Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, April 22, 2011

PAS berdolak dalik isu cekik darah terhadap UUM

PAS nampaknya masih menegakkan benang basah apabila mendakwa mereka tidak menaikkan cukai sebaliknya hanya menamatkan kontrak rebate.

Ya-lah... ya-lah... PAS tak naikkan. Kita terima kenyataan itu. Tapi apa kesannya apabila rebate tersebut dimansuhkan?

UUM terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar berkali ganda sejak PAS memerintah Kedah. Hal ini tidak berlaku semasa BN memerintah.

Sementara itu Utusan Malaysia mendedahkan bahawa pihak UUM telah merayu sebanyak LIMA kali agar rebate tersebut tidak ditarik balik.

KUALA LUMPUR 21 April - Tindakan kerajaan Pas Kedah menolak lima kali rayuan Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menyambung semula pemberian rebat cukai tanah menggambarkan sikap sebenar kepimpinan negeri itu dalam memberi sumbangan ilmu kepada rakyat.


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, institusi pengajian tinggi merupakan satu keperluan untuk rakyat dan ia perlu dipastikan terus beroperasi.

Dalam konteks itu jelasnya, Kerajaan Pusat sedaya upaya memberi bantuan supaya UUM dapat bergerak serta diuruskan dengan baik dan kini tiba giliran kerajaan negeri memberi sedikit bantuan.

"Kalau kerajaan Pas Kedah tidak mahu (bantu), kita hendak buat macam mana, tetapi kita tahulah sikap dia (kerajaan Pas Kedah). Kita tidak minta banyak, cuma sumbangan mereka untuk memberi ilmu kepada rakyat. Ini ujian kepada mereka," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang kepada 24 kakitangan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di sini hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, kementerian memberi peruntukan sebanyak RM300 juta setahun kepada universiti itu bagi membiayai segala keperluan dan perbelanjaan pengurusannya.
Justeru itu katanya, penyelesaian rebat cukai tanah itu tidak harus dibebankan kepada Kerajaan Pusat kerana perkara itu adalah antara universiti tersebut dengan kerajaan negeri.

"Ini soal UUM yang kena bayar (cukai tanah) kepada kerajaan negeri, bukan bererti boleh diberi tanggungjawab kepada Kerajaan Pusat. Soalnya sekarang sama ada kerajaan Pas Kedah hendak beri (rebat) atau tidak," jelas beliau.

UUM semalam sudah menghantar surat rayuan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi memohon menyambung semula pemberian rebat cukai tanah.
Surat itu meminta kerajaan negeri menimbang agar cukai tanah RM100,000 setahun yang berakhir pada 2008 dilanjutkan lagi demi kepentingan kedua-dua pihak.

UUM sebelum ini pernah membuat lima kali rayuan berhubung lanjutan rebat iaitu dua kali pada 2009 dan tiga kali pada 2010, namun kesemuanya tidak dilayan.


gambar : Mohamed Khaled Nordin bermesra bersama para penerima sijil pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Agensi Kelayakan Malaysia 2010 di Petaling Jaya, semalam. - UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin



Sumber : http://utusan.com.my/

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)