Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, June 13, 2015

Sekolah cina vs sekolah melayu

Kali ini Demang nak berkongsi pasal pendidikan namun jangan bimbang, kita bincang secara santai.

Demang tertarik dengan satu analisis ekonomi yang diviralkan, cuma agak terkilan kerana ditulis tanpa nama. Walaupun Demang menulis menggunakan nama samaran namun dengan sedikit semakan, anda boleh kenal Demang dan menghubungi Demang secara personal.

Tak perlulah Demang ulas semua sekali tulisan tersebut. Cuma Demang nak petik satu  daripada 102 perkara yang dikemukakan.

"Pada tahun 2010, murid Melayu hampir seratus peratus sebaliknya murid bukan Melayu di Sekolah Kebangsaan terus merosot; dari 9% (2000) kepada 6% pada tahun 2010;dan Nampaknya keyakinan ibubapa Melayu sendiri terhadap Sekolah Kebangsaan juga turut terhakis dan keyakinan mereka terhadap SJK (C) pula semakin meningkat apabila bertambah ramai yang menghantar anak mereka ke sekolah tersebut (+32%). Begitu juga ibubapa kaum lain." (Sumber: Dewan Negara).

Demang juga tidak mahu mengulas strategi kerajaan dalam menarik rakyat ke sekolah kebangsaan. Demang cuma nak bangkitkan soalan: mana lebih baik, samada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan?

Demang nak tanya satu lagi soalan: untuk apa kita menghantar anak-anak ke sekolah?

Sebenarnya pendidikan di Malaysia adalah berteras pada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menetapkan semua pendidikan adalah bagi menyubur dan mengembang potensi murid dalam empat aspek kemanusiaan secara seimbang iaitu intelek, fizikal, emosi, dan rohani.

Ia diajar, difahami, dihafal, dan dihadam setiap guru pelatih sejak di maktab atau institut perguruan (IPG). Biasanya guru pelatih menyebut dalam akronim JERI iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek.

Kenapa dalam FPK ditulis IFER, yakni intelek disebut dahulu manakala pelatih menghafalnya sebagai JERI iaitu bermula aspek Jasmani?

Sebabnya ialah tidak ada keutamaan terlebih utama samada intelek atau jasmani atau rohani atau emosi bahkan semuanya dianggap sama. Keempat-empat aspek itu lah yang digabung lantas menjadikannya seorang MANUSIA!

Ada tubuh, ada perasaan, ada otak tapi tiada rohani, bukanlah manusia. Begitu juga jika ada rohani, ada otak, ada emosi tetapi tiada tubuh badan layakkah dipanggil manusia?

Keempat-empat aspek tersebut perlu muncul dalam setiap proses pembelajaran secara konsisten dan berterusan. Ia tidak diajar dalam subjek tertentu sahaja.

Ertinya, dalam matematik ada JERI, dalam PJ pun ada JERI, Bahkan semasa di kantin atau dalam tandas pun ditekankan JERI.

Berbalik pada persoalan kita, sekolah mana lebih baik? Anda fikirkan sendiri jika anak anda dihantar ke sekolah jenis kebangsaan samada SjK (Cina) atau SjK (Tamil). Adakah anak anda akan dididik dengan empat aspek FPK tersebut? Mungkin ada tetapi ketika mengetengahkan aspek kerohanian semasa guru mengajar subjek Sains, ke arah mana anak anda akan dibawa oleh guru tersebut?

Bagaimana pula dengan program lain di sekolah? Biasanya pihak sekolah mengadakan pelbagai program di sekolah sepanjang tahun bagi mengukuh dan mengaplikasi kemahiran yang telah diajar pada murid.

Sekali lagi Demang tanyakan: di jalan mana hendak dibawa anak-anak kita? Di jalan yang lurus dan diredhoi atau jalan orang-orang yang sesat?

Fikir-fikirkan.

5 comments:

Salman Khan said...

Slm sdr Demang,
Sya ada tiga anak berumur 17,20 & 23 dari sekolah rendah hingga sekolah menengah yg sama

Belajar tambahan diluar sekolah bagi memantapkan pembelajaran mereka agar cemerlang dalam peperiksaan merupakan
pelaburan sambil melihat apakah pembelajaran lain yg boleh menambah kelebihan dari segi professional seperti menghantar mereka belajar bahasa melalui guru aliran English Cambridge supaya mereka boleh bertutur dan menulis bahasa itu dgn baik dan hasilnya terbukti berkesan.

Selain itu, kami menghantar mereka belajar musik dan setelah mahir mereka bertiga bole membuat persembahan samada di sekolah atau jemputan luar sekolah walaupun sya sendiri hanyalah peminat aruah TSRI P.Ramlee dan tidak pun bermain alat musik.

Berkat kepandaian sedikit membaca Alquran, kalau sumbang bunyi gesekan violin dari anak sya yg sulung boleh sya menegur ketika terasa baru semalam berlalu saat mula usia beliau 6 tahun sya htr beliau belajar menggesek violin setelah terbit ilham dari kisah Anaku Sazali.

Sya bekerja sendiri dan tidak sangat berjaya dalam perniagaan. Isteri sya suriruma.
Ada ketika waktu saya menghantar salah seorang anak sya ke sekolah untuk satu persembahan dan membawa peralatan musik, ada guru yg ternampak kami hanya menaiki kereta kancil. Suatu hari guru itu langsung menanyakan kepada anak sya dan seperti tidak percaya yg kami hanya berkereta kancil. Pada ingatannya kami tentulah dari keluarga yg kaya.

Di katakan kepada anak sya, sangkaannya berbeza setelah melihat anak sya boleh berbahasa English dengan petah, selalu di panggil untuk ucapan perhimpunan mingguan bahasa English.

Apapun ramai lagi anak orang lain yg lebih berjaya. Sya sebagai bapa mengajarkan mereka sendiri membaca Alquran sambil kami bersama membaca maksud dan menghuraikan apa yg difahami.

Sehingga kini, kakaknya yg bermain violin sudah boleh berdikari, dalam usia 23 dan masih belajar peringkat sarjana, telah bekerja sebagai tutor di salah sebuah universiti awam, pemuzik jemputan rtm,tv3 dan beliau juga selalu muncul bersama adiknya bertiga membuat persembahan Mkn malam atau acara lain kerana persembahan di sukai kerana petah berkomunikasi.

Anak yg no 2, lelaki, ingin menjadi seorang 'consultant' berusia 20 tahun.Beliau juga sudah mula bekerja sambil belajar di salah sebuah universiti awam, beliau menguruskan sebuah kafetaria yg sya dapatkan untuknya sambil mengajar sambilan bahasa English. Beliau boleh bermain alat musik saksofon dan menyanyi.

Yg ketiga sudah berkira-kira untuk bekerja sebaik SPM diduduki iaitu mengajar sambilan di sebuah tadika. Beliau bercita-ingin menjadi seorang penulis dan boleh bermain piano serta keyboards sambil menyanyi.

Pendek kata setelah umur sya mencapai separuh abab, boleh juga sya berbangga kerana walaupun sya pernah rasa menyesal berhenti kerja ketika perniagaan tidak menentu, namun kini rasa berbaloi untuk di nikmati hasil dari kesabaran di atas KETENTUANNYA.

Akhir kata berbalik kepada catatan sdra, bole sya rumuskan sebegini; Masyarakat kita di naungi juga oleh kerajaan bangsa Melayu, sebenarnya menghadapi krisis JATIDIRI. Ini adalah soal SIKAP & SISTEM yg di asuh dan di praktik. Kita masih bersikap TIPIKAL dan sempit akal dan tidak berfikiran positif.

Keluarga sya di pandang sinis kerana beranggapan musik itu haram, walaupun banyak ketika, kami ke depan untuk memberi sumbangan.

Sambi..2/-

Salman Khan said...




2/.....

Sikap suka mengambil berat perkara remeh, dengki khianat, tidak perihatin, tidak bertimbang rasa atau berfikiran rational, ikhlas dalam melakukan pekerjaan, bersyukur dan redha, tiada kesabaran, nak cepat kaya dan contoh paling mudah., kita boleh lihat orang berkereta besar tapi boleh sewenang membuang sampah dari tingkap kereta ke luar.

Kita sedang membina masyarakat majoritinya ingin mencari salah orang lain dan sentiasa tidak berpuas hati dengan keadaan yg di hadapi.

Walaubagaimana cantik bangunan yg didirikan tetapi penghuni yg berada di dalamnya malas.., kerana generasi baru, sistem telah mengasuhnya sebegitu.

Semenjak kecil disuap ibubapa, apabila remaja nak belajar disuap kerajaan PTPTN, sudah belajar mengharapkan kerja makan gaji sahaja, bila dapat kerja merungut gaji tak cukup dan banyak curi tulang. Semua sektor pun asyik berpolitik, dari sekolah, universiti, PIBG, persatuan Sukan dan pelbagai organisasi diresapi unsur politik.

Kesudahannya kita tenggelam punica di atas sikap kita sendiri seperti di nyatakan.

Wallahuaklam.

Salman Khan said...

http://m.youtube.com/watch?v=75Hcehm63Fg

Salman Khan said...

http://m.youtube.com/watch?v=75Hcehm63Fg

Cheguman Daulay said...

Sdra salman khan. Tahniah kerana tuan sekeluarga begitu positif terhadap muzik. Saya sendiri seorang guru muzik dan pernah mengalami pandangan negatif masyarakat kita terhadap muzik. Mereka gagal membezakan muzik sebagai salah satu keperluan manusia dengan muzik yang digunakan bagi menarik pengunjung ke disko. Namun kini masyarakat kita sudah memahaminya dan tahu bahawa ramai ulama Islam bukan sahaja meraikan seni muzik malah turut memberi sumbangan besar dalam bidang muzik.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)