Demang lahir dalam keluarga melayu dan membesar dalam masyarakat melayu. Demang bermain, bergaul, bersekolah hatta bertengkar dan bergaduh pun dalam kalangan orang melayu sahaja.
Demang bertembung dengan kaum bukan melayu cuma sekali sekala tatkala Demang ke bandar atau jika mereka datang ke kampung Demang. Selebihnya Demang lihat kaum lain di kaca TV sahaja.
Suatu perkara yang pasti ialah Demang sering berurus niaga dengan kaum cina.
Apa pandangan Demang pada kaum lain?
Secara peribadi Demang tidak ada masalah langsung dengan kaum lain. Agaknya sebab secara logik kita tak akan berkonflik dengan orang yang tak kita kenal.
Namun dalam perbualan dengan teman-teman Demang dapati ada yang tidak beres. Ada cerita pergaduhan, dendam dan iri hati.
Lama kelamaan Demang ikut terpengaruh untuk menyimpan prejudis terhadap kaum lain, sehinggalah...
Semasa di tingkatan 6, 1986, pihak sekolah yang risau dengan prestasi pelajaran kami telah mendapatkan khidmat BTN bagi menyuntik semangat baru sebelum kami menduduki STPM.
Dalam kursus selama dua hari itu kami didedahkan dengan fakta-fakta yang menginsafkan kami bahawa ada sesuatu yang wajib diperjuangkan.
Kami ditunjukkan fakta betapa orang melayu amat jauh ketinggalan dalam hampir semua bidang terutama ekonomi, pendidikan dan jawatan profesional. Orang melayu hanya memegang kuasa politik dan itu bukanlah jaminan yang kekal.
Kami disedarkan bahawa situasi yang tidak seimbang antara kaum akhirnya membawa padah, pergaduhan kaum 1969 (13 mei).
Demang pahatkan dalam hati pesanan fasilitator BTN yang mengendalikan kumpulan Demang: setiap kaum perlu bekerjasama bagi memastikan kek ekonomi dapat diagihkan dengan lebih saksama. Tidak boleh ada kaum yang jauh ketinggalan sebab ia akan hanya menimbulkan rasa tidak puas hati. Untuk itu kerjasama perlu dilakukan dengan penuh ikhlas. Perkongsian 'ali-baba' haruslah dibenteras dan perkongsian pintar mesti dirintis dan digalakkan.
Perkongsian perniagaan antara melayu-cina-india hanya akan boleh berlaku jika masing-masing mempunyai kualiti yang mampu memberi keuntungan pada perkongsian tersebut. Jika hanya 'rakan kongsi daripada kaum cina' sahaja yang berkualiti sedangkan 'rakan kongsi daripada kaum melayu' tidak berkualiti, bagaimana usahasama tersebut dapat membuahkan kejayaan? Oleh itu kualiti orang melayu perlu meningkat dan ditingkatkan agar dapat berdiri sama tinggi dengan kaum lain. (melalui penerangan tersebut juga Demang segera insaf betapa kaum India juga perlu dibela sebagaimana kaum Melayu).
Setiap kaum mempunyai kelebihan masing-masing yang sepatutnya dijadikan asas perkongsian.
BTN juga menjelaskan asas pembinaan negara berdasarkan persefahaman antara pemimpin kaum yang akhirnya melahirkan kontrak sosial. Malangnya semangat dalam kontrak sosial sering dimanipulasi oleh ahli politik demi kepentingan politik sempit mereka.
Bagi kakitangan awam tidak kira melayu-bumiputera, cina dan india yang mengikuti kursus BTN pasti sedar bahawa fokus utama BTN adalah bagi membina negara yang aman untuk didiami oleh semua kaum. Itulah sebabnya fokus utama BTN ialah NEGARA: bukan perjuangan kaum atau agama. Tanpa sebuah negara yang aman bagaimana kita nak beribadat kepada Tuhan dengan sempurna?
Demang bawa kisah lama ini selepas terbaca serangan hebat Lim Kit Siang dalam blognya yang menuduh BTN menjadi punca perpecahan kaum di negara kita. Bagi yang telah melayari blog tersebut dan membaca komen-komen di dalamnya, barangkali terjumpa komen Demang dalam blog tersebut: "...sebaiknya saudara Lim kit Siang serta semua ahli parlimen menghadiri kursus BTN dan lihat sendiri adakah maklumat yang saudara Lim Kit Siang terima berkenaan BTN itu betul atau fitnah? Adalah mustahil parlimen meluluskan budget untuk BTN selama berpuluh tahun tanpa menyedari bahawa BTN digunakan untuk menghancurkan negara.”
Demang cabar sesiapa dapat membuktikan modul BTN selama ini adalah untuk memecah belahkan kaum di Malaysia. Malah Demang percaya usaha-usaha BTN lah yang selama ini berjaya meredakan kemarahan orang melayu yang tidak puas hati kepada kerajaan yang dianggap memberi kelebihan pada kaum India dan Cina.
(Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak boleh dipertanggungjawabkan pada BTN. Sebarang persoalan mengenainya hendaklah dikemukakan terus kepada penulis melalui ruangan komen atau email cheguman@yahoo.com )
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
8 comments:
cubaan
morhabshi.com
salam ramadhan saudara.
saya bersetuju dengan hujah saudara.. ini kerana saya juga pernah mengikuti 2 kursus BTN iaitu kursus mahasiswa asas dan juga kursus pimpinan pelajar.
mmg BTN menekankan asas-asas (fundemantals) didalam pembinaan sebuah negara yang berjaya.
salam alaik cikgu...
Saya pernah menyertai BTN... Saya tak rasa modul tu akan menyebabkan perpecahan kaum, tetapi sesetengah fasilitator ataupun pembentang kertas kerja kadang-kadang menimbulkan isu yang mungkin boleh menyebabkan hirisan kaum... Tetapi BTN wajar diteruskan agar rakyat Malaysia dan melayu tahu hak mereka dan berjuang untuk mempertahan hak itu...
Dokumen kontrak sosial tu wujud ke cikgu?
Redzwan dan lain-lain,
Kontrak sosial hanyalah persefahaman lisan dan tidak didokumenkan. Namun untuk menafikan kewujudannya agak mustahil memandangkan perkara-perkara yg termaktub dalam perlembagaan persekutuan 1957 tidak mungkin boleh berdiri sendiri jika tiada 'perjanjian' di belakangnya. Malah tidak mungkin Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lok dan Tun Sambanthan begitu bodoh menerima perlembagaan tersebut jika mereka tidak bersepakat dalam perkara-perkara penting yang dinyatakan dalam kontrak sosial.
Dengan kata lain, walaupun kontrak sosial tidak didokumenkan tetapi semua yang dinyatakan di dalamnya telah diterjemahkan dalam perlembagaan persekutuan 1957 yg kemudiannya menjadi perlembagaan Malaysia hingga kini.
Malah ini lah juga alasan kenapa kontrak sosial tidak perlu didokumenkan, yakni kerana ia ditulis dengan jelas dalam perlembagaan.
rujuk Perkara 14(1) tentang 'Kewarganegaraan', Perkara 160 berkenaan 'orang asli' dan 'orang melayu', Perkara 152 iaitu 'bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan', Perkara 153 'YD Agong dan hak istimewa org melayu' sebagai contoh.
http://pkrpasdap.blogspot.com
BTN itu tempat motivasi bukan ceramah politik dan tak perlu dipolitikan..
Penjelasan lengkap Cheguman berkenaan agensi BTN melegakan hati kita..
Jika runtuh BTN runtuhlah tempat di mana perpaduan sesama kaum dan bangsa serta agama lahir...
Lubuk inilah yang ditakuti DAP kerana menghalang usaha jahat mereka agar melayu akan terus ketinggalan bersama india.
sedangkan BTN menimbulkan kesedaran semua agar kita terus bermuafakat dan membantu antara satu sama lain agar sama sama berjaya.
tengok cina, semua tahu mereka cukup kedekut ilmu dan mementingkan diri sendiri sahaja.nak kerja kena tahu mandarin.
Justeru BTN lah yang akan menyedarkan mereka semua dengan semangat anak malaysia...yang perlu bersama sama bangunkan Malaysia.
Lim Kit Siang sebenarnya menghalakan serangan ke atas BTN selepas malu menuduh Najib memanipulasi media...
Taktik lama maa tapi Lim tiru juga gaya Anwar ini......
Tak habis2 isu perkauman ini oleh DAP.
Mari kita lawan lagi...
Terima kasih Cheguman atas ulasan menarik tersebut.
Salam !
Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com
yup. kadang2 serba salah jadi bumiputera di malaysia. bila kita bersuara tentang hak kita di tuduh rasis. lim kit siang tak rasis? mereka la yg rasis.
siapa sokong dap memang tak ada manfaat pun. pas ok la.
Post a Comment