Ini kunjungan kali ketiga Demang ke bumi Mahsuri. Bertugas sambil bercuti. Menarik juga bunyinya.
Apapun, ini adalah program 2+1 yang menyeronokkan tanpa mengurangkan kualiti tugasan. Alhamdulillah. Sempat merayau dan melepak 2-3 jam di pekan Kuah. Itu sahaja pun masa yang ada.
Menyusuri jalanraya ketika bergerak pulang tadi sambil memandang kanan kiri, terfikir Demang bahawa pulau legenda ini masih menyimpan potensi yang besar untuk ditambahmajukan. Satu idea yang telahpun diterjemah Tun Mahathir lama dahulu.
Hasil pemikiran negarawan agung itulah yang membawa Demang ke sini.
Sayangnya pembangunan di sini (menurut responden kajian kami semalam) menjadi perlahan sejak Tun meletak jawatan.
Bagi Demang, itu bukan salah pihak berkuasa (kerajaan pusat). Sudah tentu juga bukan salah mana-mana PM selepas Tun.
Kerajaan sudah memulakan asasnya. Tanggung jawab seterusnya adalah pihak berkuasa tempatan dan penduduk pulau Langkawi sendiri.
Demang kagum dengan beberapa usahawan tempatan seperti Ismail Group yang terus giat membina empayar perniagaan mereka.
Selain itu terdapat banyak usahawan kecil yang terus gigih mendaki tangga kejayaan. Syabas orang Langkawi.
Orang Melayu memang mampu asalkan diberi peluang dan ruang.
Demang cadangkan, sebuah universiti ditubuhkan di Pulau Langkawi. Dengan adanya pusat pengajian tersebut, secara khusus ia akan mengundang ribuan pengguna baru yang berpendapatan tetap dan akan berbelanja secara berterusan.
Lihat bagaimana USM membantu mengaktifkan Pulau Pinang. Ia menghidupkan pelbagai peluang perniagaan.
Sebut tentang Pulau Pinang, Demang tidak fikir pulau mutiara itu dapat dikuasai semula orang Melayu. Sepaling baik pun ia akan beralih kepada Gerakan semula. Cuma apabila di bawah tangan Gerakan, ia masih di bawah kuasa PM meski tidak sepenuhnya.
Itu jauh lebih baik daripada diperintah DAP yang tidak pernah 'takut' dengan PAS atau segan dengan Anwar Ibrahim.
Di sekeliling pulau Langkawi masih banyak pulau-pulau kecil yang bukan sahaja membentuk lanskap indah bahkan boleh dijadikan destinasi tambahan untuk pelbagai aktiviti.
Satu lagi keunikan Langkawi ialah kerana sering dikaitkan dengan minyak gamat. Kini.produk gamat sudah dipelbagai termasuk air gamat, jeli gamat, dan bam gamat. Sebenarnya selain gamat, produk herba lain juga banyak di Langkawi.
Apa kata Langkawi dijadikan pusat pengeluaran produk herba? Demang sendiri boleh memindahkan sebahagian operasi pengeluaran minyak Morhabshi ke pulau tersebut.
Dalam konsep perniagaan hari ini persaingan sudah tidak relevan lagi. Pengeluar produk yang serupa (produk pengganti) tidak boleh lagi dianggap musuh yang wajib dibunuh sebaliknya harus dijadikan rakan niaga yang saling memerlukan.
Ingatlah, nyior tua gugur nyiur muda jangan ketawa. Tandan di atas melurut jatuh, yang bawah terkena sama.
Pesanan orang tua-tua di atas boleh diaplikasi dalam konsep perniagaan hari ini. Pasaran terlalu luas untuk dijadikan bahan rebutan. Yang penting adalah inovasi dan kreativiti.
Penting juga untuk diingat oleh semua pengusaha muslim ialah perniagaan adalah satu ibadah maka jangan jadikan ia tempat menambah dosa.
Oh ya. Jika orang Langkawi tidak beminat dengan idea pusat herba tadi, Demang boleh cadangkan kepada Ali Rostam supaya dibuat di Melaka.
Hmm, molek juga tu.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
No comments:
Post a Comment