Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, March 12, 2010

pembangkang jadi pegawai kerajaan


Pagi ini, Jumaat, sekolah Demang mengadakan sambutan Maulidurrasul. Ada sedikit perarakan, bacaan Yaasin, dan persembahan nasyid.

Setelah selesai, Demang memasuki pejabat dan pembantu pejabat menyerahkan wang pungutan derma khas sambutan hari guru 2010.

"Ada beberapa orang yang belum bayar. Err... Sebenarnya diorang tak nak bayar." pembantu itu melaporkan.

"Protes le tu." Sahut Demang.

Tanpa melihat senarai tersebutpun Demang sudah dapat mengagak siapa yang enggan membayar yuran tersebut. Bukan banyakpun; cuma RM3 untuk setahun. Apabila Demang menyemak, memang betul kedua-dua guru lelaki tersebut adalah orang sama dengan yang ada dalam kotak fikir Demang.

Demang ingin anda meneka pula. "Bagaimana pendirian politik mereka?"

Betul. Mereka memang menyokong parti pembangkang. Tanpa mendengar jawapan anda pun Demang boleh meneka.

Cikgu yang seorang tu, belum lah begitu lama menjadi guru di sekolah kerajaan. Anak seorang bekas polis. Mungkin beliau tak cukup duit untuk bayar RM3 tu.

Seorang lagi, berstatus ustaz. Pada PRU 12 yang lalu terserempak dengan Demang sedang berarak mengiringi calon PAS ke pusat penamaan calon. Nak kata tak ada duit, mampu pula membeli kereta import. Sebenarnya dia tidak begitu faham maksud patriotisme dan tidak tahu ke mana wang yang dibelanjakannya beredar.

Sebenarnya ia berpunca pada mentaliti. Sayangnya tindakan mereka itu pasti akan menjejas prestasi perkhidmatan mereka sendiri. Demang tak rugi apa-apa jika mereka enggan membayar. Hari ini Demang akan serahkan pada pihak berkenaan dan sediakan sedikit laporan. Itu tugas Demang dan jangan nak marah pulak nanti.

Inilah masalahnya apabila pegawai kerajaan menyokong pembangkang. Itu sebabnya kerajaan Selangor mewajibkan semua kakitangannya menyokong kerajaan negeri Selangor.

Demang rasa kerajaan pusat perlu belajar daripada Khalid cara menggunakan kuasa.

7 comments:

Anonymous said...

Itulah yg sebenarnya kebanyakan kakitangan awan adalah penentang pada parti kerajaan.Siasatlah sikit TSMY.

cekodokmasin said...

Golongan guru merupakan kumpulan terbesar yang menentang kerajaan. TSMY bukan tak tahu tapi tak nak ambil tahu agaknya.... Gaji dah naik, elaun dah banyak, pangkat berlambak, kebajikan tertimbun.Semua kelebihan berpihak kepada guru pembangkang. Guru prokerajaan asyik kena perli saja..."Tak sokong kerajaan pun paling kurang dapat Time Base"....

Anonymous said...

Guru-guru yang menentang kerajaan inilah yang menyebabkan kegagalan sistem persekolahan. Bagaimana mereka hendak mengajar dengan berkesan jika semua yang dibuat oleh kerajaan tidak betul dengan pegangan mereka.Justeru ini guru-guru ini perlu di PLKN kan supaya mereka tahu apa tugas mereka. Selain dari itu,penapisan keselamatan yang lebih ketat perlu dilakukan semasa pengambilan guru.

Alfonso2009 said...

Kisah ini menarik perhatian teman. Antara RM 3 dengan sambutan maulidur rasul dan juga pegangan idealogi. Sekarang ini pun pelajar sekolah ada yang dibekalkan dengan duit belanja sekolah lebih dari nilai itu. Rasanya tak jadi miskin dengan keikhlasan menderma sebanyak itu. Mungkin dalam minda cikgu tersebut bahawa dengan menderma RM 3, menyebabkan arahan tok guru diengkari. Sambutan maulidur Rasul dikalangan pelajar adalah untuk menanamkan semangat dan roh perjuangan Rasulullah yang telah banyak berkorban untuk memastikan umat Muhammad meperolehi kalimah syahadat hingga kehari ini. Syukur alhamdulillah. Tapi tidakkah guru tersebut berasa malu dengan pelajar-pelajar dan guru-guru lain. Mungkin muka mereka tebal agaknya. Kan ditegaskan bahawa penjawat awam harus naterul kata sesetengah pihak jadi bila berada di sekolah kan baik kalau kita sama-sama ikut peraturan. lagi pun dalam demokrasi suara terbanyak itulah yang perlu diikuti. Mungkin mereka ini adalah pengikut yang tidak mahu berfikir.

Melayu Pasir Gudang said...

Bukan guru sahaja malah ramai lagi kakitangan awam yang tidak menyokong kerajaan, malah ada yang berpangkat ketua pengarah pun....puncanya?????
1. Masa interview tak pandang langsung latarbelakang politik nya, ramai pemimpin mahasiswa yang tidak pro kerajaan pegang jawatan tinggi dalam jabatan kerajaan baik negeri maupun persekutuan.
2. Masa interview calon yang tidak dapat dan tak kenal pun barisan kabinet kerajaan di terima kerja dengan kerajaan.
3. Ketua jabatan tidak memantau perkembangan anak buah malah menggalakkan anak buah membawa akhbar atau penerbitan pembangkang ke dalam pejabat.

Aku sokong kenyataan Tun Mahathir sikit masa dulu bila wartawan tanya macamana hendak mengembalikan sokongan pegawai kerajaan pada kerajaan. Tun M kata "AMBIL BALIK APA YANG KERAJAAN DAH KASI PADA PENDERHAKA INI".Waktu itu dia akan sedar.

wallahualam.
http:/www.melayupasirgudang.blogspot.com

Panglima Perang Cyber said...

isu penjawat awam tidak menyokong kerajaan adalah isu yang sangat serius.

mereka boleh menjadi duri dalam daging dan tidak mustahil akan ada masalah yang timbul apabila mereka membuat sabotaj terhadap dasar dan perancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

sehubungan itu penilaian dari semasa ke semasa patut dibuat agar tidak ada sebarang masalah akan timbul hingga boleh menjejaskan imej kepimpinan negara kita.

soal ini lebih parah penjawat awam yang menikmati skim tetap.

mereka inilah yang selalu menimbulkan masalah dan tidak hiraukan apa jua teguran terhadap prestasi keraja mereka.

saya bersetuju isu ini perlu dibangkitkan segera dalam kepala otak pemimpin agar tindakan menyisih ketua jabatan yang pro pembangkang dibuat tanpa menunggu tahun hadapan.

semoga ia dapat mengelakkan kegagalan mengangkat nasib rakyat melalui gagasan 1Malaysia.

bang_mi said...

mereka asalnya sokong kerajaan..
maka jelaslah mereka tolak kerajaan masa pru 12.. sbb apa mereka tolak??
mereka mahukan kerajaan baru..

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)