Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Tuesday, March 9, 2010

Hj Hadi tolak janda?


Dalam kontaks munakahat, YB Zulkifli Nordin dan rakan-rakan beliau sudah dikira janda. Janda PKR.

Yang mana janda berhias dan yang mana janda biasa? Maaf, Demang sekadar bergurau. Yang sudah berumur tidak semestinya bukan janda berhias dan yang muda belum tentu layak bergelar janda berhias.

Kalau dilihat pada populariti, YB Zul boleh lah dianggap janda berhias. Tak kisahlah 'berhias' itu merujuk pada wajah dan tubuhnya atau 'berhias' dari segi barang kemas dan harta yang dimilkinya.

Pendek kata, sesiapa yang berjaya menambat hati dan memiliki YB Zul memang beruntung.

Aset pertama YB Zul ialah kerusi parlimen yang disandangnya. Kalau UMNO berjaya memikat MP tersebut maka bertambahlah sebuah lagi kerusi kerajaan BN.

Aset kedua YB Zul ialah isu yang sedang dibawanya yang menjadikan beliau wira rakyat. Isu pertama ialah pembongkaran strategi mubaligh kristian menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka bagi menyusup jarum fahaman ke minda anak-anak orang Islam di negara ini.

Tindakan segelintir penganut kristian itu bukan sahaja bertentangan dengan perlembagaan yang dipersetujui bersama malah menaikkan suhu sensitiviti rakyat.

Isu kedua ialah pendedahan beliau bahawa terdapat usaha terancang untuk mengaktifkan ideologi sosialis di tanah air kita. Lain kali Demang perincikan perkara ini.

Kedua-dua isu yang sepatutnya diberi perhatian oleh semua pemimpin tanpa mengira fahaman parti itu rupa-rupanya tidak disenangi beberapa pihak dalam PKR. Justeru YB Zul yang sepatutnya diberi ucapan tahniah menerima nasib sebaliknya. Bahkan beliau disingkir oleh rakan-rakan yang sepatutnya menyokong perjuangan Islam tersebut.

Apabila YB Zul tersebut dicerai oleh Anwar, maksud Demang PKR, Demang sangka Hj Hadi atau PAS lah yang akan melamarnya.

(Kebetulan dalam politik tidak ada tempoh edah. Semalam berpisah, pagi ini dah boleh ijab dengan pasangan baru. Tapi jangan serentak. Itu khianat namanya. Dah ramai yang dibunuh kerana bermain kayu tiga).

Namun PAS tidak tergamak mengahwini janda sahabat sendiri. Demang tidak pasti kenapa. Barangkali perbuatan tersebut dilihat tidak bermoral atau kurang manis. Seolah sebelum ini PAS memang kemaruk pada 'kepunyaan' sahabat sendiri dan berharap dapat memilikinya suatu hari nanti. Barangkali PAS takut dituduh berdoa supaya sahabatnya cepat mati!

Namun bagi Demang, ini bukan soal nikah-kahwin, janda atau anak dara! Hal ini berkaitan perjuangan menegakkan kebenaran menggunakan sumber-sumber dan kaedah yang BENAR. Bukan meletakkan sasaran dan berusaha mendapatkannya tanpa memperdulikan hak atau bathil.

YB Zulkifli Nordin telah mendedahkan dengan lengkap termasuk bukti bahawa penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian bertujuan memalingkan akidah ummat Islam di negara ini.

Lebih merbahaya lagi, sasaran dakyah mereka ialah kanak-kanak di sekolah rendah dan ke bawah. Mereka mengumpan kanak-kanak dengan makanan ringan, mainan kecil, dan komik kartun secara percuma.

Mereka tidak mengatakan Tuhan itu tidak ada. Bahkan mereka mengakui bahawa Tuhan sebenar bernama Allah. Ia sejajar dengan kefahaman asal anak-anak muslim bahawa Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah. Pada peringkat awal, mereka tidak menafikan Muhammad Rasulullah. Cuma, meraka tidak menyebut tentang Rasululullah. Ia bukan sesuatu yang tidak disengajakan.

Mereka menggunakan kaedah amat halus sehingga ibu bapa tidak sempat mengesan pemesongan akidah anak mereka sehinggalah kanak-kanak itu akil baligh dan memohon pertukaran agama menjelang dewasa!

Pada masa itu nasi sudah menjadi bubur.

Memang perlembagaan negara kita melarang sama sekali orang Islam menukar agama tetapi malaikat di dalam kubur tidak memerlukan surat JAKIM bagi menghumban anak orang Islam (nauzubillah) ke dalam neraka.

Nampaknya PAS mengkesampingkan itu semua demi menjaga hati dan perasaan rakan-rakan pembangkangnya.

Demang fikir Nik Aziz juga perlu menjalani proses pemulihan akidah sebagaimana para pemimpin Al Arqam suatu ketika dulu. Lagipun Demang rasa Ustaz Ashaari lebih hebat daripada Murshidul Am PAS itu.

Malah, ramai ulama Syiah lebih hebat ilmunya berbanding ulama dalam PAS. Namun itu tidak menghalang mereka daripada terbabas!



foto sekadar hiasan.

1 comment:

Panglima Perang Cyber said...

tulisan chegu kembali seperti dulu..

tulis dan kami sokong tulisan dan idea chegu.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)