Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, January 18, 2012

Komen ringkas Tun isu Anwar saiful

1. Dalam sejarah kehakiman di Malaysia, Anwar menang pertandingan membuat “appeal” atau rayuan terhadap keputusan mahkamah yang dikenakan kepadanya.

2. Selama empat tahun kita tidak dengar lain selain daripada appeal Anwar terhadap keputusan mahkamah berkenaan dirinya dalam kes Saiful.

3. Awal-awal lagi dituntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah. Dengan itu perbicaraan ditangguh sementara tuntutannya ditimbang oleh mahkamah. Masa berbulan-bulan berlalu kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.

4. Setelah diputus yang hakim berkenaan boleh dengar rayuannya, ada lagi rayuan yang dikemukakan.

5. Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah ia akan membuat appeal kepada Mahkamah Rayuan (Appeal Court).

6. Jika Appeal Court bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Federal Court.

7. Jika Federal Court mengesahkan keputusan oleh High Court dan Appeal Court, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Special Court.8. Tetapi apabila Anwar didapati tidak bersalah kerana tidak ada corroborating evidence, hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.

9. Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?

10. Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?

11. Apakah di negara ini keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam, dan sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambilkira?

12. Atau apakah menjadi satu daripada perjuangan Pakatan bahawa apa yang disarankan oleh Anwar dalam BBC bahawa undang-undang negara ini sudah lapok dan perlu ditukar kepada kebebasan untuk meliwat mengikut liberalisme Barat?

Sumber Che Det

posted from Bloggeroid

1 comment:

Kulaan Niring said...

Salam perjuangan,

Pohon dipautkan blog saya dengan blog tersohor tuan...

http://kulaanniring.blogspot.com/

-Kulaan Niring-

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)