Sebenarnya Demang boleh berehat dari membuat 'posting' ke blog ini untuk seketika.
Meskipun beberapa rencana sudah berada dalam senarai menunggu namun Demang tidak yakin para pengunjung menyukainya.
Semuanya kerana isu terbaru Anwar. Sekarang orang ramai hanya akan mencari berita tentang Anwar.
Silap Demang jugak. Kalau lah Demang belajar ilmu firasat atau ilmu 'terus mata' dari arwah datuk Demang dulu, tentu blog waadat ni akan sesak dengan pengunjung.
Demang boleh terus buat pengumuman siapa salah siapa betul. Selesai MASALAH.
Kata seorang sahabat Demang, "masalah adalah cabaran." Seorang lagi sahabat Demang pula suka mengulang-ulang satu ungkapan berbunyi:
"setiap cabaran adalah peluang."
Namun beliau tidak pula menjelaskan maksud ungkapan tersebut. Mungkin beliau percaya yang Demang mestilah faham ungkapan-ungkapan begitu. Jadi untuk tidak mengecilkan hatinya, Demang pun mengangguk-angguk.
Maksud sebenar anggukan itu hanya Demang yang tahu.
Jika masalah adalah cabaran dan cabaran menerbitkan peluang maka seseorang yang bijak boleh sahaja mencipta masalah dan menzahirkan peluang.
Itupun kalau ungkapan tadi boleh dipegang.
Dalam keadaan sekarang, siapakah yang sedang mencari peluang? Siapakah yang untung dan siapakah yang rugi?
Adakah Paklah, Najib, Anwar, Saiful, atau ada orang lain?
Jika dua pihak (atau lebih) yang bertentangan mempunyai peluang yang hampir sama maka risiko untuk menukar masalah menjadi peluang adalah tinggi.
Siapakah yang paling terdesak sehingga sanggup mencipta masalah ini?
Adakah Paklah, Najib, Anwar, Saiful, atau ada orang lain?
Jika jawapannya sama seperti tadi yakni masing-masing memang ada kemungkinan sedang terdesak maka peluang mereka adalah sama.
Dengan kata lain jika salah seorang dari mereka sengaja mencipta masalah ini, kemungkinan senjata boleh makan tuan.
Siapakah yang untung daripada masalah ini?
Adakah Paklah, Najib, Anwar, Saiful, atau ada orang lain?
Jika anda jawab tiada yang benar-benar untung maka sekali lagi isu ini bukan cara yang selamat untuk menyelesaikan agenda peribadi.
Siapakah yang rugi daripada masalah ini?
Adakah Paklah, Najib, Anwar, Saiful, atau ada orang lain?
Jika anda fikir lebih daripada dua pihak yang akan rugi maka tindakan mengada-adakan masalah ini bukan strategi bijak.
Justeru Demang ragu siapakah sebenarnya yang merancang isu ini kerana belum pasti siapa yang akan mendapat faedahnya.
Ada sesiapa di sini yang nak tambah soalan di atas?
Contohnya, kalau bukan rancangan sesiapa, ini apa?
Bagi Demang, "jong pecah yu yang kenyang."
Demang juga sedang melihat bidak-bidak catur sedang ditolak.
Wallahu'alam.
(Oleh kerana Demang akan 'keluar kawasan' esok, maka kali ni Demang paparkan 2 artikal serentak. Kena baca kedua-dua artikal tu...)
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
5 comments:
Yang untung petition writer & pesuruhjaya sumpah kot? Dan juga syaitan2 yg berkeliaran!
Aku ada satu lagi taakulan.. yang mungkin tak diterima akal tetapi logik untuk difikirkan...
1) Boleh jadik yang mengkonspirasi ialah CIA sendiri (tanpa pengetahuan Anwar berahim) yang memang berhasrat memporak perandakan negara Malaysia yang begitu gah ini... ini disebabkan beberapa faktor...
i) Kehebatan Negara Malaysia menentang USA ketika zaman TDM telah lemah. Ini dibuktikan dengan kemenangan luar jangka pakatan rakyat yang dibiayai oleh NED. Oleh yang demikian, USA yang mendendami Malaysia yang banyak memerangi mereka melalui OIC dan NAM merancang menjajah Malaysia secara halus atau secara perang.
ii) Amerika merancang untuk terus mengekang ekonomi Malaysia walaupun tiada point untuk kekang. USA tahu ekonomi Malaysia banyak bergantung kepada pelabur luar. oleh yang demikian, taktik-taktik yang boleh menarik keluar pelaburan asing dibuat setelah berjaya mempengaruhi Malaysia mengapungkan matawang mereka... Jika Malaysia berjaya mengikat ringgit dengan duit Dinar Emas seperti cadangan TDM, harapan menjajah ekonomi kita semakin berkurangan...
iii) Memang terkandung dalam Protokol ke-10, Protocol of the Elder Zionis untuk memasukkan racun liberalisme ke dalam negara-negara bukan yahudi... Oleh yang demikian, USA boileh menakluk pemikiran rakyat Malasyia tunduk kepada mereka...
huhu... Boleh terima ker Demang??
hamba pening lah demang membaca posting demang nih memerlukan I.Q yg tersangatlah tinggi (bg hambalah)...banyak sgt persoalan sampaikan hamba malas nak pikirkan lg...
Ada kala kawan akan jadi lawan!
adakala helang dimakan binatang lagi kuat ..
adakala kawan jadi pengkhianat...
Akhirnya ; kafir tidak boleh dijadikan sahabat...
dibawa masuk ke dalam hingga ke kamar ...
Demang lagi pening sebab respon korang semuanya relevan (istilah relevan nie cukup terkenal tahun 1999).
Post a Comment