Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Sunday, February 27, 2011

Merlimau disinggahi biduk

Tasik Merlimau kini  sedang dilalui biduk besar. Bahkan, jong barangkali kalaupun bukan bahtera.

Kehadiran biduk bukan sentiasa membawa kebaikan, sekurang-kurangnya kepada segelintir makhluk. Salah satu sepesis yang  terancam dengan kehadiran biduk ialah kiambang, sejenis tumbuhan air.

Di Merlimau (dan juga Kerdau), kedatangan biduk samada atas undangan atau sekadar terjahan sedikit sebanyak mengocak ketenangan penghuni setempat. Kalaupun diberi izin (tanpa permohonan), kedatangan yang mendadak bukan sahaja mengguris dan mencalar perpaduan bahkan mencarik dan meleraikan hubungan.

Itulah yang dimaksudkan Mohd Ali Rostam sebentar semalam ketika program bersama Tekun yang dihadiri lebih 2000 penduduk tempatan di dewan Hj Ahmad Ithnin. (TEKUN tu apa? Tak tahu? Kesiann…).

Selepas PRK berakhir, para pemimpin luar termasuk UMNO, PAS, PKR, dan DAP akan pulang ke tempat masing-masing. Mereka peduli apa dengan luka dan parut yang tertinggal?

Tetapi Ali Rostam kekal di sini. Beliau akan bertemu lagi dengan penduduk setempat. Jika tidak Ali Rostam ke Merlimau, orang Merlimau akan ke Melaka menemui beliau.

Seperti yang lepas-lepas, sebarang masalah akan dikemukakan kepada Ali Rostam untuk dibantuselesaikan. Ali Rostam seperti masa lalu akan berusaha menyelesaikan semua masalah yang diadu. Jika pengadu ialah orang yang menyokong beliau, sudah tentu akan dibantu. Jika tidak percaya, tanyalah orang Bukit Baru (kampung Demang).

Ali Rostam juga akan membantu rakyat yang tidak menyokong beliau dengan harapan orang itu akan berbalik menyokong beliau nanti. Jika tidak percaya, tanyalah orang Bukit Pulau, di sebelah kampung Demang.

Malah, selalu juga bantuan dan pertolongan Ali Rostam kepada orang Bukit Pulau lebih banyak berbanding Bukit Baru sehingga timbul protes dan dan tidak puas hati.
Apapun, biduk lalu kiambang bertaut, asalkan kiambang insaf asal kejadian mereka. Jika tidak, selepas biduk berlalu pergi, kiambang terus punah, hancur berkecai. Batang terputus-putus, daun terlerai, dan akar tercabut lintang pukang.

Bagi Demang, ketika biduk lalu, kita perlu lebih bersatu. Biarpun terkuak ke kanan dan ke kiri, pautan jangan lerai. Walau nampak renggang, jati diri jangan hilang.

Tidak segankah orang Merlimau untuk mengadu hal lagi dengan Ali Rostam sekiranya menyokong PAS yang sudah lari daripada perjuangan asal sebagai pengimbang kepada UMNO di peringkat nasional?

Orang Merlimau perlu faham, bahawa PAS hanya diperlukan untuk mengimbangi kuasa UMNO di peringkat nasional. Namun dalam keadaan sekarang, jika kita tersilap membuat pilihan, 21% orang cina di Merlimau dilihat bersatu bagi menafikan hak kaum majority.

Demang akan siarkan nanti bagaimana kaum minority booleh mengatasi kaum majority apabila kaum majority berpecah dua.

Justeru jangan merasa kasihan kepada PAS buat masa ini kerana kita WAJIB menghentikan agenda besar  DAP (PAP) menawan Malaysia.

Mengerti kalian?

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)