Barangkali ramai yang keliru dengan tajuk Demang kali ini. Ketika muqabalah UMNO-PAS masih berlangsung, si Demang menulis sesuatu yang amat ditakuti oleh orang ramai.
Bagaimanakah nasi boleh menjadi bubur? Bolehkah nasi bertukar menjadi bubur?
Persoalan ini sebenarnya lebih mudah dijawab oleh orang yang tahu proses menanak nasi. Bagi yang tidak pernah menanak nasi, Demang nak berkongsi proses tersebut.
Mula-mula ceduk beras sebanyak dua pot (lebih kurang dua tin 'susu pekat manis') dan masukkan ke dalam periuk bersaiz sederhana. Basuh sebanyak tiga kali.
Kemudian, masukkan air kira-kira dua ruas jari melepasi permukaan beras.
Selepas itu, hidupkan api dapur gas anda.
Biarkan masakan itu di atas api sementara anda sekeluarga pergi membeli belah atau menonton wayang.
Perhatian: uji kaji ini tidak boleh menggunakan mana-mana periuk elektrik atau dapur automatik. Dapur kayu atau arang dibenarkan dengan syarat bahan apinya sentiasa cukup untuk tempoh dua jam.
Apakah yang terjadi beberapa jam selepas itu? Adakah anda akan memperoleh nasi atau bubur nasi?
Demang yakin anda akan kecewa untuk memperoleh salah satu atau kedua-dua perkara tersebut. Nasi tak dapat, bubur apatah lagi.
Mari kita buat uji kaji kedua. Demang ringkaskan arahan.
Kali ini kita jangan berkira soal jumlah air. Lagi pun penduduk Selangor dah dapat air percuma. Dengan mengekalkan kuantiti beras, masukkan air sebanyak yang boleh.
Sebagaimana prosedur tadi, tenggekkan di atas dapur yang menyala selama kira-kira dua jam. Jika air nampak berkurangan, sila tambah dari semasa ke semasa.
Kira-kira 10 minit sebelum masakan itu selesai, masukkan beberapa sudu gula ke dalamnya dan kacau.
Setelah selesai, hidangkan di dalam mangkuk. Untuk lebih sedap, tabur bawang goreng dan ikan bilis goreng. Perencah seperti sayur, daging atau ikan boleh dimasukkan lebih awal.
Sekarang, apa hasilnya? Nasi biasa atau bubur nasi?
Kita kembali pada persoalan tadi.
Jika kita mematuhi prosedur yang betul untuk menanak nasi, bolehkah ia menjadi bubur?
Hal ini bermakna, peribahasa tersebut sekadar sindiran, bukan melahirkan simpati sembarangan.
Mungkin anda pernah mendengar seseorang berkata:
"apa nak kata lagi, nasi dah jadi bubur."
Sebenarnya orang itu ingin berkata:
"kalau engkau ikut cakap aku, perkara begini tak kan terjadi."
Mesej lain peribahasa ini ialah:
"Patuhi lah nasihat."
Realiti:
1. Pertentangan pendapat antara DrM dan DSAI ketika kemelut ekonomi 1998 dulu telah memporak-perandakan negara. Keputusan DSAI untuk memilih plan pemulihan IMF ditentang DrM. Dengan mengabaikan soal ‘betul-salah’ kes liwat maka didapati krisis tersebut telah meletakkan negara dalam keadaan tidak stabil dan merbahaya. Maka sebelum nasi menjadi bubur, kedua2nya perlu berundur.
Perlu diingat bahawa keputusan melantik TPM adalah hak PM berdasarkan keperluan beliau. Hal ini bermakna PM boleh melantik dan boleh juga tidak melantik timbalannya.
Akibat kemelut 1999, TUN DRM telah bersetuju dengan jalan keluar yang dicadangkan iaitu meletak jawatan walaupun beliau juga berkeras sebelum itu. Sebaliknya DSAI menentang dan membuat keputusan: 'lawan tetap lawan' tanpa mempedulikan apa yang akan terjadi pada negara.
Kita faham perasaan beliau yang terasa aib seluruh keluarga. Namun kepentingan rakyat dan negara tentulah lebih utama.
Dipendekkan cerita maka DSAI terpaksa ditahan. Tak lama selepas itu Tun DrM pun meletak jawatan.
2008, DSAI kembali bebas dan meneruskan perjuangan peribadi dengan sokongan yang kuat. Pembangkang menjadi sangat kuat sehingga kerajaan sukar melaksana tanggungjawab.
Mari kita ambil iktibar dari kisah yang dipaparkan dalam blog Azli Shukri sebagai panduan. Kisah Saiyidina Umar dengan penghulu Bashrah.
Maka anda fikir apa patut kerajaan lakukan pada DSAI? Maksud Demang, apa perlu kita buat bagi mengelak nasi menjadi bubur?
Mutakhir:
Berkenaan laporan daripada sebuah hospital swasta. Nampaknya bukti terbaru ini memberi kelebihan pada DSAI, malah boleh dijadikan bukti kukuh bagi menimbulkan keraguan ke atas kes beliau apabila dibicarakan di mahkamah kelak. Demang fikir ini satu peluang untuk beliau menggunakan badan kehakiman negara bagi membersihkan nama beliau daripada pandangan serong rakyat. Demang fikir DSAI patut berusaha keras agar kes beliau dibicarakan secepat mungkin kerana bukti yang beliau tidak bersalah sudah ada.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
8 comments:
Tapi hospital tu kata mungkin itu bukan laporan asal.
malaysia telah dilanda fitnah yang amat dahsyat dan bahaya..
Malaysia jadi begini kerana BN yang sudah terlalu lama memerintah banyak melakukan kezaliman, korup dan salah guna kuasa.
Pemimpin utama negera pula lemah dan tidak berwibawa di samping terlampau mementingkan keluarga dan sukut sakat.
Apakah jalan keluar yang terbuka untuk mengatasi masalah ini?
Kalau mereka nak terus berkuasa, kenalah ubah sikap dan perubahan itu, mestilah drastik dan tak perlu takut-takut.
coda I.
Anak itu duduk di atas sepuntung kayu. Mengadap periuk besar yang sedang tertenggek di atas tungku. Api marak menujah masakan dan habanya singgah di pipi si anak kecil. Menginsut sedikit dia ke belakang namun tidak berani menjauh. Tangannya masih setia memegang piring kosong. Awal-awal pagi lagi dia telah menanti di situ. Untuk apa? Dia telah dijanjikan sepinggan nasi beriyani.
Namun kenapa begitu lama? Anak itu masih mengharap. Kebosanan dan keraguan dihalaunya jauh-jauh demi mengenangkan enaknya juadah yang dinanti.
Sayang. Setelah penat menunggu, rupa-rupanya tanpa pengetahuan anak itu, menu harian telah ditukar. Hari itu mereka tidak memasak nasi. Mereka memasak bubur nasi yang tak kurang enaknya.
Ketika sesenduk bubur dimasukkan ke dalam piringnya, anak itu melihat dengan sayu betapa sebahagian daripadanya terus meleleh dan tumpah ke tanah.
Aku yang memandang turut terkedu, dan malu. Ada gejolak marah yang tak mampu kulepaskan.
Namun yang terlontar dari mulutku:
"Tak apalah, 'nak. Hari ini kita makan bubur dulu. Esok akan mereka akan sediakan nasi beriyani mu."
Salam Tuan Empunya Blog;
"Masyair To Nahi" Aku Bukanlah Penyair - Bobby.
Tulisan puitis itu menyentap perasaan namun ia sukar untuk difahami oleh golongan bawahan. Kami hanya mahu pemimpin yang memimpin (tidak pula ku nafikan pemimpin yang sedia ada). Yang tak betul kita wajib tegur dan teguran inilah yang kita panggil "harga yang perlu dibayar oleh mereka".
Ya, ia memang mahal namun itulah percaturan dan dugaannya seandainya kita ingin membentuk negara Islam yang terbaik.
Dasar yang salah perlulah dibuang dan digantikan dengan elemen yang betul. Kita walaupun kerdil, adalah seumpama Hang Nadim yang menyelamatkan Temasik.
Wassalam.
setuju dgn tok rimau. Klu rakyat tak faham, kerajaan patut memahamkan. Terlalu byk hidden agenda pun tak elok.
Demang tengok, baik pemimpin kerajaan yg memerintah mahupun pemimpin pembangkang terlalu byk berahsia. Sampai nak bermuzakarah pun tak nak rakyat tau.
"Harga yg perlu dibayar...". Menarik tu...
Post a Comment