan terus tanpa sisa.

Apa daya kita menahan kehendak Allah taala?

Tapi Allah taala maha pengasih lagi maha penyayang. Walau hak Allah untuk buat apa saja tapi Allah sayangkan kita.

Wallahu'alam

Tuesday, April 9, 2019

Orang berilmu, ahli ibadat masuk neraka

Memamg ada kesah tentang ahli ibadah masuk neraka. Begitu jugak ada cerita orang berilmu masuk neraka.

Namun contoh² itu bukan untuk menafikan pentingnya ilmu dan ibadah. Bahkan bukan sekali² melarang banyak beribadat.

Jangan jadikan ia alasan....

Allah berfirman:
“Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz-Dzariyaat [51]: 56)


Ada satu hadis yang saya disuruh hafal oleh ustaz masa sekolah dulu: "menuntut ilmu itu wajib (faridatan) atas tiap² muslim dan muslimat."

Kata orang sudah terang lagi bersuluh. Ayat quran dan hadis di atas menjelaskan tujuan kita dicipta Allah dan kewajipan menuntut ilmu.

Sebenarnya dua sebutan tadi bagi memberi amaran pada orang berilmu dan orang yang rajin beribadat supaya ikhlas dan tidak berburuk sangka dengan orang lain.

Jangan sombong jika banyak ilmu sebab 'la haula wal quwata illa billahil azim'. Begitu juga kalau banyak beribadat.
Sebab itu ketika mendengar muazin melaungkan 'hayya alassolah' kita sahut 'tiada daya upaya melakukannya melainkan dengan kuasa Allah'.

Maksudnya,  kita beribadat pun atas belas ikhsan Allah yang meminjamkan kita kuasa. Berapa ramai yang mahu beribadat tetapi Allah taala beri halangan.

Ada yang sekadar dapat solat sambil duduk di kerusi.

Berbalik pada ilmu, perkara pertama yang Adam perolehi selepas dicipta ialah Allah ajarkan nama² benda dan diminta ajarkan pada para malaikat. Ilmu lah tu.

Nabi muhammad saw pula disuruh membaca pada wahyu pertama oleh malaikan jibril. Bukankah itu menunjukkan ilmu sangat penting?
Namun orang berilmu dan juga ahli ibadat diberi amaran bahawa jangan sombong dengan ilmu dan ibadah yang dilakukan.

Belajar tetap kena belajar,  beribadat tetap kena beribadat. Dua perkara tu tak boleh 'excuse'.

Cheguman morha

Tips elak ngumpat
Gantikan tempat dia
Awak jual apa? Jom buat marketing sama²
Ujian seronok ujian tak seronok

Sunday, April 7, 2019

Tips hindar mengumpat


Dua perkara yang saya bulatkan pada skrinshot di atas:

1. Mengumpat
2. Riak

Sekarang sudah di hujung Rejab dan kita kini di bulan Syaaban. Bermakna Ramadhan akan tiba dalam masa sebulan.

Mungkin yang kedua perlukan masa untuk dibuang tapi yang pertama rasanya lebih mudah dilatih.

Bagitahu orang sekeliling bahawa kita tak suka mengumpat dan tak mahu mendengar umpatan.

Macamana nak beritahu?  Jangan bagitau guna lisan tapi perbuatan.

1. Ubah tajuk setiap kali ada yang mula mengumpat.
2. Tinggalkan tempat itu apabila ada yang mula mengumpat.
3. Tinggalkan grup wasap yang banyak sembang negatif. Left grup bukan bermakna putus siloturrohim.

Jom buat.

Cheguman morha

Ganti tempat dia
Kerjasama marketing
Ujian seronok ujian tak seronok

Saturday, April 6, 2019

Ganti tempat dia


"Dia ada kereta besar, rumah besar. Selalu ke luar negara.. Saya pun nak camtu." kata si A.

"Ok. Awak ambik tempat dia. Awak akan dapat kereta besar, rumah besar dan lain²nya." balas temannya.

"Lain²nya? Apa tu?" si A keheranan.

"Oh.  Awak belum tahu?  Selain yang awak nampak tu,  dia jugak ada hutang yang banyak. Mengidap kanser tahap 3. Isterinya tidak menjaga aurat dan batasan pergaulan manakala seorang anaknya menagih dadah."

*menjadi orang kaya atau orang miskin tak begitu penting. Bersyukurlah dan jangan ada perasaan hasad melainkan dalam dua perkara...

**apa dua perkara tu? Hmm...cuba tanya ustaz.

Wallahu'alam


Nak tunggu bila lagi?
Kerjasama marketing
Ujian seronok ujian tak seronok



linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)