Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, June 19, 2009

Kerajaan Perpaduan punca Kemusnahan PAS?



Sedikit masa dahulu isu muzakarah UMNO-PAS berlagu di seluruh pelusuk negara dan menyelinap ke pelusuk sanubari orang Melayu. Namun ianya tidak semudah yang diimpikan. Kecurigaan terhadap musuh tradisi meranapkan impian rakyat untuk melihat dua parti Melayu kembali bersatu.

Tiba-tiba kempen tersebut berkumandang kembali. Kali ini saranan tersebut terbit dari mulut presiden PAS sendiri iaitu Haji Hadi dan disokong Timbalannya.

Kesungguhan pemimpin tertinggi PAS itu dapat dilihat apabila beliau tidak sekadar bercakap kepada pemberita malah mengumumkannya dalam muktamar PAS baru-baru ini.

Sebagaimana presiden UMNO sebelum ini (Tun Abdullah), presiden UMNO yang baru (DS Najib) juga menerima cadangan tersebut dengan senang hati. Begitu juga timbalannya.

Keterbukaan para pemimpin UMNO tanpa syarat mengundang rasa curiga ramai pemimpin PAS.

Apakah muslihat UMNO? Kenapa pemimpin UMNO nampak gembira dengan idea kerajaan perpaduan?

Anggapan bahawa semua pemimpin UMNO yang mengalu-alukan kerajaan perpaduan sebagai satu tindakan ikhlas tanpa ada sebarang keuntungan politik mungkin satu andaian bodoh. Namun tindakan menolak sama sekali cadangan tersebut dengan meletakkan seratus peratus alasan kecurigaan akan menjadikan seseorang pemimpin itu kelihatan angkuh dan lebih bodoh.

Justeru adalah lebih matang jika kita meneliti apakah kebaikan yang bakal kita perolehi dan apakah malapetaka yang boleh kita hindari jika idea kerajaan perpaduan tersebut kita laksanakan.

Bagi menjawab kekhuatiran dan kecurigaan sesetengah pihak terutama Erdogan Pas, marilah kita selusuri satu persatu perkara tersebut.

Pertama, kenapakah Najib menerima cadangan musuh tradisi UMNO itu?

Satu andaian yang mudah ialah Najib mungkin inginkan rakyat menyokongnya sebagai Perdana Menteri yang dilihat bersungguh-sungguh mengutamakan kepentingan rakyat.

Dengan itu kedudukannya sebagai PM akan semakin kukuh. Penyertaan para pemimpin PAS (dan lain-lain) ke dalam kabinet bukan sahaja memudahkan beliau menerajui negara malah menyelamatkan beliau dari sebarang persaingan. Manakan tidak, sebagai anggota kabinet, semua musuh-musuh dari parti lawan sudah menjadi orang bawahannya.

Kelompok yang akan terjejas dalam idea kerajaan perpaduan ini ialah pemimpin yang 'berlevel' sederhana dan rendah. Dengan kemasukan beramai-ramai ke dalam kerajaan, persaingan akan menjadi bertambah sengit. Maka peluang para pemimpin 'berstatus sederhana' ini semakin tipis dan akan terpelanting keluar bila-bila masa sahaja.

Namun idea perpaduan adalah idea yang amat ditunggu-tunggu oleh majoriti rakyat. Justeru para pemimpin sebegini akan cuba menghalang usaha ini diam-diam sedangkan dalam masa yang sama berpura-pura menyokongnya bagi mengambil hati rakyat.

Jika ketulusan yang menjadi persoalannya, maka Demang rasakan Haji Hadi dan Nasharuddin lah yang lebih ikhlas. Kesediaan beliau untuk bersama-sama Najib membangunkan negara dalam bentuk baru ini memang berisiko tinggi, yakni mampu mendedahkan PAS pada kemusnahan. Inilah yang ditakuti oleh Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS. Silap-silap segala perjuangan PAS selama ini akan 'habis' begitu sahaja.

Namun itu terpulanglah pada pemahaman kita tentang maksud sebenar kejayaan.

Bagi Demang, itulah kejayaan sebenar perjuangan kerana dalam perjuangan bukanlah yang hidup sahaja dianggap pemenang malah yang terkorban itu akan lebih dikenang.

Malah, dalam Islam yang mati syahid itu lebih baik daripada yang pulang dari medan perang meski membawa panji kemenangan. Sebab, selagi masih hidup pastilah terdedah dengan pelbagai peluang bagi melakukan dosa. Bagi yang mati syahid, peluang untuk membuat dosa sudah terhenti. Maka hanya syurgalah yang menanti mereka.

Apakah kebaikan perpaduan?

Rasanya tak perlulah Demang jawab sebab Allah SWT sudah menyebutnya dalam Al-Quran. Contohnya dalam Surah Al-Hujurat, ayat 10.

”Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”

Justeru, tak perlulah kita buat andaian macam-macam. Cukuplah dengan kita beriman dengan ayat Al-Quran di atas.

semoga Allah SWT melimpahkan rahmat ke atas negara kita.

(foto: goafalaladyn.com)

5 comments:

GOMO said...

''WARKAH UTK ANWAR DARI RAKYAT MALAYSIA''

KAMI RAKYAT MAHUKAN KEBENARAN
SILA HADIRKAN DIRI PADA
Julai di Mahkamah Tinggi Jalan Duta
USAH TANGGUH2 LAGI

[SMS]
017-2802211
012-9533565
+17037252544(US)

[Email]
anwar.ib@gmail.com
anwar.ibrahim@aicassociates.com
ai55@georgetown.edu

DIHARAPKAN MENGELAK DARI MENGHANTAR SMS YANG BERBAUR UGUTAN DAN ANCAMAN KEPADA TERTUDUH KES LIWAT INI.

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT

1 JULAI HARI KEBENARAN

http://www.gomounited.com/2009/06/warkah-buat-anwar-al-juburi.html

Cheguman said...

Setuju Gomo. Mentang-mentang Anwar pemimpin politik, takkan dibiarkan merajalela...

'KEADILAN UNTUK SAIFUL'

Alizul said...

Satu analisis yang baik. Masalahnya, seperti kata Tun Mahathir, kita masih tidak tahu samada perpaduan atau gabungan yang dimaksudkan itu gabungan BN-PR atau gabungan UMNO-PAS saja. PAS dan UMNO perlu memberi huraian lebih lanjut. Saya lebih cenderung kepada gabungan UMNO-PAS kerana bukan saja ia merupakan satu cara menyatu dan menguatkan orang Melayu tetapi juga membantu mematikan segala tuntutan dan karenah bukan-Melayu yang masih menjadi-jadi.

Namun begitu, UMNO dan PAS tidak perlu bertindak secara tergopoh-gopoh sebab perbezaan (dan perasaan ego) antara mereka masih ketara. Mungkin lebih baik jika tidak bergabung sekarang tetapi penggabungan itu dibuat secara berperingkat, bermula dengan kerjasama.

Saya gunakan perkataan "kerjasama" bukan "gabung". Inilah yang saya maksudkian dengan penggabungan secara berperingkat - mula-mula bekerjasama, kemudian bergabung. Bekerjasama bermasuk bukan saja berkerjasama dalam pendedahan kepada kaedah memerintah tetapi juga hal-hal menangani masalah sosial dan ekonomi negara. Dengan bekerjasama dahulu, kedua-dua parti bukan saja boleh saling membantu dan mengeratkan lagi perhubungan tetapi juga boleh memberi masa dan peluang untuk mereka mengatasi apa-apa masalah yang mungkin timbul sebelum penggabungan sebenarnya berlaku. Bekerjasama membolehkan segala halangan atau kekangan (tembok) yang selama ini berada dalam minda dan hati mereka diatasi dengan bijaksana. Sikap bermusuh-musuhan mesti dihakiskan dahulu. "Tembok" ini hanya boleh dipecahkan secara perlahan, memandangkan perbezaan yang masih ketara.

Apa pun, kita boleh disatukan dengan satu landasan: ISLAM. Islam melarang umatnya berpecah-pecah. Jadi mengapa perlunya kita terus bercakaran dan bermusuh-musuhan?

Jeffry said...

SALAM ZIARAH CHEGU
PAS NI TERLALU FOBIA BILA DI AJAK BERDAMAI. KNP LEH JD GITU? MUNGKIN NIK AJIS PERLU DI PUJUK DGN BOTOL SUSU KOT HEHEHE

Cheguman said...

Terima kasih Alizul atas tambahan maklumat dan juga huraian yang begitu baik.. Saya setuju dengan pandangan anda iaitu mulakan dengan kerjasama. UMNO dan PAS ada banyak persamaan, jadi eloklah dimulakan dengan kerjasama tersebut. Salah satunya ialah berkaitan perayaan Islam seperti maulud nabi.

Jeffry,
Nik Aziz ni dah jadi satu lagi ‘benda ajaib’ di dunia. Mungkin ada sesiapa yang nak buat master atau Phd bolehlah buat satu kajian khusus mengenai beliau. Banyak tindakan beliau yang membuatkan rakyat kehairanan. Mula-mula hairan, lama-lama meluat.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)