Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, August 29, 2008

Awas: Hantu TDM dan DSAI berkeliaran

Ramai yang bertanya namun Demang enggan menjawab. Kini, Demang sudah semakin hampir kepada jawapannya. Demang bentangkan kenyataan di bawah dan anda semaklah dengan maklumat lain yang anda sudah ada, yakni benar atau tidak kenyataan Demang ini:

Perseteruan TDM-DSAI adalah punca sebenar kemelut panjang politik negara. Ia bukan lagi masalah kaum Melayu semata. DSAI ibarat harimau luka yang terlepas. TDM melihat Paklah gagal mengekang mantan timbalannya itu. Malah Paklah seolah-olah memudahkan lagi laluan Anwar ke Putrajaya. Ketakutan TDM memaksa beliau membuat kenyataan untuk meninggalkan negara jika Anwar berkuasa. Tetapi itu adalah langkah terakhir. Sebelum itu terjadi, usaha keras perlu dibuat untuk menghalang Anwar. Paklah dilihat hampir gagal. Maka perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menggantikan orang lain yang mampu melakukannya.

Rakyat Malaysia perlu sedar, kebanyakan isu yang ditimbulkan adalah bertitik tolak pada kenyataan di atas. Sebagai PM, Paklah sebenarnya tidak ada masa untuk melayan karenah dan kehendak individu TDM mahupun Anwar. Beliau hanya melakukan apa yang wajar untuk negara.

Kembalilah kepada perjuangan sebenar: membina negarabangsa dan negarakota Malaysia yang merdeka. Jangan kita keliru dengan permainan politik mereka. Pilihanraya hanyalah satu cara memilih pemimpin. Setelah selesai proses memilih, selama 4-5 tahun adalah masa untuk bekerja. Untuk berkempen, kita tunggu 4-5 tahun lagi.

Jikapun masih ada ‘hantu’ yang berkeliaran, Demang sudah dapat mengenal pasti: tak lain tak bukan mereka adalah gemulah TDM dan DSAI yang telah maut dalam kemalangan politik 1999.

Salam kemerdekaan.

7 comments:

Sedingin Salju said...

jadi, apa tindakan seterusnya?

Demang Lebar Daun said...

Soalan yg baik drpd Sedingin Salju. Kita akan bincangkan bersama dari semasa kesemasa jalan penyelesaian. Yg penting kita dah nampak puncanya.

Kalau ikutkan geram dan marah, tangkap dua-dua sekali. Namun bagi Demang perjuangan tak perlu beremosi begitu.

Kita ada ramai sahabat blog yg mempunyai misi perjuangan yg sama namun masing2 berselindung dgn artikal2 berbentuk akademik, agama dan sastera. Contohnya bloger Azlishukri yg banyak menulis tentang pentadbiran berhikmah.

Sedingin salju pun apa kurangnya. Yg penting keinginan kita utk bergerak ke arah perpaduan.

Panglima Perang Cyber said...

Gemuloh bahaso kelate....

Sedak jugok guno...ada dlm kamus dewan ko?

lembut tetapi berbisa ulasan cheguman...

calon blogger berseni dalam bertempur alam maya.

moga selalu lapang masa menghasilkan idea menasihat utk panduan anak bangsa.

salam.

http://penembak-tepat.com

melayuangkat said...

Assalamualaikum Saudara,

Benar Saudara, kita mesti pulang ke landasan asal perjuangan untuk Negara tercinta. Ini bukan isu permusuhan, dendam kesumat individu.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 51!!

Sykur, Alhamdulillah!!

azmi yusof said...

ada benarnya ulasan cheguman..disebabkan kedua dua hantu ni masih bebas berkeliaran..walau yang satu tu pernah dikunci..yang jad mangsanya ialah Pak Lah..kerana kedua dua hantu ini jugalah imej Pak Lah pasa asasnya teruk tercemar..Dan kerana kedua dua ini jugalah, pada pandangan saya berlakunya bagaimana seorang Perdana Menteri negara kita dicaci, dihina,dikata,dikutuk dan sebagainya.5 perdana menteri kita, inilah rasanya penghinaan paling dahsyat dibuat secara meluas kepada seorang perdana menteri Malaysia..tetapi tidak banyak orang dapat melihat di sebalik hantu hantu ini sepertimana cheguman melihat..teruskan kupasan dan cadangan...

rahimin idris said...

mereka hanya mementingkan diri sendiri. kalau tak tak jadi macam ni.

Dr.Siddiq Azani said...

get yourself correct on who is Anwar Ibrahim basically. He recently fights against corruption but having realized that he is total corrupted when he was in UMNO before. As what has been disclosed by his “old friends” in UMNO today, whats left do you expect as his “old friends” knew him better than his die-hard supporters who only know how to beat the reporters and fondling Puteri UMNO’s bump. Sound sexy isn’t it?Umm..

He claims that 40 MPs will jump over to the Pakatan Rakyat this upcoming september. He reveals the real side of him and convey the people innuendoly that he is total corrupted. They are not jumping for nothing, stupid. This is a clear corruption. Yet he yells along the country that he is a man who against corruption. What this man has to offer for Malaysia, Malaysian? Open your eyes. He just want to become the Prime Minister, as that is what he was born for.

Anwar could do anything to fullfill his ambition to become the Malaysian Prime Minister. This is what we affraid of. He could does everything he can, including to sell this country in just a minute, and re-claim it with the PM title. Just look at the attention given by the United States towards this man. Anwar may claim that he never begs for any courtesy from the US, but nevertheless, US has the man they desired to control this country in the future because that is what they did previously. Musharraf, Hamid Karzai, Benazir Bhutto, are the best instances to describe US “overseas representatives” and we donot want Anwar to be in the particular list obviously.

He claims that he is innocent, but refuses to swear by Quran, he is palying with his words. If Hadi said that Saiful was stupid, Mr.Anwar does not even have the guts to swear. One of my commenters stated that the sumpah cannot prove any evidence and it is just a mere swear to avoid defamation. If such, what is Mr.Anwar affraid of?

With his multi-racial remark, which I support this, but only this, he has no absolute stand to clarify his views to the Malay, Chinese and Indian. He stood up to protect the Malay privilages, but in the same time defending others interest as well. Well this common concept must be elaborated into detail, and cant leave it on the surface. But having said that, I must praise Anwar for this manifest, as I share the same say with him in this issue.

This is just a piece of revelation as my views are rebutable. If you still believe in Anwar, you may go on with him. But if you love Malaysia, think again. Maybe twice or trice. Anwar is one of my favourite political leader, but he will never be my favourite Prime Minister.


http://writtenbyhim.wordpress.com/2008/08/24/why-anwar-cannot-become-the-prime-minister/

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)