Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, January 6, 2012

bersabar lah

Bersabar lah.

Hari ini hari ke-3 pembantu Demang hadir bertugas, bukan sahaja tanpa gaji malah tanpa sebarang hitam putih samada kontrak disambung atau tidak.

Semalam, Demang diberi jaminan perkara ini akan selesai hari itu juga tapi hari ini masih belum dapat keputusan.

Penjelasan yang diberi pihak atasan pun seperti melepas batok di tangga. (BATOK, bukan batuk).

Pagi ini, Demang minta penjelasan lagi tapi jawapan yang diberi langsung tidak memuaskan hati.

Kita disuruh bersabar lagi.

Apa nak kata lagi? Demang orang bawahan, mereka orang atasan. Gaji beribu-ribu. Bonus beribu-ribu. Mana mereka peduli sangat hal orang bawah. Tambah-tambah pula pekerja kontrak macam pembantu Demang. Banyak komplein, kontrak tak disambung.

Sabar, sabar, sabar. Tiap tahun pegawai atasan naik gaji lagi. 2-3 tahun sekali naik pangkat lagi. Dalam pada tu sempat jugak hadir mendengar ceramah pembangkang.

Pegawai atasan ni kalau diberi peluang bercakap pasal qualiti, perkhidmatan cemerlang, ISO, dan sebagainya memang handal. Itu untuk orang. Untuk diri sendiri belum tentu terlaksana.

Demang harap ada orang atasan baca posting ni. Nombor handphone Demang ada di atas tu. Lepas ni boleh lah cari silap Demang. Boleh lah korek kelemahan Demang dan ambil tindakan. Akan datang tidak ada lagi yang berani banyak cakap.

Demang tak risau. Demang berjuang untuk rakyat bawahan.

Demang kasihan dengan Najib. Buat program macam-macam untuk tawan hati rakyat. Malangnya masih ada pegawai yang sabotaj PM dan TPM.

Dalam kes ini, pembantu yang merasa teraniaya akan marah pada kerajaan. Dalam PRU nanti mereka akan undi pembangkang.

Maka rancangan jahat pegawai atasan tersebut akan tercapai.

Muhyidin tengok-tengok lah sikit. Jangan jadi macam UPSI.

1 comment:

melayuangkat said...

Salam Cheguman,

Memang betul terlalu ramai orang Melayu sendiri yang layu hati..hati yang hampir mati pada kenyataan sebenar disekeliling mereka.

Ada yang sengaja suka lihat kehancuran bangsa..sedih tapi inilah kenyataan pahit yang kita kena telan.

Harap Cheguman dapat highlightkan kes ini ke pihak berwajib.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)