Alhamdulillah. Pertama kerana Hj Hadi kembali sihat. Kedua, kenyataan yang amat jelas daripada Nik Aziz tentang kesediaan PAS untuk bermuzakarah.
Mursyidul Am PAS memberikan syarat iaitu cadangan tersebut hendak lah datang dari akar umbi, yakni ahli UMNO sendiri dan bukannya sekadar hasrat 2-3 individu tertentu.
Bagi Demang itu bukannya syarat tetapi kaedah yang berhikmah dan bijaksana.
Dalam pada itu Demang sempat menonton komen daripada mantan PM, TDM. Bagi Demang itu bukan respon yang membina sebaliknya tindakan ‘mengungkit’ dan berprasangka. Memang elok lah kita berhati-hati tetapi siapa yang berbahaya? Siapa musuh kita?
“UMNO patut berhati-hati dengan PAS atau PAS patut berhati-hati dengan UMNO?”
Demang nak tunjukkan bagaimana menggunakan teknologi komputer bagi menyelesaikan masalah ini.
1) Mula-mula ‘copy’ ayat “UMNO patut berhati-hati dengan PAS atau PAS patut berhati-hati dengan UMNO?”.
2) ‘Paste’ ayat tersebut ke hamparan ‘word’ (eg. Microsoft Word).
3) Pergi menu ‘Edit’ dan pilih ‘Replace’.
4) Dalam kekotak ‘Find what’ sila taipkan perkataan ‘PAS’.
5) Dalam kekotak ‘replace with’ sila taipkan perkataan ‘orang Islam’.
6) Klik ‘Replace all’. klik ‘Ok’. klik ‘Close’.
7) Lihat keputusannya dan baca sekadar terdengar ke telinga sendiri.
8) Ulang langkah 3.
9) Lakukan seperti langkah 4 tetapi taipkan ‘UMNO’ dalam kekotak ‘Find what’ tadi.
10) Kekalkan perkataan ‘orang Islam’ sebagaimana langkah 5.
11) Ikuti langkah 6 dan 7.
Buat lah interpretasi sendiri.
Bagi Demang, berikan lah ruang seluas-luasnya untuk permuafakatan ini.
Kepada semua ahli UMNO, inilah tanggung jawab anda semua. Lakukan lah untuk sekali ini. Kebetulan sekarang adalah musim mesyuarat cawangan UMNO. Setiap cawangan wajib mengemukakan usul agar UMNO dan PAS bermuafakat dan bermuzakarah.
Jangan bertanya lagi siapa yang patut melakukannya. Jika anda seorang ahli UMNO, hadiri lah mesyuarat cawangan anda dan kemukakan usul tersebut.
Jika anda bukan ahli UMNO, sampaikan pesanan Demang ini kepada mana-mana ahli UMNO di kawasan anda untuk dikemukakan usul ini.
Apabila kesemua cawangan sudah membuat usul, adakah sesiapa lagi yang mampu menahannya?
“Kita sudah tiada masa. Maju lah dengan maha perkasa.”
Sampaikan salam takzim Demang untuk pengerusi, AJK dan ahli-ahli UMNO cawangan anda.
Selamat berjaya.
Wallahu’alam.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
4 comments:
Salam,
Muzakarrah UMNO-Pas jika untuk kebaikan dan kebajikan orang Melayu patut disegerakan.
InsyaAllah, semua akan berjalan dengan baik kalau masing masing Ikhlas dan berniat baik untuk kepentingan Melayu dan Islam.
WaAllahuAlam.
Demang, betul. Orang melayu kena bertindak cepat. Toksah dok kira perbezaan politik dah. la ni tengok, hak istimewa orang melayu dan agama islam sudah berani orang permainkan.
salam,
saya bersetuju dengan pandangan Demang yang juga menyokong kenyataan oleh TG Nik Aziz iaitu muzakarah ini haruslah dibuat dengan sebulat suara akar umbi.. untuk kebaikkan bersama.. ayuhlah bangsa melayu.. kita bersatu dan semoga kita menjadi sebuah bangsa yang hebat di persada antarabangsa...
Che Dayat,
www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
Bersangka baik itu asas kerukunan...
Bersatu dengan kesabaran asas kekuatan ummah...
Bermuzakarah kebesaran Allah dan mengingati mati asas kesedaran hidup sebagai khalifah dan hamba ALLAH di muka bumi...
Tiada lagi perpecahan parti... Yang wujud hanyalah satu... kerana Bersatu itu menuju kepada Yang Satu...
Post a Comment