Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Sunday, March 1, 2009

Nik Aziz, Hj Hadi, dan Anwar menyeru semua rakyat bersatu hadapi krisis ekonomi




Tanah Melayu, 29 Feb 2009, Ketiga-tiga pemimpin PR yang mendakwa mewakili pakatan rakyat menyeru sekalian rakyat Malaysia terutama orang Melayu agar bersatu dan bekerjasama bagi menghadapi keadaan ekonomi yang kian meruncing.

Dalam masa yang sama seorang lagi pemimpin PR iaitu En Karpal mengambil tindakan mengutuk sekeras-kerasnya Amerika yang dikatakan punca pada masalah ini. En Karpal berteriak 'CELAKA, CELAKA, CELAKA.

Mereka mengeluarkan resolusi bersama itu berikutan kenyataan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakop di Pulau Pinang pada 28 Feb (semalam).

Kesan kegawatan sudah mula dirasai apabila berpuluh ribu pekerja telah diberhentikan kerja. Begitu juga senarai syarikat yang tidak mampu meneruskan operasi serta bankrup semakin bertambah.

Menurut TS Nor Mohamed Yakop, TPM DS Najib Tun Razak sedang bekerja keras mengumpul maklumat bagi memastikan baget mini yang akan dibentangkan pada 10 Mac ini menyeluruh dan menyentuh semua bidang yang penting.

..............................

Demikian berita yang direka oleh Demang pada pagi Ahad 1 Mac 2009 setelah membaca kenyataan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakop (Pulau Pinang, 28 Feb).

Namun adakah ilusi Demang ini akan menjadi kenyataan? Mahukah ketiga-tiga pemimpin yang mendakwa disokong oleh rakyat Malaysia itu membuat kenyataan seperti itu?

Kaitannya dengan berita tadi ialah jika pemimpin PR yakin mereka lebih diterima rakyat berbanding UMNO maka buatlah sesuatu bagi manafaat rakyat. Sekurang-kurangnya ajaklah rakyat bersatu. Puluhan ribu pekerja (setakat mimggu lepas) telah dibuang kerja pun masih nak berpolitik? Jika esok atau bulan depan, atau tahun depan PR mengambil alih kerajaan mampukah mereka menyelesaikan masalah ekonomi ini?

Sudah-sudahlah tu. Jangan tunggu sehingga rakyat hilang sabar. Apabila dapur sudah jarang berasap, belanja anak sekolah sudah tidak boleh disediakan lagi, kenderaan tersadai tidak mampu digerakkan, hutang piutang berkarat dan berkeladak; mereka akan bangkit memberontak. Sebahagiannya akan mencari jalan mudah bagi memperolehi duit. Jenayah akan meningkat. Rompak, samun, pecah rumah tidak dapat dikawal lagi. Anak-anak gadis bertukar menjadi pelacur. Anak-anak lelaki akan menukarkan akidah dengan wang yang disalurkan oleh pertubuhan tertentu. Lebih teruk lagi apabila antara kaum saling tuduh menuduh dan saling menyalahkan. Maklumlah, golongan majikan dan pemodal (kapitalis) kebanyakannya berbangsa Cina manakala golongan pekerja berbangsa Melayu dan India. Maka akan berlaku pergaduhan kaum. Sudah lupakah peristiwa 13 Mei 1969?

Puaskah hati para pemimpin semua terutama pemimpin pembangkang? Demang salahkan pemimpin pembangkang kerana mereka dianggap paling kuat sekarang dan mampu mempengaruhi rakyat. Bukankah itu yang mereka war-warkan? Sebab lain Demang salahkan mereka ialah kerana usaha ke arah penyatuan sudah dilakukan berkali-kali dan Pak Lah selaku presiden UMNO telah bersedia memenuhi pelbagai syarat yang diutarakan oleh PAS. Malangnya keegoan PAS menghalang penyatuan tersebut dan lebih rela bersekongkol dengan DAP. Kononnya PAS mampu mengawal DAP yang berpenyakit sawan itu.

Seperkara lagi, Demang nak tahu di manakah sekarang Ahmad Awang iaitu pemimpin PAS Perak yang menolak penyatuan PAS-UMNO bagi membentuk kerajaan campuran di Perak dulu? Itulah orang yang pertama sekali Demang akan cari di pintu syurga nanti jika apa-apa berlaku pada negara bertuah ini. Ahmad Awang, jangan harap engkau dapat masuk syurga dengan mudah. Demang akan ajak sekalian rakyat heret kaki engkau dan humban ke neraka.

Pesuruhjaya PAS Perak tolak kerajaan campuran PAS-UMNO
lihat sini

7 comments:

anakbukitgantang said...

Anakbukitgantang

Terima kasih Ipoh MALAY sebab siarkan komen saya mengenai politiksemasa di Malaysia di bwah Nukilan dari Bukit Gantang

Saya harap komen ini dapat disiarkan juga sebab saya tiaada blog, tak masa masa nak maintain blog sebab tugas yang sentaiasa sibuk

Pada tahun 1997-1998 sewaktu Malaysia, ASEAN dan dunia mengalami krisis ekonmi akibat krisis matawang yang bermula dari Thailand, MALAYSIA BERTUAH kerana mempunyai fundamental ekonomi yang kukuh. Fundamental ekonomi itu adalah Kadar Rizab Negara /simpanan Malaysia pada waktu itu agak kukuh, ditambah lagi dengan kekukuhan dan kestabilan politik era MAHATHIRSM-sewaktu itu (TDM) ayahanda Tun Dr Mahathir telah membuat beberapa langkah drastik -yang pada waktu itu memang ditentang Barat-tetapi terbukti benar sedekat kemudian iaitu

1-dasar mengikat(pegging) matawang MALAYSIA pada RM 3.8 kepada USD 1-DASAR INI WALAUPUN KONTROVERSI TELAH BERJAYA MENSTABILKAN EKONOMI MALAYSIA-Kutukan barat dan DSAI pada waktu itu adalah dasar ekonomi protectionist/dasar ekonomi tertutup

2- Rasionalisasai dan penyatuan bank-bank kecil/merging of Smaller MALAYSIAN BANKS to shore up capitals, to save jobs, to prevent mass retrenchment

3-Mengurangkan kadar inflasi dan bebanan rakyat dengan mengurangkan kadar faedah pinjaman wang

4-Buy out of MALAYSIAN COMPANIES BY Malaysian CHINESE-WELL THEY ARE THE ONES WITH MONEY ANYHOW RIGHT?--yang ini walau pahit ditelan tetapi adalah ubat yang lebih BAIK diterima daripada jatuh ke tangan negara asing-walaupun TDM dikecam kerana beberapa company yang mempunyai ekuity MELAYU dibeli oleh CINA malaysia

TDM amat bertuah kerana waktu itu, kestabilan politik membolehkan TDM menumpukan lebih banyak perhatian kepada isu yang lebih fundamental iaitu ekonomi

Sejarah dan kerja keras TDM boleh diikuti dengan komen dari Menteri Kewangan Kedua Malaysia kini dalam blog beliau

Krisis ekonomi sekarang adalah lebih teruk dari tahun 2009. Krisis yang bermula dari USA negara uncle Sam itu telah merebak ke negara-negara lain-satu demi satu negara telahpun membrikan bail out kepada bank-bank terkemukannya dan yang terkini adalah Ireland, serta UK sendiri.

Menurut analisis dari Maybank investment, pengecutan ekonomi dijangka berlaku-lumrah-walaupun begitu MALAYSIA begitu bertuah kerana kadar Non Performing Loan NPL adalah jauh lebih rendah dari tahun 1997-1998-lagipun kadar simpana negara adalah lebih tinggi sekarang. FAKTA yang tak dapat di sangkal pembangkang (read DAP,PKR DAN PAS) adalah visionary TDM telah menyebabkan bank-bank di Malaysia mempunyai Good Governance yang lebih baik dari tahun 1997-1998

Malaysia-disebabkan Malaysia mengamalkan dasar ekonomi tertutup/protectionism menyebabkan MALAYSIA terlindung dan tidak mendapat impak yang negatif berbanding ekonomi Singapura yang lebih terdedah kepada krisis ekonomi dunia waktu kini-sila baca rujukan dari Maybank Investment dan Ucapan TDM dalam ARKIB YAYASAN PERDANA

Walaupun begitu, pengecutan masih berlaku dan dijangka pulih pada tahun 2010 dengan langkah stimulus ekonomi yang lebih besar dan bakal diumumkan pada Mac 2009

Oleh itu, saya ingin meminta DAP/PKR DAN PAS utk sama-sama bergabung tenaga dan SHUT UP-if you cannot think of a better way to shore up MALAYSIAN ECONOMY-at least berilah ruang untuk Datuk Seri Najib memfokus kepada masalah ekonomi

A responsible politician is a politician who contribute something positive (aka least moral support) if they cannot challenge TDM's statemenship in turning the then Malaysian ailing economy to some role model to be followed by many a developed countries a decade later! To DSAI I have only one word of advice- your time as the Finance Minister was the worse and thank Allah it was over -accept the fact that it contributed to your downfall and your superego MAKE IT HARDER FOR YOU TO ACCEPT THE FACT, MUHASABAH AND TO IMPROVE.

Remember what happen tO Indonesia during the crisis? Indonesia turned into a state of anarchy and many a chinaman business people suffered- remember race riot and mass rape of Indonesians of Chinese origins? remember too that an economic cake that is equally divided/distributed will lead to a state of harmony-Then the Malaysian Chinese appreciated the facts and accept that DEB/NEP (NEW ECONOMIC POLICY) and the sequel DASAR EKONOMI NEGARA/NATIONAL ECONOMIC POLICY WAS AND STILL IS THE BEST SOLUTION ALA MALAYSIA TO ENSURE PEACE AND HARMONY PREVAILS AMONGS PEACE LOVING MALAYSIANS


Had they the OPPOSITION remember what the Rakyat gave them-aka a thumping defeat!- during the PILIHANRAYA UMUM KE 10 (PRU 10) FOR THOSE OPPOSITION WHO DIVERTED THE ATTENTION OF TDM's Goverment, they would have SIT STILL and be quite by now.

Kepada rakyat MALAYSIA-jika sayangkan MALAYSIA- JANGAN UNDI KEPADA PEROSAK KEAMANAN DAN PEROSAK EKONOMI NEGARA -let the lesson of PRU 10 be reminded again and again to this forgetful politicians who love to oppose simply to make things bad turn worse - do not vote for irresponsible politicians!

anakbukitgantang 29 Feb 2009

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Parti Pembangkang Malaysia tidak ada masa menyeru rakyat untuk kebaikan. Saya tak nampak satu pun kebaikan pada rakyat atau Negara di mana mereka memerintah. Miskin tegar yang diwar warkan akan hapus diPenang menjelang 8 Mac 09 pun habuk sahaja.

Mereka lebih cenderung menghasut supaya rakyat Benci UMNO. Siang malam itulah Brain Wash mereka terutama pada muda mudi Melayu. Hina dan kotor sangat UMNO dan Pak Lah. TIDAK ada kebaikan langsung yang pernah UMNO buat pada mereka.

Dan mereka berjaya. Kita lihat blog blog anak didik mereka yang sudah benci pada Bangsa sendiri. AstagfirullahalAzim, apa nak jadi pada bangsa Melayu. Sengkatnya fikiran mereka, senang sahaja digula-gula.

Berdoalah agar Allah swt Selamatkan Malysia, Bangsa dan Agama.

Cheguman @ Demang Lebar Daun said...

Terima kasih Anak Bukit Gantang atas penerangan tersebut. Saya mengalu-alukan penulisan saudara dari semasa ke semasa. Saudara boleh gunakan blog waadat ini. Sebaiknya saudara emailkan artikel saudara kepada saya di cheguman@yahoo.com dan saya akan siarkan artikel tersebut dalam kolum utama.

Cheguman @ Demang Lebar Daun said...

Makcik,
Jika kita lihat Mingguan Malaysia hari ini penuh dengan rencana ekonomi. Jika kita melihat dengan hati dan minda terbuka serta positif kita pasti akan sedar apa yang perlu kita lakukan sekarang. Kita sebenarnya mempunyai waktu yang sangat terhad untuk dibazirkan dengan acara salah-menyalahkan antara satu sama lain. Sebagaimana ajakan AnakBukit Gantang tadi, bantulah DS Najib menyelamatkan ekonomi negara. Jangan fikirkan siapa Najib sebaliknya fikirkan nasib anak-anak pekerja kilang yang telah diberhentikan.

KHAIRUL NAZRI said...

Salam Cheguman,

1. Secara peribadi, saya tidak nampak dimana ketokohan Pok Nik, Hadi Awang mahupun Anwar Ibrahim dapat menyelamatkan ekonomi Malaysia kini biarpun mereka (sekiranya diizinkan Allah SWT) memerintah Malaysia kelak.

2. Ketika kini mereka pembangkang pun, mereka gagal untuk membuahkan idea mahupun melaksanakan tindakan-tindakan yang menjurus kearah pemeliharaan ekonomi yang memberikan kemanfaatan kepada rakyat.

3. Kita boleh nampak sekarang bahawa mereka-mereka ini hanya bermain provokasi, tindakan dan sarana yang lebih berbentuk kosmetik, idea-idea yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sekarang dengan touch-up yang ala kadar, beretorik dengan kisah dan sandiwara masa lampau yang kita semua tidak perlukan ketika menghadapi zaman getir ini.

4. Selagi berengga-berengga ini hidup dikalangan kita, maka selagi itulah kita semua akan terus dicelaka dan dibabikan.

Sometime we should kill for the heal or living dead...

Cheguman @ Demang Lebar Daun said...

Khairul Nazri,
Biarpun kenyataan saudara seolah meremehkan pemimpin Melayu namun memang sukar untuk dinafikan. Mereka memang berilmu cuma mereka melihat dari sudut mereka sahaja. Saya fikr kita perlu terus memberi sokongan pada pemimpin yang sedang bertungkus lumus menyelamatkan ekonomi negara. Ahli-ahli BPN perlu terus memberi tumpuan pada penulisan yang boleh membantu pembaca menerokai bidang ekonomi dan mampu menangani cabaran semasa. Saya melihat majoriti rakyat sudah begitu bosan dengan kemelut politik sekarang.

Cheguman @ Demang Lebar Daun said...

Salam,
Disamping kita melihat realiti politik semasa dan ikut membincangkannya, saya juga menyeru semua pengunjung dan bloggers terutama ahli BPN untuk sama-sama memberi sumbangan bagi menyokong usaha kerajaan mengatasi kemelut ekonomi yang semakin meruncing. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah:
1) Berbelanja seperti biasa bagi yang berpendapatan tetap. Hal ini akan mengaktifkan ekonomi dalam negara.
2) Mengutamakan produk tempatan serta mengelakkan pembelian barangan import.
3) Membantu pengusaha tempatan seperti pertanian dan perusahaan kecil dengan membuat pelaburan jangka panjang (contohnya berkongsi modal).
4) Melakukan aktiviti pertanian saradiri jika mempunyai kawasan.

Terima kasih.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)