Isu permuafakatan UMNO-PAS telah ditimbulkan dan diwar-warkan oleh Demang dan beberapa orang sahabat bloggers sebelum ini (tapi bukan Demang yang mulakan walaupun Demang mendapatnya dari sumber lain yang layak dipercayai). Namun perkara ini dinafikan oleh beberapa pemimpin PAS malah mengugut untuk mengambil tindakan mahkamah pada sesiapa yang menyebarkan ‘khabar angin’ tersebut.
Dalam isu yang hampir serupa, PR nampaknya lebih takut apabila bertekad untuk membawa Tajol Rosli ke mahkamah jika terus membuat dakwaan bahawa PR akan roboh dalam masa terdekat ini dan YB-YBnya akan bertempiaran menyelamatkan diri.
Nampaknya PR amat bersetuju bahawa institusi kehakiman negara merupakan satu badan bebas yang layak dipercayai dalam mengendalikan sebarang kes termasuk kes-kes ‘yang tidak nyata’ seperti dakwaan tanpa asas tersebut.
Cuma Demang hairan, bukankah Anwar sudah lama men’an’war-‘an’warkan betapa 30 orang ahli parlimen akan lompat parti? Tidak takutkah Anwar disaman di mahkamah?
Demang agak isu lompat parti yang Anwar katakan itu mungkin betul pada masa itu jadi Anwar berani mengatakannya. Maklumlah, watak pengkhianat memang sentiasa ada dalam sejarah tidak kira sejarah bangsa mana pun.
Cuma apabila berlaku beberapa isu mutakhir, jumlah 30 orang tersebut (jika pun ada) sudah jauh menyusut, malah tidak mustahil sudah bertukar pihak. Maksud Demang ialah bukan 30 YB BN masuk PR sebaliknya 30 YB PR masuk BN.
Bagi yang sering mengikuti tulisan Demang tentu faham bahawa Demang bukan ambil kesah sangat soal betul atau tidak sesuatu khabar angin atau dakwaan tanpa bukti. Bagi Demang, yang penting ialah implikasi daripada sesuatu isu.
Demang berpendapat para pemimpin TULEN PAS menghadapi tiga dilemma apabila mengambil keputusan untuk terus berjuang.
1. Pilihan pertama, berada di luar kerajaan sebagai pembangkang dengan harapan suara mereka didengari.
1.1 Inilah pendirian mereka dari dulu hingga kini. Namun keputusan ini menerbitkan dua dilemma baru iaitu:
1.1.1 Jika menjadi pembangkang yang lemah maka suara mereka tidak akan didengari.
1.1.2 Jika menjadi pembangkang yang kuat maka UMNO yang sedang memimpin kerajaan akan lemah. Kesannya, perjuangan Islam menjadi rugi manakala yang menang ialah musuh-musuh Islam.
2. Pilihan kedua, bergabung dengan UMNO sebagai salah satu komponen BN (seperti Gerakan-MCA).
2.1 Jika ini berlaku maka UMNO dan PAS akan bersaing dalam merebut kerusi dan kesannya boleh menjadi seperti perkara pertama tadi. Sudah pasti di beberapa kawasan (mungkin banyak) akan berlaku rasa tidak puas hati parti komponen mana yang patut menjadi calon.
3. Pilihan ketiga, bersatu dalam UMNO dan sesiapa sahaja boleh menawarkan diri menjadi pemimpin UMNO.
3.1 Alasan bahawa "Anwar pernah melakukannya tetapi gagal" Demang kira tidak lagi relevan. (dulu, inilah alasan pemimpin PAS untuk tidak menyertai UMNO atau bagi menghalang orang lain menyertai UMNO).
3.2 Kalau Demang berkuasa seperti Demang Lebar Daun yang sebenar maka Demang akan arahkan supaya PAS dibubarkan dan sesiapa yang masih ingin berjuang untuk negara, Islam, dan Melayu hendaklah menyertai UMNO (apa ada pada nama? Kalau tak suka nama UMNO, cadangkan dalam perhimpunan parti untuk menukarkan nama tersebut: UMYES ke, PASport ke…? UNWAR ke…?
3.3 Semasa perhimpunan nanti, calonkan Haji Hadi atau Nik Aziz sebagai presiden. Demang sendiri akan turun ke sana buat kali pertama sebagai ahli UMNO (terBARU) dan sokong salah seorang daripada mereka. Atau mungkin juga ketika itu Najib atau Mahyudin Yassin atau KU Li telah menjadi begitu alim dan warak sehingga setanding dengan Umar Abd Aziz (sebab menyahut cabaran untuk bersaing secara sihat dengan ulama’).
Itu dilemma pemimpin tulen PAS, bagi pemimpin ‘tak tulen’ PAS mereka tak kesah apa pun, janji dapat membangkang.
Ops… ada yang tanya, kenapa tidak ada pilihan keempat? Yakni, PAS mengambil alih kerajaan dan UMNO jadi pembangkang?
Bagi Demang orang yang bertanya pilihan keempat itu adalah orang yang ketinggalan zaman. Nak jadi kerajaan mesti menang sekurang-kurangnya satu perdua kerusi parlimen. Pernahkah PAS bertanding sebanyak itu?
Wallahu’alam.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
10 comments:
Wahai Demang, saya mai dah.
Saya berasa agak kesal kerana PAS sertai PR. kenapa mereka harus sertai PR? Dan, mengapakah mereka sanggup menukar prinsip perjuangan mereka dari negara islam ke negara kebajikan?
Saya sebagai bukan islam, cukup tidak senang dengan perangai DAP dan PKR tapi kenapa PAS boleh ya? DAP itu perkauman sementara PKR sanggup menggadai maruah bangsa kerana kepentingan politik.
Saya rasa, Kalau PAS bergerak sendiri, lagi elok. Biar mereka jadi pembangkang. Tapi bangkang tu, biarlah bertempat. mereka boleh terus jaga Kelantan kalau rakyat Kelantan mahukan mereka.
salam...
pokok pangkalnya keihklasan...antara mereka mesti bertekak bg mencari siapa yg lebih ikhlas???akukah..kaukah???kalau difikirkan teori memang mudah, tp tang perlaksanaan memang memeritkan jiwa, ada sahaja yg tdk kene...umpama kisah 'lebai malang' dari cikgu, siapa yg sanggup menjadi lebai malang??? yg sanggup mengorbankan kepentingan dri bagi memenuhi kehendak penduduk setempat (rakyat)...sy lihat ulasan cerita cikgu tu ade benarnya...
Ha, itulah. Hari ni tak update blog kah?
Anehnya dunia ini. Orang yang benar-benar buta boleh melihat manakala yang celik pula menjadi buta. Teringat saya siri komik yang saya cukup minat masa kecil dulu: "Si Buta Dari Gua Hantu" (kalau tak silap saya). Insya Allah saya akan cuba ceritakan nanti.
Kalau orang islam perintah dan ikut ajaran nabi Muhammad, orang bukan islam akan senang dan tak risau untuk amalkan agama mereka. Tapi kalau orang bukan islam?
Lihat saja DAP. Belum perintah dah bagi warning kat PAS jangan mimpi nak wujudkan negara islam. Dahlah tu, pertikai pulak kuasa sultan dalam hal-hal agama islam. Tapi, kenapa PAS tak lawan. Ini mengiakan lagi cerita musuh islam kononnya orang islam mudah dipermain dan diperkotak-katikkan.
Sayangnya... Tiada lagi jiwa perjuangan dalam hati-hati mereka... Yang tinggal cuma dendam...
Sesungguhnya, istiqamah dalam membentuk akhlak mahmudah sudah ditenggelami dengan gejolak mazmumah yang datang kerana kegelapan hati yang diselaputi dendam yang mendalam...
Ya ALLAH, Ya Tuhanku... Satukanlah hati-hati kami dalam kelompok ummatmu yang mengikuti akhlak baginda Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabatnya... Satukanlah hati-hati kami dalam mencapai kemakmuran dan keamanan sejati di bawah payung rahmatmu... Ya Allah, kau musnahkanlah perkelahian kami sepertimana telah kau satukan Auz danb Khajraj... Ya Allah.. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang... Kurniakanlah kami kekuatan untuk membentuk perpaduan di dalam garisan keredhaanmu. Amin Ya Rabbal A'lamin..
Assalamualaikum Demang.. setelah saya menyepi seketika di blog, saya telah hantar posting terbaru.. harap dapat lihat dan komen...
Salam,
Che Dayat..
Cadangan yang harus diambil serius..kerajaan kena tengok cadangan-cadangan bloggers..
Assalamualaikum,
Ini cadangan yang baik dan patut diketengahkan. Muafakat membawa berkat. Berkat pada kedua dua dan InsyaAllah Negara dan rakyat semua.
ya, setuju tu. Cadangan yang amat baik sekali.
Post a Comment