Demang Lebar Daun...

Beliau adalah negarawan ulung yang mengasaskan sistem pemerintahan Melayu beraja. Tokoh hebat yang sepatutnya menjadi idola setiap orang Melayu. Demang Lebar Daun sedar tentang kuasa. Baginda melihat politik dari sudut yang tidak mampu dilihat meski oleh manusia yang mengaku berada dalam zaman yang hebat seperti kita ini.

Demang Lebar Daun adalah moyang orang Melayu. Tetes darahnya mengalir dalam zuriat Melayu kekal hingga ke hari ini.

Sistem yang diasaskan baginda sebenarnya relevan untuk sepanjang zaman. Cuma orang Melayu sering dikelirukan oleh musuh sehingga ada dalam kalangan orang Melayu sendiri yang kurang percaya pada kaum sendiri.

Powered by Blogger.

Morhabshi

Blog Mesti Jengah

Monday, January 30, 2012

Duta Palestin bidas Anwar


Berikut adalah kenyataan Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush berikutan kenyataan Anwar yang menyangkut negaranya.

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai “pelik dan ganjil” kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.

"Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abughoush berkata, oleh kerana Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.

"Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.

"Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah,” katanya.
— BERNAMA

posted from Bloggeroid

Read more...

Jom simpan

Read more...

Raja tangguh menangguh lagi

Meluat betul dengan orang politik yang licik ni. Asal nak kalah je, cabut lari.

http://brojinggo.blogspot.com/2012/01/peguam-anwar-tak-puas-hati-perlekehkan.html?m=1

posted from Bloggeroid

Read more...

Azizan selepas Hasan Ali?


PAS terus berdolak dalik mengenai alasan pemecatan Hasan Ali. Yang paling ditakuti oleh kepimpinan PAS ialah alasan campur tangan DAP atau PKR dalam kes tersebut.

Namun rakyat bukan bodoh. Semua orang tahu bahawa PAS cuma menumpang di Selangor. Khalid PKR yang jadi MB.

Tapi orang Melayu juga tahu bahawa 'tak berapa sen' pun yang Khalid ada dari segi kuasaya. Selebuihnya adalah ehsan DAP.

Kenapa Hasan Ali dipecat? Kerana rasuah? penyelewengan? Tak buat kerja? Malas? Pnteng? Lewat? (maksud Demang lewat datang ofis. Bukannya liwat!)

Kalau semua itu bukan, kenapa?

Sebab Hasan Ali menyertai Perhimpunan Sejuta Ummah yang dianggap boleh menjejaskan kerjasama dengan PKRdan DAP.

Selain itu sebab Hasan Ali sudah keluarkan kenyataan yang merugikan PKR dan DAP.

Jika itu alasannya, maka kenyataan dan pendirian MB Kedah juga boleh membawa pada pemecatan beliau pula nanti.

Tapi Demang rasa PAS takkan buat begitu lagi sebab kesan penyingkiran Hasan Ali pun PAS dah tak boleh tahan.



Sumber:
http://bumiyang.blogspot.com/2012/01/dr-aziz-bari-marah-guna-auku-azizan.html

Read more...

penduduk selangor mogok lapar

Kalau dilihat pada kempen PKR dalam PRU yang lalu, cicak pun kagum.

Tu sebab kita boleh dengar cicak asyik berdecit: cit cit cit... Dia sedang kagum la tu.

 Tapi, ye la. Berjanji memang sedap. Yang mendengar pun seronok. Apatah lagi jika dalam keadaan tersepit.

Lagipun, berapa kerat calon PKR yang yakin dirinya boleh menang dalam PRU yang lepas?

Bak kata seorang teman, bukan sahaja calon UMNO yang terkejut kerana kalah. Calon PKR yang menang pun rasa tak percaya.

Sebenarnya rakyat sekadar memberi amaran kepada BN. Mereka pun tak menjangka undian mereka menyebabkan kerajaan BN benar-benar kalah.

Akibatnya, ternyata janji-janji hanya palsu sebagaimana berita berikut:

Sebanyak 57 keluarga di Kampung Bunga Raya dekat sini melakukan mogok lapar Ahad sebagai bantahan terhadap kerajaan Selangor yang gagal mengotakan janji pilihan raya umum lepas, untuk menyediakan rumah baru kepada mereka. 
Memulakan mogok lapar pada 9 pagi, keluarga yang mengandungi lebih 100 anggota itu mendesak untuk bertemu pegawai kanan kerajaan negeri dan pusat bagi menyelesaikan isu yang berlarutan sejak hampir empat tahun tersebut. 
Bernama melaporkan, anggota Parlimen kawasan Subang dari Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasah telah menjanjikan setiap keluarga akan mendapat rumah baru di Jalan Pluto menjelang 2010. 
"Kami diberitahu akan dapat menyambut Deepavali di rumah baru kami pada 2010, tapi itu tinggal mimpi...tiada apa yang dilakukan setakat ini. Itu cuma janji kosong Sivarasah. 
"Projek perumahan yang bermula 2008 telah terbengkalai sehingga sekarang," kata Naib Presiden Pertubuhan Perikatan Prihatin Malaysia, R. Balan. 
Keluarga terbabit mengakhiri mogok lapar mereka kira-kira 4.30 petang dengan ketibaan Anggota Dewan Undangan Negeri Paya Jaras Datuk Muhammad Bushro Mat Johor dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shafei Abdullah yang berjanji untuk membantu. 
Turut menemui keluarga terbabit Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar. 
Ketua kampung S. Perumah, 62, pula berharap kerajaan persekutuan akan membantu mereka memandangkan semua keluarga terbabit telah hidup dalam keadaan bekalan air dan elektrik yang tidak sempurna sejak 18 tahun lalu. 
"Kami perlukan penyelesaian segera kerana kerajaan negeri tidak membantu kami. Kami mahu kerajaan pusat membantu," katanya.-29/1/2011

Sumber berita: 
http://agendadaily.com/Politik/penduduk-mogok-lapar-tuntut-janji-manis-pkr..html

Read more...

Hasan Ali keseorangan?

Read more...

apabila cacing berlagak sawa

Waktu Demang keluar simpang tadi nyaris terlanggar seorang remaja berbasikal.

Dah la gelap dek malam, berbasikal tanpa lampu pulak, dan lebih teruk lagi sibuk ber-SMS!

Sebenarnya aktiviti ber-SMS sambil mengendali kenderaan sudah menjadi perkara biasa yang sering kita lihat.

Demang selalu ternampak penunggang motorsikal, pemandu kereta malah pengendali lori treler sibuk ber-SMS sehingga kadangkala membahayakan diri sendiri dan orang lain.

Oleh kerana Demang sendiri pun pernah melakukannya maka Demang cadangkan marilah kita sama-sama hentikan tabiat itu.

Satu lagi Demang nak ingatkan jika terpaksa juga, kena lah sedar diri. Maksud Demang ialah lihat situasi dan kedudukan diri sendiri.

Kalau anda sedang memandu lori besar dan di kiri kanan anda terdapat kereta, motorsikal dan basikal maka anda layak ber-SMS.

Tetapi jika anda menunggang motorsikal dan di kiri kanan anda terdapat lori besar dan kereta maka jangan lah cari pasal.

Jalanraya memang lah dikongsi bersama tetapi jika anda kecil, samada melanggar atau dilanggar anda juga yang parah.

Demang bercakap dari segi keselamatan diri sendiri dan bukan dari sudut undang-undang. Kalau kena saman tanggung lah sendiri!

Sebenarnya bukan sahaja di jalanraya, bahkan dalam berpolitik pun begitu juga.

Jika parti kita kecil maka jangan cuba-cuba berpakat atau bersekutu dengan parti kaum lain.

Lihat sahaja di Perak suatu ketika dulu. PAS ada 6 kerusi manakala DAP ada 19 kerusi. Walaupun Nizar jadi MB tapi terpaksa akur dengan kekendak DAP sebab faktor majoriti amat penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti Malaysia.

Mujur Sultan Perak seorang yang pakar dalam undang-undang negara. Maklumlah, bekas Ketua Hakim Negara. Setakat Karpal tu cuma celah gigi dia.

Sekarang kemudaratan sedang berlaku pula di Selangor. Contohnya dalam kes pemecatan Hasan Ali dan usaha mengambil alih SYABAS dari tangan usahawan lslam.

Itu belum lagi dikira dengan pertambahan pusat judi, hiburan, dan lesen arak!

Sebenarnya Sultan Selangor juga seorang yang bijaksana. Beliau dikenali sebagai seorang yang amat rajin membaca. Namun raja berperlembagaan berbeza dengan raja mutlak zaman dahulu kala.

Bukanlah Demang sengaja nak memuji. Masa UMNO bergabung dengan MCA dan MIC, UMNO adalah parti terbesar. Malah hingga sekarangpun UMNO tetap parti terbesar dalam BN.

Meskipun demikian UMNO tidak pernah menganiaya atau menindas kaum lain. Lihat sahaja bagaimana kaum cina yang jauh meninggalkan orang melayu dalam bidang ekonomi. Begitu juga pencapaian pendidikan dan jawatan profesional seperti guaman, kedoktoran, dan kejuruteraan.

Malangnya sejak akhir-akhir ini terdapat segelintir ahli politik yang cuba menghasut kaum mereka agar bersifat dengki pada orang Melayu.

Padahal peruntukan yang ada hanya sekadar cuba membantu orang melayu yang sekian lama hidup tertindas.

Itupun salah ke?
Hati-hati dengan naga. Kadang-kadang kepalanya ada dua.

Read more...

Apa kata anda?

Prasekolah

Penginapan di Bukit Merah

Penginapan di Bukit Merah
ctc: 019 6000 654, 017 236 9686 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)



Ramuan & Petua untuk anda

Jualan terus: daripada pengeluar kepada pengguna

Dapatkannya sekarang pada harga pengeluar. Cuma RM2.50 seunit. Keuntungan 100% Klik di sini

Dapatkan Kitab Perubatan Percuma

Join dan muat turun ayat Al-Quran, ramuan, petua, dan amalan tertentu. (termasuk bagi meningkatkan hubungan suami-isteri. Download.

anda, anak, & famili

Jika bayi anda meragam, apa perlu anda buat? tak kan nak buat bodo je, ye tak? Klik sini

Popular Posts

Blog Archive

Penyair Dari Gunung

Akulah penyair yang turun dari gunung
Beratus tahun telah kududuk di situ
Beratus-ratus tahun
Kini kuturun ke lembah, melihat manusia
Kecil miskin, lagi hina
Mereka hidup melata-lata
Tanganmu kugenggam kujulang keudara
Akan kujeritkan bagaikan halilintar
Kebebasan abadi
Akan kita susun perbarisan
Menjulang keadilan
Milik kita, milik semua
Kita hidup bahagia

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP